Sabtu, 26 Mac 2022

Sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim Kediaman Cahaya Ain di Bagan Serai, Perak.

 
 Kepada anda yang ingin menderma, bersedekah, wakaf dan sebagainya, bolehlah salurkan sumbangan anda kepada Kediaman Cahaya Ain. Rumah anak yatim ini terletak di Bagan Serai, Perak. 

Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu dan menggembirakan anak-anak yatim di sana. Semoga kita juga mendapat rahmat dariNya. Amin...

Jumaat, 25 Mac 2022

Akhirnya Positif Covid 19 Juga

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini merupakan hari keenam kuarantin di rumah kerana positif Covid 19. Bagaikan mimpi akhirnya dijangkiti juga. Bermula seorang demi seorang ahli keluarga menunjukkan simptom, tetapi bila ditest negatif. Hinggalah diri sendiri yang ada simptom. 

Bermula dengan sakit tekak seperti ada biji-biji ditekak, hidung mula keluarkan air dan meleleh. Bukan hingus tapi air biasa. Hidung juga berasa sakit dan gatal-gatal seperti hendak selesema. Kemudian badan banyak keluarkan peluh dan pening kepala.


Hinggalah terjaga pada pukul 4.50 pagi, tekak rasa perit. Terus ambil Covid Test. Buat ujian dan akhirnya timbullah line yang samar-samar itu. Alhamdulillah positif juga, ujian dari Allah. 

Update MySejahtera dan dapat tempoh kuarantin. Duduk di rumah diam-diam.


Status MySejahtera pun bertukar merah. Alhamdulillah, setakat hari ini tiada gejala yang teruk. Doakan saya dan keluarga sihat sepenuhnya dengan cepat. Nasib baik ada buah hati yang hantar buah kelapa 5 biji dan ubat-ubatan. Jasamu amat dikenang :)

Amalkan minum air rendaman bunga cengkih. Caranya rendam bunga cengkih dengan air panas. Biarkan suam atau sejuk, bolehlah diminum. Amalkan minuman tersebut seperti minum air masak biasa, dapat mengurangkan ketidakselesaan pada tekak.