Ahad, 28 Jun 2026

Menu Sarapan 28 Jun 2026

Assalamualaikum dan selamat petang. Baru berkesempatan menulis menu sarapan pagi tadi. Hari ini masak nasi goreng ikan bilis dan cucur durian kurang manis. Sengaja kurangkan gula dalam cucur. Alhamdulillah habis licin kedua-duanya, makan untuk 4 orang.


Cucur durian terhasil apabila ada durian dalam peti ais yang kurang manis. Daripada terbiar lama dalam peti baik juga buat masak. Letak tepung kek, memang gebu gebas cucurnya. Kalau manis lagi sedap dan nikmat. Alhamdulillah atas rezeki ini :)

Ahad, 21 Jun 2026

Hadiah Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah hadiah giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 selamat mendarat di rumah pada hari Isnin, 15 June 2026 lalu. Skynet hubungi untuk mendapatkan lokasi rumah. Memang tak sangka menjadi salah seorang yang bertuah dalam giveaway ini. Klik di sini untuk untuk senarai pemenang giveaway. Menang untuk kali pertama bagi tahun ini. Alhamdulillah...

Inilah hadiah yang diperoleh. Sampul duit raya dibungkus dengan rapi dan diikat dengan reben ungu. Cantik dan kemas sangat balutannya. 

Dapat juga surat atau Utusan Diraja. Rajin betul Cuya tulis tangan. Cantik pula tulisannya. Teringat zaman dulu suka menulis surat untuk sahabat yang jauh.  Terima kasih Cuya atas kiriman surat dan sampul raya ini. Eyma amat gembira dan menghargainya. Jom tengok semua yang dapat.

Sampul duit raya bertema anime iaitu Naruto, One Piece, Dragon Ball, Pokemon dan Demon Slayer.

Ini pula watak Labubu, comel sangat. Terima kasih Cuya atas pemberian hadiah ini. Eyma suka semuanya. Rasa sayang nak guna terutama dengan watak Labubu yang comel. Kena simpan untuk koleksi sendirilah nampaknya.

Khamis, 18 Jun 2026

Anak Pokok Bunga Telang

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah tumbuh juga anak pokok bunga Telang daripada penanaman biji benih. Tumbuh dengan suburnya.


Tak sabar nak melihat perkembangan pokok bunga Telang ini kerana pertama kali menanamnya. Selain itu, tak tahu juga nak letak di mana.. Apa-apa pun tanam dulu, bila besar baru ubah tempat yang sesuai.

Rezeki Wadai Kepeng dan Laksa

Assalamualaikum dan selamat pagi. Balik kerja kelmarin, buka tudung saji ada laksa sebungkus dan juga wadai kepeng. Tak tanya dari mana datangnya terus ngapp.. Alhamdulillah.. Memang perut tengah lapar pun. Jarang ada rezeki begini.


Bila malam baru tanya abah. Abah yang beli laksa itu sebab beli untuk jiran juga iaitu Pak Su Musa yang terlantar sakit. Abah beli dua untuk kami satu. Saya kongsi makan dengan adik.

Wadai kepeng memang boleh agak siapa yang beri iaitu abang. Kak ipar memang rajin buat kuih itu terutama musim durian. Letak durian dalam kuahnya memang padu sangat rasanya. Alhamdulillah..rezeki.. Terima kasih Kak Su...

Khamis, 11 Jun 2026

Bila Ubi Sudah Mula Tumbuh Tunas

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga ceria selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik. Cerita hari Sabtu lepas, bila ubi kentang dan ubi keledek sudah mula tumbuh tunas. Baru sedikit tumbuhnya maka masih boleh diselamatkan lagi. 

Beli kulit popia sebab malas nak buat kulit karipap. Inti pula adalah inti karipap iaitu menggunakan serbuk kari.

Dapat 15 + 8 + 7 biji popia ubi. Belum goreng simpan di tempat sejuk beku kerana masih pantang makan ubi. Bila kesihatan sudah baik, baru berani nak makan. Ubi buat perut kembung dan badan berangin.

