Sabtu, 31 Disember 2022

Selamat Tinggal Tahun 2022

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar tahun 2022 sudah hampir melabuhkan tirainya. Terlalu banyak kisah duka di dalamnya. Tahun 2022 terutama di hujung tahun, penuh dengan kesedihan. Terlalu sedih dan tak boleh diungkap dengan kata-kata. Perasaan menjadi resah gelisah.

Cara untuk menghadapi rasa down atau ujian hidup

1. Istiqamah - berterusan buat apa yang Allah suka

2. Happykan diri selalu

3. Dikelilingi orang yang suka dengan kita atau orang yang betul

4. Kena sabar 

Nak kaya kena sedekah, nak berjaya dunia akhirat kena solat dan sabar. Istiqamah membuat kebaikan dan buat apa yang Allah suka. Semoga kita bahagia dunia akhirat :)

Ahad, 18 Disember 2022

Dugaan yang Hadir

Assalamualaikum dan selamat petang pada yang sudi singgah di blog ini. Terlalu banyak kisah sedih yang berlaku pada tahun 2022 ini terutama di hujung tahun. Bulan November, mak telah pergi selamanya. Seminggu kemudiannya teman tapi mesra yang berkawan sejak PKP, berterus terang mencintai orang lain iaitu kak angkatnya. Hancur rasanya hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Dua berita sedih yang diterima dalam masa terdekat. Ralat juga rasa kerana dia datang sejak mak mula sakit dan bila pergi, dia pun turut pergi. Dia juga turut sembahyang jenazah mak dan turut berada di tanah perkuburan saat dikebumikan.  

Redha dengan segala ketentuan Allah S.W.T dan semoga terus kuat dan bersemangat meneruskan kehidupan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Semoga Allah beri kekuatan dan semangat padaku. Amin...

Isnin, 28 November 2022

Terjatuh Di Taman Lebah, Cameron Highlands

Assalamualaikum.. alhamdulillah adik bongsu kami sempat melihat mak. Adik balik ke kampung sempena pilihanraya umum. Untuk memberi kekuatan kepada adik dan juga kami sendiri, kami sepakat untuk menghantarnya pulang ke kampus. 

Sebelum hantarnya ke kampus, kami singgah sebentar di Cameron Highlands. Semasa di Taman Lebah, saya telah terjatuh kerana berjalan tidak pandang bawah. Tempat yang dipijak tidak rata. Kaki terkehel dan bengkak. Sekarang ini masih bengkak dan sakit.

Bila terjadi sebegitu, teringat pada arwah mak. Selalunya bila berjalan saya akan berjalan di belakang atau di sebelah mak. Jika ada jalan tidak rata, mak akan brek terlebih dahulu dan menyuruh kami berhati-hati. 

Sepanjang berjalan dengan mak, tak pernah berlaku perkara yang tidak baik. Mak memang seorang yang berhati-hati dan tenang orangnya. Bila berjalan bersama dengan mak, orang lain boleh bersabar. Membuatkan kami semua berasa tenang.

Ahad, 27 November 2022

Mak Telah Pergi Selamanya

Pada pagi 20 November 2022 yang lalu, mak telah menghembuskan nafas yang terakhir. Pemergian mak terlalu cepat. Kami sangka mak hanya tidur kerana wajahnya begitu tenang. Pernafasan juga seperti sudah tiada. Kemudian sedikit demi sedikit kaki dan tangannya mulai sejuk. Oleh itu, kami terus menelefon pihak kesihatan untuk mengesahkan kematian.

Abah tiada di rumah, kami memanggil jiran tetangga untuk membantu apa yang patut kerana kami tiada pengalaman. Keadaan memang kelam kabut dengan rumah yang berselerak dan ruang jalan rumah yang sempit.

Pada pukul 5.30 petang, mak telah selamat dikebumikan. Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa, di tempatkan dalam kalangan yang beriman, dijauhkan segala azab dan semoga tenang di sana. 

Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Mati itu pasti dan tidak sesiapa pun yang terkecuali..

