Memaparkan catatan dengan label Makanan Kantin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Kantin. Papar semua catatan

Khamis, 19 November 2026

Makanan Kantin RM1.50

Assalamualaikum dan selamat malam. Esok hari terakhir bekerja dalam minggu ini, tak sabar nak berehat. Betul ke boleh rehat? Memang taklah rehatnya, kerja rumah banyak yang perlu diuruskan. 

Penjual yang menjual maruku dia jual makanan kantin pula. Kenapa kantin? Mungkin harga lebih murah dan sedap dimakan seperti di kantin sekolah. Zaman sekarang memang susah nak dapat harga begini.

Petang tadi lihat di status WhatsApp katanya makanan ada lebih lagi. Jadi cepat-cepat tempah iaitu satu bungkus bihun goreng Singapore dan juga mee sanggul goreng.

Sedap, murah dan amat mengenyangkan seperti makan di kantin. Sebelum ini pernah beli bihun sup dan juga laksa. Harganya tetap RM1.50. Kalau beli di gerai vendor terus jadi RM3. Makanan murah begini sanggup beli selalu tambahan pula tanpa cas penghantaran. Alhamdulillah...