Rabu, 10 Jun 2026

Bila Masuk Umur 40 Tahun

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Bila masuk umur 40 tahun, memang ujiannya agak kuat. Serba tak kena jadinya. Ujian kesihatan, mental, orang sekeliling, tempat kerja dan sebagainya. Kadang rasa down sangat.

Fasa umur 40 memang benar ada cabarannya. Kesihatan memang makin lemah. Jika sebelum ini sakitnya tidaklah rasa membebankan tetapi kini makin kuat. Sampai tidur malam pun tidak nyenyak. Ada saja waktu yang terjaga. 

Bila kesihatan tidak mengizinkan, menjadikan masalah pula di tempat kerja. Tidak boleh fokus dan berfikir dengan baik. Orang lain tidak akan tahu masalah itu. Hanya diri sendiri yang perlu mengawal agar tidak menjadi makin teruk.

Di rumah pula makin rasa tenat. Nak buat sesuatu rasa tak bersemangat seperti sebelum ini. Jika dulu tenang sahaja tinggal bersendirian di rumah tetapi kini rasa nak jerit. Rasa nak meluahkan sesuatu. Menangis seorang diri agar rasa berat itu hilang.

Rindu pada orang yang tiada memang tidak terungkap lagi dengan kata-kata. Hanya hati  sahaja tahu betapa kosongnya hidup ini.


Apa-apapun tetap terus melangkah selagi ada kudrat dan nyawa. Moga dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan dan kebahagiaan dunia akhirat.

Sabtu, 6 Jun 2026

Ular Bersembunyi Belakang Almari

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kisah yang berlaku pukul 9.10 malam tadi. Adik yang duduk di bilik berlari-lari ke arah sofa depan pintu bilik. Dia jenguk-jenguk dalam bilik. Katanya ada ular di bawah kakinya tadi ketika menonton cerita di Youtube. Sepantas kilat dia berlari ke luar dari bilik sambil membetulkan kain tualanya yang hampir terlucut. Nak mandi tapi masih kenyang, menonton dulu.

Kemudian dia terfikir betulkah ular tadi? Boleh pula fikir begitu. Saya pun tambah jugalah, ada tengok cerita seram ke, cerita yang membuat takut sampai terbawa-bawa nampak lembaga hitam iaitu ular. Sebenarnya nak sedapkan hati sendiri jer. Percaya jer adik nampak ular, mata dia clear lagi bukan mata empat. Sambil adik tunggu sempat juga bancuh air untuk basahkan tekak yang kering. Duduk di sofa sebelahnya sambil menonton. Dahaga sangat tapi dalam hati risau. Adik tunggu sehingga ular itu keluar dari tempat persembunyian dan tunjukkan padaku.

Saya barulah bergegas cari buluh dan memanggil adik lelaki. Mesej juga abang yang tinggal di rumah sebelah tetapi dia ada di kedai. Adik lelaki tak pernah pukul ular lagi sebab itu risau juga. Abah dan abang sudah berpengalaman. Akhirnya abah pun pulang dari kenduri. Kalau tiada kenduri abah akan balik awal sesudah solat Isyak.

Ular menyorok belakang almari yang sempit. Almari pula besar, berat dan penuh muatan. Ular pula kecil sahaja. Baru teringat untuk gunakan Baygon agar ular lemas dan keluar dari tempat persembunyian. Abah spray pada tempat ular bersembunyi. Ular tersebut lali dan tidak boleh gerak. Abah angkat sedikit almari untuk bagi laluan ular keluar. Pukul 2 hingga 3 kali sudah cukup buatkan ia lemah. Tanpa Baygon susah lagi nak pukulnya. Abah kata kami pun boleh pukul. Masalahnya pukul lipas pun lipas datang serang kami balik. haha...


