Memaparkan catatan dengan label Mangga Lemak Manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mangga Lemak Manis. Papar semua catatan

Ahad, 12 April 2026

Beli Buah Mangga Lemak Manis di TikTok

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tidur terganggu kerana ada lipas merayap di tangan ketika tidur. Bangun cepat-cepat, buka lampu dan sembur dengan Baygon lipas tersebut. Kemudian baru boleh pukul dengan mudah kerana lipas sudah pening. Mata pun tak jadi nak tidur. Bolehlah update blog dan solat Subuh. 

First time beli buah mangga online. Kira berbaloi juga harga dan kualitinya. Mungkin dapat diskaun dari TikTok. Penghantaran juga percuma. Mangga lemak manis 3 kilo RM11.50 tetapi saya bayar RM5.72 setelah tolak baucar yang ada.

Terbaiklah cara pembungkusannya. Kotak pun jenis kotak tebal yang berkualiti. Saiznya pun sesuai.

Dapat 9 biji kesemuanya. Alhamdulillah...