Selasa, 29 September 2026

Ole-ole Pokok Bromeliad

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa khabar? Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu. Di bawah merupakan pokok terbaru di Sweet Garden. 

Pemberian kak ipar iaitu Kak Su. Terima kasih sangat. Teringat juga akan adik iparnya ini. Datangnya jauh dari negeri Pahang ke Perak Darul Ridzuan.

Ole-ole dari Pahanglah begitu. Kak Su bertandang ke rumah kakaknya di sana. Kakaknya memang buat jualan pokok Bromeliad ini.

Tanam gunakan sabut sahaja kerana pokok ini tidak boleh kena air yang banyak boleh cepat busuk akarnya. Kalau jual pokok ini RM 50 untuk tiga pokok. Alhamdulillah atas rezeki ini. Moga pokok Bromeliad ini hidup subur.

Isnin, 28 September 2026

Rezeki Dapat Pengat Pisang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita hari Jumaat lepas, beli maruku dapat juga pengat pisang. Buah pisang itu pemberian mak mentuanya.

Minta ChatGpt buang background, itulah hasilnya. Alhamdulillah atas rezeki ini. Rezeki yang tidak dijangka.

Minta maruku diletakkan di pondok guard dan ambil gambar. Tertanya juga apakah yang ada dalam plastik merah itu. Tak tunggu balik, terus ambil untuk lihat isinya. 

Jika terlalu sibuk, masa balik baru saya ambil di pondok guard. Makan terus maruku manakala pengat makan di rumah sahaja. Terima kasih kerana berkongsi rezeki.

Sabtu, 19 September 2026

Matahari Warna Merah

Gambar ini diambil pada 15 September 2026 jam 6.17 petang. Merah betul matahari, sakit mata bila melihatnya. Ambil gambar bahagian atas tinted kereta iaitu yang lebih gelap. Ini pun sudah cukup membuatkan matahari nampak merah dan  terang. Kawan juga perasan akan keadaan itu. Tempatnya juga matahari nampak merah. Bergurau dengan adik, matahari sakit mata sebab jerebu :)

Buah Pokok Cactus

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Jalan-jalan ambil angin di depan rumah ternampak buah pokok cactus. Terus petik dan ambil gambar. Kemudian rasa sakit-sakit tangan. Duri yang ada di buah tersebut melekat pada tangan. Adoi boleh tahan sakitnya. Susah pula nak cabut sebab kurang nampak. 

Beginilah buah pokok cactus. First time petik sebelum ini dibiarkan begitu sahaja.

Hasil bedah siasat isinya sepertinya buah naga. Warna merah dan nampak sedap. Cuba rasa sedikit, tawar pula rasanya. Buang sahajalah takut juga nak makan.



Inilah pokok cactusnya. Orang panggil cactus Mickey. Betul ke? Mujur abah tak tebang. Jual di TikTok mesti laku :)

Selasa, 15 September 2026

Tempah Nasi Dengan Kak Su

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rasa tak bersemangat pula blog makin kurang disinggahi walaupun telah update entri terbaru. Nak blogwalking pun buntu sebab tak tahu blog mana yang ada entri terkini. Kena usaha lebih untuk blogwalking iaitu perlu cari blog yang hendak dikunjungi. Mesti banyak cerita yang telah ketinggalan. Harap blogspot kembali pulih seperti biasa.


Adik tempah dengan kak ipar 12 bungkus nasi pada hari Jumaat lepas. Adik belanja kawan sekerja makan. 2 bungkus tinggal di rumah untuk abah dan adik lelaki makan. Adik merupakan pelanggan pertama Kak Su untuk tempahan nasi. Sebelum ini hanya menjual kuih sahaja.


Ayam masak merah Banjar dan juga jelatah. Kak Su kata ayam kecil pula hari itu, jadi dia tambah ikan kering sebagai lauk tambahan. Alhamdulillah sedap sangat. Licin nasi cuma lauk ikan kering jer tak habis sebab risau makan banyak sangat. Tapi boleh habis jer kalau nak makan cuma risaukan kesihatan. 

Isnin, 14 September 2026

Entri Terbaru Tidak Keluar dalam Senarai Bacaan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Blogspot bermasalah lagi. Kali ini rasanya lebih lama. Entri terbaru tidak keluar dalam senarai bacaan. 
 

Jadinya kita tidak boleh tahu entri terbaru daripada blogger. Buntu juga kerana sukarkan proses untuk blogwalking. Kena pergi blog satu persatu baru dapat melihat entri mereka.

