Memaparkan catatan dengan label Meninggal Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Meninggal Dunia. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Ogos 2025

Meninggal Pun Guna Duit

Assalamualaikum semua. Entri kedua untuk hari ini. Sebagai manusia, hingga hujung nyawa tetap perlukan duit. Urusan pengebumian perlukan duit agar dapat diuruskan dengan baik. Segala-galanya memerlukan duit pada zaman ini.

Jumpa penyata anggaran perbelanjaan pengurusan jenazah arwah emak. Abah simpan dan sekarang abah kemas almarinya, buang apa yang patut. Al-Fatihah untuk arwah mak.

Abah buang dalam bakul dan letak diruang tamu. Kena check dulu apa yang abah buang. Agak-agak ada terselit duit tak? haha.. Jangan haraplah, walaupun banyak sampul surat tetapi tiada mengandungi duit. 

Ahad, 27 November 2022

Mak Telah Pergi Selamanya

Pada pagi 20 November 2022 yang lalu, mak telah menghembuskan nafas yang terakhir. Pemergian mak terlalu cepat. Kami sangka mak hanya tidur kerana wajahnya begitu tenang. Pernafasan juga seperti sudah tiada. Kemudian sedikit demi sedikit kaki dan tangannya mulai sejuk. Oleh itu, kami terus menelefon pihak kesihatan untuk mengesahkan kematian.

Abah tiada di rumah, kami memanggil jiran tetangga untuk membantu apa yang patut kerana kami tiada pengalaman. Keadaan memang kelam kabut dengan rumah yang berselerak dan ruang jalan rumah yang sempit.

Pada pukul 5.30 petang, mak telah selamat dikebumikan. Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa, di tempatkan dalam kalangan yang beriman, dijauhkan segala azab dan semoga tenang di sana. 

Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Mati itu pasti dan tidak sesiapa pun yang terkecuali..