Kadang rasa nak pindah rumah sahaja. Asyik ular masuk dan menyorok. Dalam rumah ini almari bajuku sendiri yang gantung ada 3, almari baju lipat ada 3 juga, drawer pula ada 3 yang mempunyai 5 tingkat. Belum almari adik-beradik yang lain lagi. Kalau pindah rumah pun tak mampu masukkan almari yang banyak itu. Rumah kampung memang besar tetapi penuh dengan perabot. Di mana ada dinding, disitulah ada perabot. Tak boleh tengok ada ruang kosong..hihi.. Lagipun perabot jika tidak betul-betul rosak tidak akan dibuang. Selagi boleh guna, akan digunakan sebaiknya. Kalau meninggal tak bawa apa, pakai telekung dengan kain kapan sahaja. Tak perlu bawa baju..haha.. Apalah yang merepek malam-malam begini.. Sekian...

Selasa, 2 Jun 2026

Coklat Kurogoma dari Jepun

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bercuti bagi mereka yang masih bercuti. Kilang tempat saya bekerja telah mula kerja hari ini. Ikutkan hati memang malas tapi paksakan diri untuk bekerja.

Angie beri coklat, katanya anaknya bawa balik dari Jepun. 

Coklat Kurogoma iaitu coklat bijan hitam. Kurogoma bahasa Jepun maksudnya bijan hitam. Tak sabar nak rasa sedap atau tidak.

Isnin, 1 Jun 2026

Beli Maruku Dapat Free Gift Kuih Badak Berendam

Assalamualaikum semua. Pelanggan tetap membeli maruku iaitu hari raya Aidilfitri dan juga hari raya Aidiladha. Saja bergurau dengan penjual maruku tersebut, tiada free gift ke jadi customer tetap setiap tahun. Dia jawab insya Allah ada rezeki nanti. Saya pun happylah dalam fikiran dapat maruku lebih segenggam pun syukur sangat. 

Dan tibalah hari untuk menerima maruku, iaitu hari Isnin sebelum hari raya Aidiladha. Dapat 2 plastik makanan, iaitu maruku dan juga kuih. Suruh letak di pondok pengawal, depan kilang.

2 bungkus kuih badak berendam. Puas sangat makan. Terima kasih Musliha sudi memberi. Moga murah rezeki selalu. Insya Allah nanti akan order lagi. Selepas ini tak berani nak bergurau lagi, menerima dengan gembira tetapi berasa agak segan.

Beli maruku satu bundle kecil 1kg RM32.00. Makan maruku ini memang susah nak berhenti, tak sedar boleh habis satu balang. Apa-apa pun terima kasih sangat :)

Kuih dan Kek Aidiladha 2026

 Assalamualaikum dan selamat petang. Imbas kembali 10 hari sebelum Aidiladha. Biasalah bila family nak balik kampung, kenalah ada kuih atau biskut raya sedikit. Lagipun sahabat nak datang pada hari raya pertama.

Kami beraya pagi-pagi seawal jam 8.20 pagi. Pukul 1 boleh berehat dan sembahyang di rumah. Jom tengok apa yang dibuat untuk hari raya Aidiladha 2026 ini. 

Saya buat popia simpul kasih dan juga popia Nestum. Sakit juga pinggang untuk menyiapkannya. Buat hari Sabtu dan Ahad. Itu sahaja masa yang ada. Hari itu tak boleh kacau, masak nasi pun tidak. Suruh adik bungkus lauk untuk kami makan.

Adik tolong isikan cornflakes madu dalam paper cup. Minta tolong padanya. Adik kata mungkin dapat sikit sahaja kerana sambil letak sambil makan. Apa-apa jerlah janji siap kata padanya. Dapat dua balang sahaja cornflakes madu ini.

Sedia untuk dibakar agar lebih ranggup dan enak.

Hasil daripada 2 setengah bungkus kulit popia saiz besar dan 1 kotak cornflakes.

Sebelum raya buat 3 biji kek. Hidangan hari raya kakak uruskan. Jadi bolehlah membaking. Memang lama tak buat kek sebab tiada siapa nak makan.

Maka terjadilah kek batik, kek pandan dan juga kek pisang. Alhamdulillah...