Sabtu, 6 Jun 2026

Ular Bersembunyi Belakang Almari

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kisah yang berlaku pukul 9.10 malam tadi. Adik yang duduk di bilik berlari-lari ke arah sofa depan pintu bilik. Dia jenguk-jenguk dalam bilik. Katanya ada ular di bawah kakinya tadi ketika menonton cerita di Youtube. Sepantas kilat dia berlari ke luar dari bilik sambil membetulkan kain tualanya yang hampir terlucut. Nak mandi tapi masih kenyang, menonton dulu.

Kemudian dia terfikir betulkah ular tadi? Boleh pula fikir begitu. Saya pun tambah jugalah, ada tengok cerita seram ke, cerita yang membuat takut sampai terbawa-bawa nampak lembaga hitam iaitu ular. Sebenarnya nak sedapkan hati sendiri jer. Percaya jer adik nampak ular, mata dia clear lagi bukan mata empat. Sambil adik tunggu sempat juga bancuh air untuk basahkan tekak yang kering. Duduk di sofa sebelahnya sambil menonton. Dahaga sangat tapi dalam hati risau. Adik tunggu sehingga ular itu keluar dari tempat persembunyian dan tunjukkan padaku.

Saya barulah bergegas cari buluh dan memanggil adik lelaki. Mesej juga abang yang tinggal di rumah sebelah tetapi dia ada di kedai. Adik lelaki tak pernah pukul ular lagi sebab itu risau juga. Abah dan abang sudah berpengalaman. Akhirnya abah pun pulang dari kenduri. Kalau tiada kenduri abah akan balik awal sesudah solat Isyak.

Ular menyorok belakang almari yang sempit. Almari pula besar, berat dan penuh muatan. Ular pula kecil sahaja. Baru teringat untuk gunakan Baygon agar ular lemas dan keluar dari tempat persembunyian. Abah spray pada tempat ular bersembunyi. Ular tersebut lali dan tidak boleh gerak. Abah angkat sedikit almari untuk bagi laluan ular keluar. Pukul 2 hingga 3 kali sudah cukup buatkan ia lemah. Tanpa Baygon susah lagi nak pukulnya. Abah kata kami pun boleh pukul. Masalahnya pukul lipas pun lipas datang serang kami balik. haha...


Kadang rasa nak pindah rumah sahaja. Asyik ular masuk dan menyorok. Dalam rumah ini almari bajuku sendiri yang gantung ada 3, almari baju lipat ada 3 juga, drawer pula ada 3 yang mempunyai 5 tingkat. Belum almari adik-beradik yang lain lagi. Kalau pindah rumah pun tak mampu masukkan almari yang banyak itu. Rumah kampung memang besar tetapi penuh dengan perabot. Di mana ada dinding, disitulah ada perabot. Tak boleh tengok ada ruang kosong..hihi.. Lagipun perabot jika tidak betul-betul rosak tidak akan dibuang. Selagi boleh guna, akan digunakan sebaiknya. Kalau meninggal tak bawa apa, pakai telekung dengan kain kapan sahaja. Tak perlu bawa baju..haha.. Apalah yang merepek malam-malam begini.. Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan