Ahad, 17 Oktober 2021

Buah Tangan Ketika Bertandang

 Siapa kata lelaki tak pandai ambil hati? Laki lebih rajin dan pandai berbudi bahasa. Datang rumah orang pasti ada saja buah tangan yang dibawa. Saya sebagai seorang perempuan, kebiasaannya melenggang sahaja pergi ke rumah orang :)

Simpan sebagai kenangan. Buah tangan dari seseorang...

Terima kasih pada yang memberi....

Ahad, 10 Oktober 2021

Kipas Angin Meletup Perlahan dan Keluarkan Cahaya Api, Berbau Hangit...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ada yang masih belum tidur seperti saya? Sekarang jam menunjukkan 12.10 pagi. Mata mengantuk tetapi masih boleh ditahan kerana esok hari minggu. Bangun lambat dan bermalasan sedikit tidak menjadi masalah.

Kisah berlaku pada malam 8 Oktober 2021, kipas angin meletup perlahan dan keluarkan cahaya api. Kemudian, berbau terbakar yang amat sangat. Bau hangit... Saya agak motor kipas tersebut yang terbakar. Kipas itu saya pernah tulis entri sebelum ini. Boleh lihat di sini.

Sekarang masih rasa takut. Nak pasang kipas pun kena berfikir, risau kalau jadi apa-apa. Check suhu kipas panas atau tak. Sebelum kejadian, pada malam sebelumnya kipas itu tak bergerak dan kami anggap ianya telah rosak. Kemudian pada malam kejadian, cuba buka hidup pula dan berfungsi dengan baik. Jadi nak gunakanlah seperti biasa. Buka tak sampai 10 minit, ianya keluarkan cahaya api dan ada letupan yang perlahan.

Ketika itu memang tak tahu nak buat apa. Nak tutup suis kipas pun rasa takut. Mujur ada abah di bilik sebelah yang membantu. Abah tutup suis dan keluarkan kipas dari dalam bilik. Bau hangit terbakar masih ada walaupun sudah keluarkan dari bilik. Mujur tidak berlaku apa yang lebih buruk. Syukur sangat...