Assalamualaikum semua. Hari ini ambil cuti lagi. Ada hal yang perlu diuruskan. Perlu ke bank untuk tukar nombor telefon. Tak sangka pula Bank Simpanan Nasional boleh kemaskini nombor telefon akaun ASB. Jadi tak perlu ke Pejabat Pos lagi. Eyma tahu pun setelah search di Google.
Rabu, 22 April 2026
Cabai Hidup dan Cabai Kering
Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026
Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini nak join segmen pencarian bloglist dari Aynorablogs. Tempoh segmen berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Disember 2026.
Eyma pun tak pasti sama ada pernah masuk atau pertama kali ke blog Aynorablogs. Apa-apa pun salam kenal dari Eyma. Jom ramai-ramai kita support segmen ini dengan klik pada banner di atas.
Isnin, 20 April 2026
Masak Mee Kuah Simple
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini tak pergi kerja, tak nak paksa diri untuk bekerja kerana kurang sihat. Sakit kepala dan badan dari hari Jumaat lagi. Kadang hilang kemudian datang balik sakitnya. Bila rasa kuat bolehlah masak-masak. Tak ambil sebarang ubat sebab itulah tak baik sakitnya.
Hari Ahad masak mee kuah simple, buat cair-cair sahaja. First time mencuba memasaknya. Sebelum ini letak ubi keledek dalam kuah tetapi kali ini nak resipi yang biasa-biasa sahaja. Tumis bawang merah dan putih yang dicincang hingga layu, masukkan cabai kering yang diblender. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan tunggu hingga ayam masak.
Seterusnya masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusannya serta air biasa secukupnya untuk kuah. Letak sos cili, sos tiram dan kicap. Masukkan juga sayur, gula dan garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan telur. Tutup api dan taburkan daun sup. Puas hati dengan rasanya kerana yang beli di kedai tidaklah sedap sangat pun. Bila buat sendiri baru tahu susah atau senang nak buat. Bahan pun memang sudah ada di dapur.
Sabtu, 18 April 2026
Buah Tembikai Kuning Keempat dan Cili Hidup
Assalamualaikum dan selamat malam. Panas betul cuaca hari ini, nak berkebun pun panas mentari menusuk ke kulit. Tapi gagahkan juga kerana banyak pasu terbiar tidak digunakan. Selepas berkebun, mengemas rumah pula dari luar rumah hingga ke dapur. Bahagian dapur kurang sempurna lagi kerana bila masak pasti selerak kembali.
Tukar Mouse Baru di Office
Assalamualaikum dan selamat pagi. Tadi lepas makan terus tidur kerana rasa sakit kepala. Teringatkan baju dalam mesin basuh belum disidai, terpaksa bangun juga. Sekarang rasa tidak mengantuk pula. Jadi tulislah entri yang terlintas di hati.
Mouse atau tetikus di office tetiba sahaja rosak. Anak panah atau cursor tak dapat digerakkan. Klik kanan dan kiri semua okey. Mouse pun menyala atau warna merah. Mungkin bebola yang rosak adik kata.
Cari tetikus di stor jika ada yang tidak digunakan lagi, tetapi tiada pula. Buka laci yang mengandungi stok alat tulis atau barang office contoh buku, bateri, pen dan sebagainya. Alhamdulillah terpampang depan mata. Senyum lebar jadinya. Ambil dan terus tukar yang baru. Tidak peduli kepunyaan siapa pun. Apa yang penting sebelum digunakan, terus minta Ah Chong beli baru sebagai ganti.
Boleh dikatakan saya seorang sahaja yang masih menggunakan mouse ada wayar. Kawan sekerja tidak lagi. Jadi bagus juga tukar yang wireless usb. Lembut dan tanpa bunyi bila ditekan. Terasalah sedikit kelainannya.
Ahad, 12 April 2026
Beli Buah Mangga Lemak Manis di TikTok
Assalamualaikum dan selamat pagi. Tidur terganggu kerana ada lipas merayap di tangan ketika tidur. Bangun cepat-cepat, buka lampu dan sembur dengan Baygon lipas tersebut. Kemudian baru boleh pukul dengan mudah kerana lipas sudah pening. Mata pun tak jadi nak tidur. Bolehlah update blog dan solat Subuh.
First time beli buah mangga online. Kira berbaloi juga harga dan kualitinya. Mungkin dapat diskaun dari TikTok. Penghantaran juga percuma. Mangga lemak manis 3 kilo RM11.50 tetapi saya bayar RM5.72 setelah tolak baucar yang ada.
Ahad, 5 April 2026
Biskut Raya dari Whiz International 2026
Assalamualaikum dan selamat petang. Sebelum raya adik dapat biskut raya dari Whiz International. Terima kasih sangat :)
Satu untuk Cindy dan satu lagi untuk adik. Sebelum puasa dapat kurma juga. Satu-satunya syarikat Melayu yang suka memberi.
Buah Tembikai Kuning Ketiga
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Baru dapat dua hari puasa sunat di bulan Syawal. Masih panjang lagi perjalanannya. Moga dapat habiskannya dengan baik.
Tembikai kuning ini lebih kecil daripada sebelum-sebelum ini. Pokoknya nak mati jadi petiklah buahnya. Memang tak dapat jangka bila buah sesuai dipetik. Kalau pokok tak mati pasti buruk buah ini tidak diambil.
Muat telapak tangan sahaja. Gigit sikit-sikit agar lambat habis. Keseronokan tanam sendiri walaupun hasilnya tidak seberapa. Simpan untuk kenangan :)
Langgan:
Catatan (Atom)












