Ahad, 28 Januari 2018

Anak Burung Pengsan dalam Rumah

Eh! bunyi apa yang bising sangat di luar rumah? Bunyi belalang pelesitkah? Mungkin juga sebab malam tadi baru sahaja menghalaunya ke luar dari rumah... Mak memang takut dengan belalang itu, kalau mengeluarkan bunyi memang dahsyat...

Tidak berapa lama kemudian, bunyi itu kedengaran di dalam rumah pula. Kuat dan membingitkan. Cari punya cari, rupa-rupanya ada anak burung bertenggek di dinding kayu rumah. "Awat duk situ, pi balik rumah hang"... boleh pula aku bercakap macam tu kat burung..hihi...


Keesokan harinya, mak beritahu burung tersebut pengsan. Kaki berada di atas dan kepala di bawah. Mak angkat dan masukkan dalam baldi. Mungkin burung itu tersesat kerana terlalu takut ia mengeluarkan bunyi dengan kuat. Kemudian, terkena pula kipas angin dalam rumah...


 Cuba bagi nasi padanya tapi tak makan pun..  Eksperimen jer...


Apabila burung kembali sedar, kami pun bawa baldi tersebut ke luar rumah dan seterusnya mengeluarkannya. Burung tersebut kembali terbang. Selamat tinggal burung...  Jangan lupa kami di sini :)

Giveaway #1 new year 2018 by cikyan


Hari ini tergerak rasa di hati untuk menyertai giveaway yang bertajuk giveaway #1 new year 2018 by cikyan. Lagipun masih sempat lagi kerana tarikh tamat pada 4 Februari. Alhamdulillah, boleh join...

Blog cikyan bertajuk 'All About Life!'. Blog yang simple tetapi mempunyai pengisian ilmu yang padat. Ada fakta kesihatan, video, lagu dan sebagainya. Ayat dalam blognya juga simple tidak panjang berjela seperti blog hamba...

Azam tahun baru adalah untuk menjadi insan yang lebih baik, berilmu dan bersemangat. Selain itu, berusaha untuk menggembirakan orang di sekeliling dan memberi kebaikan kepada mereka.. Amin...

Perlukah Buka Satu Lagi Blog?

Sejak akhir-akhir ini, saya sibuk mencari penyelesaian kepada masalah blog yang mengalami deceptive site ahead. Apakah itu? Saya pun tidak tahu. Bila baca info pada blog lain, memang sukar untuk faham...

Blog saya http://balqis-resepiku.blogspot.my/ mengalami masalah tersebut dan telah disekat oleh pihak google. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Mata dan perasaan ini sudah penat. Rasa berputus asa sangat.


Memang blog tersebut merupakan blog kesayangan kerana blog tersebut berjaya menjana pendapatan pasif walaupun sedikit. Blog lain memang sangat kurang. Jadi saya memang amat sayangkannya. Tapi apakan daya saya...

Jadi, persoalannya perlukah buka satu blog lain untuk menulis resipi? Jika ya, saya berharap sangat dapat menulis seperti biasa dalam keadaan seronok dan berpuas hati dengan blog baru itu. Bukan mudah untuk serasi dengan blog baru...

Ahad, 14 Januari 2018

Jom Kumpul Pek Milo dan Tebus Beg Juara

Berita baik kepada penggemar minuman Milo. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan beg juara Milo dengan mengumpul 40 mata untuk satu beg. Hanya kumpul pek-pek Milo yang mengambil bahagian dan tebus beg juara.



Pastikan tarikh luput pada pek tahun 2018 dan ke atas. Ianya bermula pada 1 Januari 2018 hingga 31 Mac 2018. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web ini http://www.milo.com.my/?q=page/beg-juara. Muat turun borang penebusan dan hantar melalui pos atau tebus di lokasi terpilih.





Apa tunggu lagi jomlah cuba kumpul. 
Mungkin cukup 40 mata. 
Good luck!!!

Bila BFF Jadi Follower My Blog

Aduhai, sejuknya rasa hingga ke tulang. Kaki pun sudah rasa kebas dan sakit. Bila dilayan dengan menarik selimut makin sejuk jadinya. Jadi aktifkan diri dengan membuat pelbagai kerja agar rasa  sejuk itu hilang. Anda pula rasa bagaimana? Baju yang dibasuh pun masih tidak kering. Cuaca yang sejuk dan hujan membuatkan baju di ampaian menjadi lembab. Semoga ada sinar mentari pada esok hari.

Okeylah kita lupakan mengenai cuaca sejuk yang dialami di Malaysia. Perasaan bila BFF jadi follower mestilah terkejut dan gembira. Blog ini sudah lama wujud. Rasa macam malu pula bila dibacanya. Blog peribadi saya. Harap-harap tiada entri buruk mengenai dirinya. Insya Allah tiada....


Sahabat saya menjadi follower yang ke-98. Selama ini saya yang follow blognya. Mungkin dari situ, beliau mendapat link ke blog ini. Terima kasih Haja Razi sudi follow blog buruk ini :)

Sabtu, 13 Januari 2018

Adakah Ini Berakhirnya Sebuah Blog?

