Ahad, 24 Jun 2018

Puas Makan Kek Secret Recipe


Memang puas sangat makan kek secret recipe yang besar gedabak ini. Rezeki jangan ditolak, asal ada makanan kita makan sampai kenyang. Bukannya selalu. Nak beli memang taklah tapi ada orang sponsor. Kilang kakak yang sponsor...



Ambil gambar malam memang tak cantik jadinya. Asal ada sudah...


Kek sudah dipotong.. Jemput makan semua...


Ini entri  kedua mengenai kek secret recipe. 
Entri kali pertama klik di sini... 
❤❤❤

Sabtu, 23 Jun 2018

Kuih Raya Aidilfitri 2018

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam terutama kepada mereka yang sudi singgah ke blog ini. Alhamdulillah, hari ini sudah 9 Syawal. Pantasnya masa berlalu. Sekejap sahaja rumah riuh rendah dan kini sunyi kembali apabila masing-masing pulang. Sekolah juga akan dibuka tak lama lagi. Bertambah sepilah rumah ini...


Kuih raya yang dibuat dan dibeli pada tahun ini. Pada tahun ini saya buat 7 jenis kuih marjerin @ buttercup dan 2 jenis kuih bergoreng @ ranggup. Kuih tersebut ialah:-

a) Biskut Mazola
b) Biskut Tart Nanas
c) Biskut Arab
d) Biskut Peanut Butter
e) Biskut Almond London ( tak letak badam pun )
f) Biskut Oat
g) Biskut Nestum Ranggup


Kuih ranggup pula ialah kuih popia super ring dan juga kuih simpul kasih. Adik buat biskut samperit manakala mak pula buat maruku dan kuih loyang. Kuih bakar kacang beli 50 biji RM20 dan kuih kapit (tiada dalam gambar) 50 keping RM7.50.

Kuih kapit habis sebalang pada malam raya sahaja. Memang laku keras kuih tersebut. Sedap dan menjadi kegemaran. Nanti saya ambil gambarnya jika ingat. Raya Haji boleh order lagi.


 Kuih raya yang diberikan oleh pembekal kepada kilang tempat saya bekerja...


Tahu makan jer tak tahu nama apa biskut ini...


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin