Selasa, 5 Ogos 2025

Ular Salin Kulit Dalam Rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Ahad malam, ketika menonton televisyen terpandang sesuatu di dinding. Apa benda itu? Kulit ular atau ular? Nak kepastian daripada adik.

Adik kata nampak macam kelabu putih, mungkin kulit ular. Lagipun tak bergerak. Kami pun sambung menonton televisyen.

Gambar yang dizoom. Aduhai, dalam hati rasa risau. Dalam rumah pun ular boleh masuk. Siap panjat lagi. Abah kata ular biasa yang tangkap cicak. Bukan ular senduk atau yang berbahaya. Nama pun ular, mana boleh tak risau..huhu..

12 ulasan:

  1. seramnya emma, kena carik jugak tu bahaya. Ular kalau dah mengigit bisanya tu sangat bahaya, kakak ipar baru-baru ni kena patuk ular, kena potong jarinya.

    BalasPadam
  2. Eeeeeee... tak lena tidur uncle kalau macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap dia keluar sendirilah.. rumah kampung banyak lubang..

      Padam
  3. Bahaya tu takut dia bermustautin dalam rumah

    BalasPadam
  4. Harap-harap lepas salin kulit dia terus pindah rumah… jangan datang lagii

    BalasPadam
  5. alamak ular...harap2 dah lari la ular tu...risau kalau dia membesar...bahaya la...

    BalasPadam
  6. Tengok kulitnya pun dah boleh buat kita risau. Apa jenis ular pun tetaplah kita takut. Harapnya dah keluar jauh dari rumah. Risau kalau tiba-tiba muncul pula dia.

    BalasPadam