Memaparkan catatan dengan label Ibadah Korban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibadah Korban. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Jun 2024

Ibadah Korban 2024

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Cepatnya masa berlalu pagi ini, sekarang hampir pukul 12 tengahari. Satu kerja pun tidak jadi lagi. Hanya sempat membasuh dan menyidai pakaian sahaja. Kelmarin cuaca sangat sejuk kerana hujan. Alhamdulillah..

Cerita mengenai ibadah korban pada tahun ini. Abah yang masuk korban pada tahun ini dengan masuk satu bahagian lembu. Kalau tak silap kena bayar RM900 termasuk perbelanjaan untuk kenduri.

 

Lembu yang telah dikorban di surau kami pada tahun ini. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.

Daging korban yang diperolehi. Disimpan dalam plastik, 1 kg satu beg plastik.


Tulang bolehlah buat sup. Makan sekeluarga. Kakak dari Putrajaya dan Kuala Kangsar, turut balik pada kali ini. Hanya adik lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur sahaja tidak balik.

Sabtu, 29 Julai 2023

Join Korban dengan Qurbanaid

 Assalamualaikum dan selamat petang. Susahnya bila hendak ke mana-mana tetapi mengharapkan orang lain. Bila tak dapat rasa nak marah sahaja. Semoga Allah memberi kepandaian, keberanian dan keyakinan kepadaku untuk drive sendiri. Amin. 

Tahun ni alhamdulillah, dapat melaksanakan ibadah korban. Dua bahagian iaitu satu bahagian di kampung manakala satu bahagian lagi di luar negara, Bangladesh. Mula-mula ingat korban di kampung sudah penuh, jadi saya joinlah Qurbanaid. Bila hari makin dekat ada pula kosongnya. Jadi teruskan sahaja kerana sudah bertanya pada orang kampung. Nasib baik sudah niat untuk korban dan tidak potong kuku lagi.

 
Dapat tahu mengenai Qurbanaid ini melalui Fatin Nabila. Dia yang memperkenalkan Qurbanaid di Instagram. Harga 1 bahagian lembu di Qurbanaid RM290 manakala di kampung RM700. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan untukku menunaikan ibadah korban. Terima kasih Qurbanaid.
 
 
Sijil penyertaan, sejadah dan juga beg daripada Qurbanaid.