Rabu, 18 Mac 2020

Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan

Pada 18 Mac 2020, bermulalah perintah kawalan pergerakan di seluruh Malaysia akibat penularan virus Covid 19. Bagi anda yang tidak terlibat dengan perkhidmatan penting harus mengikut perintah kawalan pergerakan ini dan saya adalah salah seorang darinya. 


Apa yang anda lakukan pada hari ini? Saya seperti biasa melakukan perkara rutin iaitu membasuh dan mengemas. Kali ini kita kemas lagi dengan lebih teliti agar tidak jemu berada di rumah. Pertama buang sawang di bahagian ruang menonton, buang benda yang tidak diperlukan lagi dan ketiga menghias. Buka langsir dan pasang yang baru. 


Kali ini kita letak pokok sebagai hiasan dan sekaligus membekalkan oksigen kepada kita. Pokok itu sudah lama ditanam, jadi hanya perlu letakkan di dalam rumah sahaja. Tanya pada adik, rumah kita macam nak raya tak? Adik kata, ada juga sikit-sikit. Alhamdulillah... Esok kita mengemas di bahagian lain pula. Satu bahagian perlu ambil masa juga kerana jika tidak teliti dengan baik, barang penting juga akan terbuang. Kemudian kena bebel dengan orang punya barang tersebut. Tak jumpa cari barang pun akan salahkan kita. Itulah risiko mengemas. 

Cenderamata dari Padang Besar

Terima kasih sahabatku kerana sudi memberi tempat letak duit atau barang yang comel ini. Sudah lama pemberiannya dari tahun lepas lagi tetapi baru teringat nak tulis. Semoga sahabatku ini murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan cepat mendapat jodoh. Sesungguhnya jodoh, rezeki, ajal semuanya rahsia Allah yang Maha Esa.

Tahniah juga kerana berjaya memiliki kereta idaman pada tahun lepas iaitu 2019. Sahabatmu ini tumpang gembira dan bahagia melihat kegembiraan dan kejayaanmu. Kamu sungguh berani dan bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu impian.  

Cenderamata dari Padang Besar

Semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga yang abadi...
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku...

Sabtu, 14 Mac 2020

Tahun Baru Cina 2020

Godek-godek laptop alahai.. jumpa pula gambar di bawah. Alamak!! Belum publish lagi nih.. Jadi kita publish sebagai kenang-kenangan. Pasti akan rindu suasana ini jika sudah tidak bekerja di situ lagi.

 Hamper pemberian supplier

 Ruang tamu office.. 
Tahun ini tiada sebarang cabutan bertuah...

Pemberian rakan sekerja yang berbangsa Cina.
Hasil perkongsian duit sesama mereka.

Terima kasih daun keladi,
Ada rezeki tahun depan bagi lagi :)