Memaparkan catatan dengan label Brisk Walk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Brisk Walk. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Disember 2025

Pohon Kelapa Berbuah Lebat

Assalamualaikum dan selamat petang. Panas cuaca hari ini. Kehadiran aircond tidak mampu menampung kepanasan. Mungkin ada  aircond yang perlu diservis. Semasa brisk walk hari itu, sempat ambil gambar pokok kelapa ini. Ia amat menarik perhatian, jarang dapat dilihat.

Pohon kelapa yang lebat berbuah. Buahnya kecil-kecil sahaja. Adakah buahnya mampu membesar? 

Nanti ada masa boleh ronda lagi untuk melihat perkembangan pohon kelapa ini. Adakah patut dicantas agar tinggal sedikit sahaja buah untuk terus membesar?

Rabu, 10 Disember 2025

Brisk Walk 7 Disember 2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. First time dalam hidup brisk walk. Bukan berjalan pantas tetapi berjalan biasa. Terkejut jiran katanya tak pernah tengok saya berjalan pusing kampung. 

Guna aplikasi pedometer di handphone sahaja. Dapat 4384 langkah. Brisk walk bersama sahabat sebab itu bersemangat sedikit. 

Selasa, 11 November 2025

Smart Watch Untuk Brisk Walk

Assalamualaikum dan selamat pagi. Bila lihat blogger lain brisk walk guna jam tangan smart watch rasa teringin pula. Boleh tahu berapa langkah. Masalahnya masih tak pandai guna lagi.. haha.. Lagi satu masalah tak pernah keluar brisk walk pun.. haha.. Adakah ada masa untuk pusing kampung atau ban pecah?


Beli di TikTok RM15 sahaja. Jadilah untuk mencuba sesuatu yang baru. Jika ianya satu keperluan suatu hari nanti boleh beli yang mahal sedikit. Harap bertahan lama dan memberi manfaat.