Blogspot sejak akhir-akhir ini memang bermasalah bermula dari hilang blog, tak boleh komen dan masalah ini pula. Mungkin ada yang lain yang saya tak perasan. Semoga masalah ini tidak berpanjangan. Kami sayang sangat blogspot. Kami sayangkan blog kami. Walaupun ada pelbagai aplikasi lain, blogspot tetap di hati ini.

Ahad, 13 September 2026

Binatang Apakah Itu?

Assalamualaikum dan selamat malam. Esok hari Isnin dan meneruskan kerja hakiki seperti biasa. Moga sihat cergas dan tidak berasa malas. Pagi tadi ketika siram pokok nampak binatang ini. Minggu ini asyik nampak dia sahaja di 'Sweet Garden' iaitu di kawasan tanaman pokokku. Hari ini nampak lagi. Siram pokok cepat-cepat dan ambil handphone untuk tangkap gambar.

Kali ini dia menyorok pada pokok pemberian Angie iaitu senior tempat kerja. Jika tak tengok betul-betul memang tak perasan kewujudannya.

Dia tahu sedang diperhatikan cepat-cepat nak menyelamatkan diri.

Crop bagi besar sikit. Tanya ChatGPT binatang apakah itu? Itu sesumpah atau kebanyakan orang panggil cicak kebun. Warna coklat jingga dan bentuk kepalanya memang sepadan dengan cicak kebun. Ia biasanya tidak berbahaya kepada manusia dan banyak makan serangga.

Lari tajuk sikit, pokok kesukaan sebab paling subur. Ini sahaja yang menjadi, pokok dalam pasu lain sangat kecil dan daunnya banyak rosak.

Menjadi juga pokok kucai. Sedapnya kalau buat cucur udang. Tapi apakan daya tak boleh makan sangat risau angin. Bila adik balik kampung, akan beri padanya. Anak buah suka makan cucur udang.

Isnin, 7 September 2026

Tersilap Buka Kereta Orang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi tadi singgah beli makanan untuk tengahari. Adik tunggu dalam kereta manakala saya pergi beli makanan.

Rasa lama pula ketika membeli sebab sampai berpeluh. Rasa panas yang amat. Nak buat pilihan ayam pun susah sebab tiada bahagian yang digemari. Akhirnya pilih ayam pandan sebab banyak isi. Bila rasa sudah lewat jalan laju ke kereta. Bila buka terasa pelik, mana pergi adikku?

Baru tersedar yang salah buka kereta. Jenis dan warna kereta yang sama iaitu Axia warna biru. Boleh pula tak kunci keretanya sebab kedai dekat sahaja dan boleh nampak. Kemudian baru melilau cari kereta adik. Tengok nombor plate baru tahu adik sudah ubah kedudukan kereta. Kalut berlari pergi dengan merasa malu..haha..


Inilah dia nasi kerabu dan juga ayam pandan. Beli juga daging black paper RM3. Kesemuanya RM10. Hari ini dalam sejarah, sudah lama tak rasa malu begini..hihi.. Baru tersedar dari mimpi...

Ahad, 6 September 2026

Tamat Sudah Family Day Kami 2026

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulilah selesai sudah family day keluarga kami pada tahun ini. Tahun ini G-AHZA 6.0. Jumpa lagi dua tahun akan datang. Seterusnya keluarga arwah Pak Ngah Tanah Kebun yang akan menjadi pengelola family day. Tahun ini keluarga Parit Nibong.


Banyak lagi gambar yang diambil sebagai kenangan. Mungkin letak di YouTube atau di blog Mencari Cinta Abadi. Adik-beradik sebelah abah iaitu daripada 10 orang adik-beradik. Alhamdulillah kami dapat berkumpul bersama.

Keluarga saya menjadi juara bagi pertandingan video montaj. Memang over sangat video kami. Keluarga kami cakap seorang demi seorang perkenalkan diri. Keluarga lain letak gambar dijadikan video. Kemudian kami buat gaya contohnya saya paling suka tidur kena buat aksi tidur yang sopan dan bersahaja. Rasa segan juga dibuatnya sebab keluarga lain buat biasa-biasa sahaja. Apa yang penting menjadi juara, berbaloi juga rasa. Adik bongsu yang rakam dan edit video tersebut.

SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026

 Assalamualaikum semua dan selamat petang. Kali ini saya join segmen pula iaitu segmen refresh bloglist di blog My Story Board. Syarat penyertaan mudah sahaja boleh klik di banner. 

Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun

Assalamualaikum dan selamat petang. Bulan September ini banyak betul giveaway dan juga segmen. Bolehlah join jika berkesempatan. Giveaway pertama saya join Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun. Doa saya semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.