Khamis, 11 Jun 2026

Bila Ubi Sudah Mula Tumbuh Tunas

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga ceria selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik. Cerita hari Sabtu lepas, bila ubi kentang dan ubi keledek sudah mula tumbuh tunas. Baru sedikit tumbuhnya maka masih boleh diselamatkan lagi. 

Beli kulit popia sebab malas nak buat kulit karipap. Inti pula adalah inti karipap iaitu menggunakan serbuk kari.

Dapat 15 + 8 + 7 biji popia ubi. Belum goreng simpan di tempat sejuk beku kerana masih pantang makan ubi. Bila kesihatan sudah baik, baru berani nak makan. Ubi buat perut kembung dan badan berangin.

2 ulasan:

  1. Kak SA pun x boleh makan ubi keledek sangat..sebab angin teruk...rasa kembung je perut bila makan...

    BalasPadam