Assalamualaikum dan selamat pagi. Blogspot bermasalah lagi. Kali ini rasanya lebih lama. Entri terbaru tidak keluar dalam senarai bacaan.
Jadinya kita tidak boleh tahu entri terbaru daripada blogger. Buntu juga kerana sukarkan proses untuk blogwalking. Kena pergi blog satu persatu baru dapat melihat entri mereka.
Blogspot sejak akhir-akhir ini memang bermasalah bermula dari hilang blog, tak boleh komen dan masalah ini pula. Mungkin ada yang lain yang saya tak perasan. Semoga masalah ini tidak berpanjangan. Kami sayang sangat blogspot. Kami sayangkan blog kami. Walaupun ada pelbagai aplikasi lain, blogspot tetap di hati ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan