Memaparkan catatan dengan label Milo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Milo. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2018

Terima Sudah Beg Juara Milo

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya sampai jua beg Juara Milo. Berakhirlah sudah suatu penantian. Tercapailah apa yang dihajati selama ini. Segala usaha adalah tidak sia-sia. Ingat lagi tak saya pernah menulis di sini dan juga di sini. Tercapai sudah, bukan?


Pada hari Jumaat, saya menerima mesej di handphone mengatakan beg juara telah dihantar beserta tracking nombor sekali. Apabila pulang dari kerja, beg juara sudah ada di rumah. Alhamdulillah...


 Inilah dia beg juara milo yang dinanti. Dibungkus seperti dalam gambar di atas.


 Bila buka lipatan dalamnya, jadilah sebuah beg yang cantik.


 Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan plastik milo. 
Penghargaan juga buat adik yang sudi poskan surat :)


Beg juara yang dilipat boleh dijadikan beg untuk di letak di pinggang pula...

Sabtu, 3 Mac 2018

Usaha Mengumpul Plastik Milo

Panasnya rasa malam ini, berpeluh-peluh sudah. Badan melekit-lekit. Rasa mahu mandi.. Ingat tak entri saya sebelum ini? Entri yang mengajak kumpul plastik milo dan tebus beg juara. Kalau tidak ingat klik di sini. Inilah dia plastik milo yang telah dikumpul. Hasil daripada derma kawan-kawan dan juga beli sendiri. Memang mencabar nak dapatkan 40 mata. Berhabis juga untuknya. 


Terima kasih buat adik Wan, Rehan, Ain, Adila, kak Odah, Ipah dan kak Ju yang menyumbang plastik milo. Mereka telah menyempurnakan misiku. Ambil gambar atas katil, malam nanti confirm tikus datang...


Sedia untuk di pos. Semoga ada rezeki untukku. Pos Malaysia laksanakanlah tanggungjawabmu dengan baik okey. Amanah saya untuk Pos Malaysia. Lama betul tak pos surat. Nasib baik ada jumpa sampul surat  yang disimpan semasa aktif menulis dahulu....


Mata point yang dikumpul cukup-cukup sahaja. Jika ada yang reject, mungkin bukan rezekiku. Contohnya seperti gambar di atas. Jika tidak perasan, misi untuk mendapatkan beg pasti tidak berjaya. Plastik milo yang diterima penganjur bertarikh luput 2018 ke atas sahaja. Okeylah, nak tidur dulu...

Ahad, 14 Januari 2018

Jom Kumpul Pek Milo dan Tebus Beg Juara

Berita baik kepada penggemar minuman Milo. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan beg juara Milo dengan mengumpul 40 mata untuk satu beg. Hanya kumpul pek-pek Milo yang mengambil bahagian dan tebus beg juara.



Pastikan tarikh luput pada pek tahun 2018 dan ke atas. Ianya bermula pada 1 Januari 2018 hingga 31 Mac 2018. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web ini http://www.milo.com.my/?q=page/beg-juara. Muat turun borang penebusan dan hantar melalui pos atau tebus di lokasi terpilih.





Apa tunggu lagi jomlah cuba kumpul. 
Mungkin cukup 40 mata. 
Good luck!!!