Ahad, 10 Disember 2017

Seronoknya Dapat Makan Chizza KFC

Kelmarin dan hari ini, rasa tak sedap badan sangat. Rasa macam nak demam tapi tak demam. Apa yang pasti rasa tak larat jer. Kepala pun pening. Mungkin tak cukup tidur. Asyik online di tengah malam pada hari cuti. Bila lagi nak online sampai tengah malam kalau bukan hari cuti. Beli data internet pun sehari jer jadi kena pulun guna....


 Inilah dia KFC Chizza yang selalu iklan di televisyen tu. Tak teringin pun rasa nak makan, tapi dah alang-alang lalu depan KFC singgah jer la...


Beli 2 set satu Chizza Combo ada air, kentang goreng dan Chizza dan satu set lagi ambil Chizza Box ada air, kentang goreng, ayam goreng dan Chizza.


Harga untuk Chizza Combo RM11.90 manakala Chizza Box RM15.90.


Rasanya? Isi ayam yang diletak sos pizza di atasnya dan ada cheese. Macam tulah rasanya. Cuba bayangkan.. Masa mula-mula ingat ada roti pizza tapi takde...


Apa yang lebih menggembirakan dapat makan dengan adik tersayang, Nur Arifah. Itu yang penting dan paling membahagiakan... Kalau makan seorang sesedap manapun pasti tak akan gembira seperti ini... Sekian....

Sabtu, 9 Disember 2017

Bagaimana Nak Pulihkan Blog yang di Hack?


Di kala ini hati berasa amat gundah gulana kerana blog kesayangan telah di hack. Blog Sajian Hati yang telah di hack Blog itu tidak dapat diakses dengan selamat. Macam mana nak buat nie? Ada sesiapa boleh bantu tak?

Adakah kerana iklan terlalu padat dan pesat hingga blog dimasuki virus? Sememangnya iklan sangat banyak dalam blog itu. Hingga mengganggu para pengunjung...

Boleh dikatakan semua blog saya mengalami masalah. Blog Manis Strawberi juga turut bermasalah dan alhamdulillah telah berjaya diatasi. Bayangkan bila buka blog ini bukan blog ini yang keluar tetapi ia pergi ke link lain iaitu ke link Kartikel.

Oleh itu, saya buang kesemua ping blog yang menggangu dan juga html kartikel. Kini blog ini sudah ok dan berharap tidak berulang lagi... Jika ada yang sudi, bolehlah membantu memberi buah fikiran...