Memaparkan catatan dengan label Bubur Asyura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bubur Asyura. Papar semua catatan

Ahad, 28 Julai 2024

Dapat Dua Jenis Bubur Asyura

Assalamualaikum dan selamat malam. Esok hari Isnin kena bekerja seperti biasa. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan lebih baik dari sebelumnya. Hari ini di surau ada mengadakan aktiviti mengacau bubur Asyura. Mengumpul duit dan mengacau bubur asyura bersama-sama.

 
Tahun ini kena bayar RM20. Dapat dua jenis bubur asyura.
 
 
Alhamdulillah sedap. Terima kasih pada mereka yang bergotong-royong membuat bubur asyura ini. Tanpa anda, tidaklah dapat merasai keenakan bubur asyura. Terima kasih sangat.

Ahad, 22 Oktober 2017

Dua Jenis Bubur Asyura di negeri Perak


Kalau nak tahu, di kampung saya setiap tahun pasti akan membuat dua jenis bubur Asyura. Bubur Asyura manis dan satu lagi yang pedas. Bubur Asyura yang pedas adalah bubur nasi biasa seperti bubur lambuk gitu. Bubur ini dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.

Bubur Asyura manis bahan-bahannya terdiri daripada tepung, gula merah, kekacang dan juga ubi. Bubur Asyura pedas pula beras, sayur, udang, daging dan ayam. Kedua-duanya sedap dan menambat selera. Tapi nak buatnya memang sukar sebab jenuh nak mengacau.

Bubur Asyura Manis

Gambar di atas adalah bubur Asyura versi manis. Memang sedap.. Bila sejuk kuih akan jadi keras dan boleh dipotong. Rasanya lemak manis sebab letak santan. Makan sekali pasti nak lagi :)

Bubur Asyura Pedas (Nasi)

Bubur Asyura Nasi seperti kita tahu sememangnya sedap. Apatah lagi pada bulan Ramadhan. Memang menjadi juadah wajib.


Bubur Asyura ini dibuat secara bergotong-royong. Orang kampung harus menyumbang sebanyak RM10.00 setiap seorang pada tahun ini untuk membeli barang-barang. Barang makin mahal, sebelum-sebelum ini hanya mengutip seorang RM3 hingga RM5.

Sekian, saya yang melaporkan untuk Jalan-jalan Cari Makan Kampung :)