Khamis, 10 November 2022

Mak Sudah dibenarkan Keluar dari Hospital

 Assalamualaikum dan selamat petang. Kelmarin 9 November 2022, mak telah dibenarkan pulang. Itu pun dengan syarat, tak demam dan boleh duduk di kerusi roda serta bersiar-siar. Itu syarat yang diberikan doktor. Tetapi bila petang, demamnya datang kembali. Risau juga dibuatnya. 


Demam mak memang on off. Bila masukkan air garam, mak kembali bertenaga. Jika suhu tinggi sampai meracau, cakap yang bukan-bukan. Ajak pergi toilet nak berak. Kemudian pejam sekejap. Pejamnya hanya 1 minit kemudian ajak pergi toilet lagi sampai marah-marah.

Pertama kali lihat keadaan tersebut sampai terbawa-bawa dalam tidur. Tak boleh tidur sebab asyik teringat. Kesian mak, kita yang tengok pun rasa penat bila dia meracau. Ya Allah sembuhkan sakit emakku.

Abah kata jika doktor tak boleh buat apa, bawa sahaja mak balik. Air kencing ok, darah pun ok. Tetapi demam on off. Kelmarin mak gagahkan diri juga untuk duduk. Jika tidak tak boleh balik. Bila mak duduk di kerusi roda, katil mak diambil kerana hospital kekurangan katil yang boleh diadjust. Mak duduk di kerusi roda sampai dibenarkan pulang. Perit sebab mak ada masalah sakit saraf.

Sekarang adik yang berjaga di waktu malam pula demam. Demam sampai tak boleh bangun. Risau pula rasanya. Semoga adikku cepat baik daripada demam. Adik yang pandai menguruskan mak. Adik yang pandai menjaga hati mak, abah dan adik-beradik yang lain. Semoga cepat sembuh.

Ahad, 6 November 2022

Mak ditahan di Hospital Parit Buntar

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini sudah hari ke lima mak dimasukkan ke hospital. Masuk pada hari Rabu, 2 November 2022. Pertama kali call ambulans datang ke rumah. Call 999 dan beritahu nak dapatkan perkhidmatan ambulans. Kemudian mereka akan tanya details dan hubungkan dengan klinik kesihatan yang terdekat.

Cepat juga ambulans sampai dan perlu bersedia lebih awal untuk kemaskan barang. Mak demam selama 5 hari, tak mahu makan dan makan ubat. Berbaring sahaja dan tidak boleh untuk tukar lampin. Memang lemah sangat. 

Waktu melawat pesakit di wad. Alhamdulillah, mak ditempatkan di hospital yang dekat iaitu di Parit Buntar. Semoga mak tak ditempatkan di hospital Taiping.

 Makanan hospital yang sudah lama tidak dilihat. Semoga mak cepat sembuh dan semoga Allah memberi kami kekuatan serta kesihatan untuk terus menjaga mak. Ujian ini bukan untuk mak sahaja tetapi ujian untuk kami semua. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Sabtu, 29 Oktober 2022

Ujian Komputer Untuk Mengambil Lesen Kereta... Bila Nak Bersedia?

 Alhamdulillah, banyak perkara telah selesai dilaksanakan pada bulan Oktober ini. Antaranya fire drill atau latihan kebakaran di kilang dan juga family day G-AHZA. Satu sahaja yang belum terlaksana iaitu test komputer untuk mengambil lesen kereta.

Bila usia makin meningkat, membaca dan mengulangkaji pelajaran semakin rumit. Apa yang dibaca sukar untuk diingat. Oleh itu, tiada keberanian untuk menghadapi ujian komputer lagi. Semoga Allah mempermudahkan urusan ini. Amin...

Lesen kereta automatik RM1544, tetapi yang peliknya kenapa di bawah ejen lagi murah? Tak sampai RM1400 berbanding daftar sendiri di pusatnya.

