Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Ogos 2025

Roti Krim Perisa Durian Gardenia

Assalamualaikum dan selamat petang. Pertama kali menikmati roti krim perisa durian Gardenia. Itupun sebab adik lelaki yang bagi. Dia kata nak expired hari ini. Jadi kelmarin cepat-cepat makan. Memang tengah lapar sebab baru balik kerja.


Roti ini viral sudah lama dan tak berhasrat untuk cari. Bila ada rezeki depan mata kenalah cuba. Alhamdulillah sedap seperti roti Gardenia perisa yang lain. Memang suka roti jenama Gardenia dari dulu lagi. 

Sabtu, 15 Ogos 2020

Tempah Roti Sempena Kenduri Rumah Baru dan Bacaan Yasin







Suka sangat tengok roti yang bulat-bulat ini. Ada roti pizza, roti sosej, kaya, kacang dan juga coklat. Tempah sempena majlis kenduri rumah baru dan juga bacaan yasin. Kami buat kenduri pada hari raya ketiga Aidiladha. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Satu roti berharga seringgit. Tempah 100 bungkus sahaja kerana buat kenduri kecil-kecilan dan mengikut SOP. Penjarakan fizikal harus dijaga. Tempah dengan Teha nombor telefon 013-750 3272. Orang sekitar Parit Buntar, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan berdekatan bolehlah tempah roti dengannya. Simpan nombor di sini agar mudah dicari nanti :)