Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi-pagi internet laju dan boleh buka internet di laptop. Baru puas nak menulis di blog. Waktu lain mesej WhatsApp pun susah nak lepas. Telefon office yang menggunakan line Maxis pun tak dapat internet juga. Jika tidak memang guna telefon office sahaja di rumah. Sememangnya kena banyak bersabar dan buat report selagi boleh.
Keratan batang ditanam pada 11 Oktober yang lalu. Sampai sekarang tiada tanda nak tumbuh. Pokok mulberi dan pokok nanas Yankee. Orang jual tanah hitam sawit yang beri. Dia letak pada status WhatsApp, siapa yang nak keratan batang mulberi. Terima kasih Nor atas pemberian ini, benih pokok balung ayam juga ada.
Beli polibeg di kedai ECO
Moga ada yang tumbuh. Boleh update pada yang memberi..hihi.. Jika tak hidup kena diam-diam sahaja dan pasti akan ditanya juga nanti :)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan