Memaparkan catatan dengan label Tebus Menu Birthday Percuma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tebus Menu Birthday Percuma. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mei 2026

Tebus Loaded Potato Sempena Birthday Mac 2026 di Ghalik Cafe

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini hujan dan tidak berhenti lagi. Lama sudah tidak hujan begini. Kisah bulan Mac lalu, tebus loaded potato percuma sempena hari lahir Mac di Ghalik Cafe. Pertama kali tebus di sini hanya tunjuk kad pengenalan sahaja. Tahun sebelum ini bulan puasa jadi tak berkesempatan untuk tebus.  Adik pun lahir bulan Mac juga jadi sambut dengan adik sekali. 

Cantiknya dan memang tak lepas peluang  bergambar di situ.


Menu birthday setiap bulan adalah berbeza
Bulan Mac 2026  Loaded Potato

Loaded potato untuk saya dan juga adik
Terima kasih Ghalik Cafe
Moga tahun depan ada lagi :)