Memaparkan catatan dengan label Kek Hari Lahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Hari Lahir. Papar semua catatan

Ahad, 16 Januari 2022

Kek Hari Lahir 2021

 Kek hari lahir yang disponsor oleh adik lelakiku. First time dia buat suprise. Dia pun tak tahu bila hari lahir saya, tapi bila lihat saya dapat hadiah baru dia tahu rasanyalah. Jadi sambut lewat sehari atau dua hari sahaja.

Kek Indulgence yang dibuat oleh Dayah...

Kenangan terindah bersama family tercinta. Walaupun jarang bersama, kasih sayang itu tetap terasa dihati ini. Terima kasih. I love my family...

Sabtu, 27 Jun 2020

Selamat Hari Lahir Adik-adikku


Alhamdulillah dikurniakan adik-beradik yang ramai dan tidak pernah merasa sunyi dengan kehadiran mereka. Pejam celik pejam celik semuanya sudah besar. Hanya dua orang sahaja yang masih belajar.


 Happy Birthday buat adik-adikku...

 
Happy Birthday Ika

 
 
Kek Red Velvet


 Syafiqah 20 Januari
Fitri 22 Februari
Arifah 24 Mac


Kek bajet jer..


Gambar kek tak sempat diambil...
Hanya gambar resit sebagai kenangan...
Badariah 12 Mei

Happy Birthday Nur Farhan Fatehah

Kebetulan anak saudara balik ke kampung dan hari lahirnya iaitu 17 Jun, jadi bolehlah buat surprise kek birthday. Itu sahaja yang sempat kerana sibuk bekerja dan baru sahaja tahu. Alhamdulillah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dapat juga mereka pulang ke kampung berjumpa keluarga.


 Happy Birthday
Nur Farhan Fatehah
11 Tahun




Isnin, 9 September 2019

Kek Birthday 2019


Inilah dia kek hari lahir saya pada tahun ini. Cerita ini sudah lama berlalu iaitu pada Mac 2019, tetapi baru kini ada mood dan masa untuk siarkan. Kek yang ditempah untuk diri sendiri. Untuk dimakan bersama keluarga tercinta. Kebetulan adik yang universiti cuti semester dapatlah sambut bersama...


Kek ini ialah kek indulgence. Tempah dengan Kak Aisyah dari Tanah Kebun, Parit Buntar, Perak. Nombor telefonnya 011-1868 6216. Kak Aisyah jangan marah ya adik letak nombor kak di sini, senang untuk rujukan. Bukan apa kalau handphone rosak, habis hilang semua nombor. Harga kek ini RM30 sahaja. Saiz kek 5 inci. Kalau sesiapa yang berminat boleh hubungi Kak Aisyah. Tetapi orang yang tinggal berdekatan sahajalah. Kalau jauh kena ambil sendiri di rumahnya. Sekian....

Ahad, 15 April 2018

Sambut Birthday Bulan Mac


Kek birthday Ean dan Ima yang lahir pada bulan March. 
Sorang 20 hb dan sorang lagi 28 bulan March. 
Kek disponsor oleh tuan punya birhday iaitu Ean. 
Hasil dekorasi Maria Cake House RM20 


 Laici Kang di Restoren Sri Ranting Classic, Nibong Tebal.
Laici Kang biasa RM3 dan Laici Kang Susu RM3.50


 Chicken Chop RM11 di Restoren Sri Ranting Classic, Nibong Tebal.


Menu yang mengenyangkan untuk makan petang :)


 Kek yang telah dipotong. 
Makan sedikit sahaja kerana sudah kenyang menikmati Chicken Chop dan air.
Sendawa sudah.... Alhamdulillah...


Happy Birthday Ean dan Ima.. wish untuk diri sendiri...


Gambar yang paling mahal. Belanja di blog ini sekeping. 
Cuba teka saya yang mana?
Memori bersama BFF

Sabtu, 7 April 2018

Kek Hari Lahir ke-32

 
Kek yang dibeli sendiri di kedai kek Azarita, Parit Buntar, Perak. 
Walaupun beli sendiri dapat raikan birthday bersama keluarga tersayang. 
Alhamdulillah.....

Happy Birthday to me... yang ke-32

Kek span coklat harganya RM19 jer.. Sekadar untuk bergambar. 
Tak pandai nak buat kek tulis-tulis nie..

 Baru letak lilin, terlupa sudah.. tak nyalakan pun..just ambil gambar...
Ingatkan ceri di atasnya rupanya jelly..huhu...tertipu sudah..

Share untuk kenangan sendiri...