Ahad, 18 Februari 2018

Selamat Tahun Baru Cina 2018

Entri kedua untuk pagi ini. Memang banyak sangat cerita yang ingin disampaikan. Tahun baru ini terlalu banyak episod sedih. Tak terluah rasanya. Ia melibatkan kerjaya. Tidak tahu mengapa terlalu emosi sedangkan tahu memang tidak layak untuk memiliknya. Tapi perasaan negatif iaitu iri hati tetap ada. Itulah insan yang lemah dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Semoga dapat menghadapinya dengan sabar, keadaan menjadi lebih baik dan mendapat redha Allah..

Pengalaman pertama bekerja semestinya diri tidak biasa dengan keadaan begini. Memang tidak mengerti. Sesungguhnya ini sebahagian yang mengajar erti kehidupan bekerja yang sebenar. Di masa hadapan, mungkin banyak lagi pengalaman pahit manis yang bakal ditempuh. Permudahkan segalanya ya Allah... Ingat! bekerja kerana Allah.. mencari rezeki kerana Allah...



  Hamper daripada pembekal untuk Annual Dinner


Pemberian rakan sekerja sempena menyambut tahun baru Cina. 
Terima kasih daun keladi, tahun depan kena bagi lagi :)


Mengemas Rumah untuk Kenduri Akikah

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Buat apa pada hari cuti Tahun Baru Cina? Berjalan makan anginkah? Saya sekeluarga tidak ke mana-mana pun di hari cuti ini. Sudah dua hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu, sibuk mengemas rumah. Rasa sakit sangat seluruh badan ini. Tangan juga sakit kerana sudah lama tidak memegang penyapu.

Tapi yang menghampakan ialah apabila dikemasnya rumah, ada insan yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan membuat sepah dengan cepatnya. Apa yang kita susun dan simpan, dikeluarkannya balik. Apa yang kita sorok dalam almari juga dikeluarkan. Kain tutup almari dibiarkan terbuka. Peluh dibadan masih belum kering, tetapi rumah kembali tidak tersusun. Itulah akibatnya bila tiada tanggungjawab. Bukannya hendak menolong kita mengemas tetapi disepahkannya lagi. Sabar sahajalah..

Niat saya ingin membantu ibu di rumah. Jika tidak sabar pasti sudah mengamuk. Kenduri akikah tinggal lagi sebulan. Saya terpaksa mengemas rumah sedikit demi sedikit. Tak boleh membuat kerja last minute nanti kelam kabut...


Segalanya untuk baby Mohd Yusuf. 
Permata hati untuk ibu dan ayahnya...
Kesayangan tok, tok wan dan semuanya... 


Esok adalah masa untuk berehat. Berhentikan seketika operasi mengemas. Luangkan masa untuk diri sendiri. Iron baju, kemas bilik, menulis blog dan membuat aktiviti yang disukai. Tetapi jika mood mengemas datang kembali, pasti saya akan mengemas juga esok...