Mata ini sudah penat membaca cara untuk mengatasi blog yang telah diserang virus. Akan tetapi, tidak juga mendapat jawapannya. Mungkin kurang fasih dalam berbahasa Inggeris. Saya juga sudah bertanya kepada Encik Hasrul Hassan. Beliau juga telah memberi sedikit sebanyak panduan. Hanya usaha daripada saya lagi. Tetapi malangnya, saya tidak juga mampu....

Kadang kala rasa malu juga untuk bertanya tetapi demi sebuah blog sanggup lakukan apa sahaja. Jika blog tidak berjaya dipulihkan hilanglah segalanya. Segala kenangan pahit manis, masam masin semua ada di situ. Apa yang penting ilmu yang disampaikan di dalam blog tersebut. 

Impian saya ingin mengekalkan blog tersebut hingga akhir hayat dan juga hingga berakhirnya era blogspot. Tapi apakan daya saya tidak mampu mengekalkannya. Ilmu yang ada terlalu sedikit di dalam bidang ini. 


Itulah blog saya http://balqis-resepiku.blogspot.my. Kenapa jadi begitu? Opps.. saya nak kongsi cara yang diberikan oleh Encik Hasrul Hassan mungkin berguna untuk blog anda atau untuk blog saya yang lain.

Jika anda hendak mengetahui sama ada blog anda diserang virus atau tidak, pergi ke laman web sucuri. Klik pada link inhttps://sitecheck.sucuri.net/. Anda boleh scan blog anda secara online dan lihat pada website details. Anda akan mengetahui url mana yang patut dibuang jika diserang virus. 


Kemudian, jika rasa apa yang sudah dibuat itu betul atau yakin blog sudah bersih. Pergi buat report pada Google Safe Browsing. Boleh klik pada link di bawah :



Selain itu Encik Hasrul Hassan juga ada cerita mengenai cara nak buang virus malware di dalam blognya. Antara post tersebut lihat link di bawah :


Ahad, 7 Januari 2018

Menjual Cartridge Printer yang Kosong

Selamat pagi, jangan malas-malas di pagi minggu ini. Pagi ini saya nak sharing satu lagi perkara.  Nak tanya, korang buat apa dengan cartridge printer yang kosong dan tidak digunakan lagi? Nak refill tapi tiada masa dan sudah terlalu banyak. Kalau di ofis mesti banyak cartridge yang kosong dan tak tahu nak buat apa. Betul tak?

Sebenarnya, ada sesetengah cartridge kosong masih boleh dijual semula dan mendapat permintaan ramai. Ia boleh digunakan semula. Jika catridge itu masih elok dan tidak ditebuk lagi apasalahnya jika dijual. Di internet permintaan untuk cartidge kosong berlambak. Tanya sahaja dan apabila percaya baru kita menjual kepada mereka.

Seperti saya, ada juga bertanya pada kedai-kedai sama ada mahu menerima catridge kosong atau tidak tetapi harganya sangat murah dan tidak berbaloi. Tetapi apabila bertanya melalui internet iaitu fb, blog dan sebagainya harganya sangat tinggi.

Akhirnya, saya berjaya jumpa pembeli yang membeli dengan harga tinggi. Pembeli yang lain sangat rendah harganya. Saya pos dengan kuantiti yang sedikit dahulu. Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Duit pun dapat cepat. Nak tahu tak saya jual pada siapa? Kalau anda ada cartridge kosong boleh hubungi nombor ini 017-533 7774. Baik orangnya dan jujur.

 Jenis catridge yang saya jual canon 811 dan canon 810

 Anda jangan pula menjual catridge yang sudah ditebuk pula. Kalau anda nak tahu kos penghantaran turut dibayar oleh pembeli. Jadi tiada masalah nak pos banyak mana pun...

Cartridge yang sudah sampai pada pembeli.

Resit untuk kos penghantaran

Jem Strawberi Comel

Adoi! lapar pula rasanya pagi-pagi buta nie. Mata belum mengantuk, jam menunjukkan satu pagi lebih.. Serius lapar, tapi tahan je lah.. takkan nak makan, ingat posa ker??

Sudah masuk tahun baru 2018, aduhai bertambah lagi umur. Ajal juga semakin menghampiri. Betul tak? Ajal jika tiba masanya tidak akan terlambat walau pun sesaat. Takutnya dengan sakaratulmaut... Adakah anda sudah bersedia? 

Sesungguhnya, sebagai manusia kita selalu leka dengan duniawi yang menyesatkan lagi mencabar. Kesibukan dunia menjadikan kita cuai dalam beribadah. Berdoalah agar kita terus dalam lindungan Nya dan sentiasa mengingatiNya sepanjang hayat. Beribadah dan selalu melakukan amal kebaikan. Terhindar perbuatan keji. Amin...


Pagi buta ni just nak tayang jem strawberi comel yang saya dapat. Pemberian Cindy, kerja satu ofis. Pangkat dia mestilah tinggi lagi. Terima kasih sangat :) Berkongsi sebagai untuk kenang-kenangan....