Buku yang harus dibaca. Sentiasa ada disisi tetapi tak pernah sentuh :)

Dengar ceramah pada 24 September 2022 yang lalu. Sampai sekarang masih belum bersedia untuk menduduki ujian komputer. Harap tiada expiredlah ceramah tersebut. Sepatutnya seminggu selepas ceramah, sudah boleh ambil.

Akademi Memandu Perak Utara (AMPU)

Ahad, 16 Oktober 2022

Kenduri Rumah BFF Sempena Ahli Keluarganya Menunaikan Umrah

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hujan di pagi hari ini. Sejuk saja rasa, nak bangun pun susah. Baju yang dibasuh kelmarin pun masih belum kering. Semoga ada sinar mentari di waktu tengahari nanti. Jika tidak habislah baju tidak kering.

Majlis kenduri doa selamat sempena mak, kakak dan adik BFF akan menunaikan umrah. Kenduri pada 17 September 2022 yang lalu. Masa entri ini ditulis keluarganya telah selamat pulang dari menunaikan umrah.

 
Besar juga majlis kendurinya siap pasang dua buah khemah untuk keselesaan.  Juadah pastinya perkhidmatan katering satu orang RM9. Laksa tuan rumah buat sendiri. Ada lagi nak tulis tapi lupa. Itulah tak tulis masa awal. Penting sebagai rujukan.

Siap dapat macam-macam lagi yang menarik. Bukan kita yang bersedekah tapi tuan rumah yang bersedekah. Semoga mereka murah rezeki. Amin.

 
Inilah dia isi dalamnya 
 
Sampul berisi duit pun ada cuma tak ambil gambar. Terima kasih sangat :)

Ahad, 9 Oktober 2022

Happy Old Day 2021

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hujan rahmat di pagi hari ini. Alhamdulillah... Rasa malasnya nak bangun daripada tidur. Seronoknya sambung tidur di pagi hari minggu. Tapi perut tetap harus diisi. Jadi kenalah bangun juga.

Terjumpa gambar lama yang belum dimasukkan dalam blog kesayangan. Walaupun blog sudah tidak mendapat kunjungan yang banyak seperti dulu tetapi di hati masih setia dengan blog.
Birthday adik lelaki, tahun 2021. Happy Old Day, adik bongsu punya kerjalah. Dia kalau nak kenakan orang nombor satu. Tapi memang semakin tua pun dari umur sebelumnya.

Ahad, 2 Oktober 2022

Adik Lelaki Balik Kampung Sepenuhnya

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Selamat bercuti di hujung minggu. Entri ini berkisah adik lelaki yang pulang ke kampung sepenuhnya. Semasa PKP dan selepas PKP, dia hanya bekerja dari rumah sahaja. Malah turut bekerja dari kampung tetapi menyewa sebuah rumah di Kuala Lumpur. Jadi rugilah rumah disewa tapi tidak diduduki.

31 Ogos 2022 yang lalu, dengan bayaran sebanyak RM1200 dari Kuala lumpur ke Perak.
Semua barang dimasukkan dalam lori termasuk sebiji motor. Berbaloi kerana memudahkan kerja.
Antara barangan yang ada
Lama juga adik berhijarah ke Kuala Lumpur, hampir kesemua barang rumah dimiliki.
Jadi, penuhlah rumah kami yang telah sedia penuh dengan barang dan manusia. Sampai peti ais diletak di ruang tamu.

Sabtu, 1 Oktober 2022

Dapat Pek Sampel Lipton Uncang Teko Ekstra Kaw

Masuk sudah bulan Oktober 2022, cepatnya rasa masa berlalu. Banyak juga perkara yang berlaku pada bulan September yang lalu. Pertama mendapat tahu si dia mencintai kak angkat dan bulan itu juga memaafkannya kembali. Kenapa maafkan? Mungkin tak rasa untuk berkenalan dengan insan lain bermula dengan zero. Tertutup sudah. Pada bulan September juga, mula terfikir untuk ambil lesen kereta.

Pada 24 September 2022, mulalah dengar ceramah. Walaupun masih mimpi tetap teruskan juga. Penakut sebenarnya untuk belajar memandu. Semoga dipermudahkan Allah S.W.T.

Dapat pek sampel Lipton Uncang Teko Ekstra Kaw. Tak sempat lagi untuk membancuhnya. Pasti lebih enak dengan ekstra kaw. Terima kasih Lipton.

Sabtu, 13 Ogos 2022

Terima Kasih Digi, Servis yang Terbaik

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Mood baik sejak kelmarin lagi. Pertama, kelmarin last kerja dalam minggu ini. Lagi satu masalah internet sudah selesai. Hari itu, saya pernah tulis entri mengenai tersilap unsubcribe plan internet. Nak baca klik di sini. Sekarang masalah tersebut telah selesai dan kredit telah dapat kembali.

Saya telah buat aduan di Digi Customer Service, ambil masa jugalah untuk pihak Digi membalasnya.

Kelmarin kredit RM35 telah dimasukkan. Syukur alhamdulillah. Aduan saya diterima dengan baik oleh Digi. Customer Service Digi juga adalah terbaik. Jadi buat masa sekarang, tak fikir lagi nak stop guna Digi :) Terima kasih Digi...

Ahad, 7 Ogos 2022

Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna...

 
 
Suatu kesilapan yang tidak boleh diselamatkan lagi. Begini kisahnya.. Bantuan Jaringan Prihatin saya telah tamat pada bulan lepas iaitu Julai 2022. Jadi pada bulan Ogos saya perlu beli data dengan kredit sendiri sepenuhnya tanpa bantuan RM15 lagi. Saya pun top up RM30 dalam Digi untuk beli internet. Bila saya top up sahaja auto renew, saya telah melanggan internet RM35 Unlimited Social + 30GB + 3GB Hotspot + Unlimited Calls.

Saya bercadang untuk stop auto renew pada bulan depan iaitu September 2022. Saya search di google untuk unsubcribe. Saya terus buat untuk unsubscribe. Pergi ke Settings, My Subscriptions dan buang plan yang saya tidak mahu auto renew tersebut.

Rupanya apa yang saya buat tadi adalah unsubcribe plan data yang saya tengah langgan sekarang. Terus Digi nyahaktifkan data yang telah dilanggan. Aduhai...

 
 
Moody saya satu hari ini. Bayangkan tak guna lagi data sudah kena potong. Sepatutnya guna dulu sampai habis baru unsubscribe. Nasi telah menjadi bubur. Ruginya.. Cerita  pada family, adik kata dia pernah kena juga suatu masa dulu. Kemudian dia buang terus simkadnya. Bermakna saya tidak keseorangan. Tapi dia langgan tidak banyak seperti saya. Kesimpulannya, fikir dulu sebelum membuat sesuatu, kesan baik dan buruknya...

Rabu, 3 Ogos 2022

Adik Belanja Pizza Sempena Birthday



Malam-malam bila tengok pizza memang terasa laparnya. Mampu telan air liur sahajalah. Kenangan sempena birthday adik yang kerja sama kilang. Adik belanja sempena birthdaynya. Berkongsi rezeki dengan rakan sekerja. Pesan dengan Food Panda...

Sabtu, 30 Julai 2022

Kenapa Perempuan Suka Merajuk?

Alahai, ada yang tengah merajuk ke sekarang ni? Baik mengaku cepat:) Perempuan, kalau tak merajuk memang tak sah. Lagi-lagi dengan orang dia sayang. Kalau orang tak sayang buat apa nak merajuk, betul tak? 

Saya dari dulu, sejak ada hati dan perasaan memang suka sangat merajuk. Masa kecil suka merajuk dengan ibu dan ayah. Bila adik-beradik dapat lebih sikit barang, mulalah rasa nak merajuk. Kadang bila tak dapat makanan sedap pun merajuk. Dengan adik-beradik pun suka merajuk juga bila tak share makanan atau barang dia dengan kita.

Bila sudah besar merajuk dia lain pula, merajuk dengan mak ayah ada juga terutama bila mak ayah terlepas cakap dengan kita. Perasaan sedih itu memang ada. Merajuk tak bercakap dan berkurung dalam bilik hinggalah perasaan itu reda sendiri. Kadang kala ada juga yang mak ayah pujuk dan ada juga mak ayah tak pujuk. Biarkan jer. Bila nak pergi sekolah, nak minta duit automatik kita akan bercakap kembali dengan mak dan ayah...hahaha...

Dengan adik beradik merajuk bila mereka buat salah dengan kita. Kalau tak merajuk mereka tak tahu salah mereka dan buat kesalahan itu lagi. Kadang suka juga berlawan cakap sebab merajuk tak jalan kerana mereka fikir apa yang mereka buat adalah betul. Mak dan ayahlah pengadilnya. Mengadili siapa yang betul dan salah diikuti dengan nasihat...

 Bila sudah mempunyai buah hati yang belum halal, pasti akan merajuk dengannya pula. Rasakan bagaimana menjaga hati seorang wanita. Dia harus belajar dari sekarang dengan rentak emosi wanita. Kalau tidak tahan boleh undur diri dari sekarang sebelum menyesal. Sekian coretan untuk kali ini. 

Sabtu, 23 Julai 2022

Kenangan Aidilfitri 2022

 Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ini seperti tiada mood. Orang perempuan moodnya asyik tak baik sahaja atau saya sahaja yang seperti itu? Siang hari menunggu si dia tidur kerana bekerja malam. Malam hari pula si dia keluar melepak bersama kawan-kawan. Diri ini tetap kesunyian. Menunggu mesej darinya... Memanglah si dia tetap mesej tetapi tak berkualiti, sedikit sahaja. Memang tak tahu nak mesej apa, sekurangnya bila saling berhubung rasa makin dekat...

 
Duit raya untuk diberi pada ahli keluarga...
 
 
Inai hari raya...
 
 
Kuih raya...
 
 
Dodol yang dihidangkan semasa berhari raya di rumah kawan satu sekolah. Rabiatul Adawiah, rakan karib dari sekolah rendah, menengah dan juga satu universiti...

Ahad, 26 Jun 2022

Kek Birthday Adik 2022

 Assalamualaikum dan selamat petang semua, hari ini masih lagi batuk. Tak baik lagi batuk, sudah dua kali ambil ubat di klinik. Ubat pun dah nak habis. Semoga cepat baik batuk ini, tak larat rasanya.

 
  Kek hari lahir adik bongsu yang dibeli oleh adik perempuan bawahku...

 
Kemudian tak sangka, kek yang sama dibeli oleh adik lelakiku pula untuk adik seorang lagi yang lahir pada bulan Mac. Adil dan saksama kalau begitu :)

 
Kek Tornado...
 
 
Kek Blueberry...
 
 
Bila tengok pasti automatik rasa lapar...
 

Selasa, 21 Jun 2022

Tahun Baru Cina 2022

 
Kenangan tahun baru Cina 2022. 
Hamper yang diberi oleh pembekal kepada kilang tempat saya bekerja. 

 
Tiada lucky draw bermakna tiada hadiah barang elektrik diberikan.

 
Angpau setiap tahun RM10 yang pasti dinanti...

Sabtu, 18 Jun 2022

Tepung Adunan Segera Kek Pisang Noraini's

 Pernah tak anda rasa bila nak masak sesuatu seperti kek dan kuih-muih, anda rasa nak sangat buat. Cepat-cepat beli bahan. Bila sudah ada barang, rasa malas pula untuk membuatnya sampailah bahan tersebut expired. Kesudahannya rasa menyesal sebab membazir. Saya adalah salah seorang daripadanya. Menyesal sangat sebab bahan yang dibeli bukannya murah.

Inilah kek pisang yang dimasak menggunakan tepung segera pemberian BFF, sempena hari lahir tahun 2021.

Walaupun kecil tapi cukup untuk seisi keluarga.
 
 
Tepung Adunan Segera Kek Pisang Noraini's