Memaparkan catatan dengan label Cincin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cincin. Papar semua catatan

Ahad, 11 Jun 2023

Cincin Langkah Bendul

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Menulis blog pada pagi-pagi buta orang kata. Tadi sudah tertidur, tunggu nak solat pula nanti. Insya Allah. Lepas Isyak mata memang tak boleh tahan, pasti akan terus tertidur. Kalau dulu selepas ibu meninggal memang susah nak tidur sampai kembung perut dibuatnya. Alhamdulillah sekarang senang dan perlu dikawal agar tidak berlebihan.

 
Cincin langkah bendul yang telah diminta. Nak tengok entri yang dulu klik di sini. Maaf yer bakal adik ipar kerana kak memang sudah niat nak minta jika adik-adik kahwin dahulu. Jika tak minta rasa tak tenang, tapi bila sudah minta pun rasa tak tenang.

Cincin Langkah Bendul

Pelbagai perasaan muncul sebenarnya. Mula-mula rasa tak jadi nak beli cincin, nak beli hadiah sahaja duit yang bakal adik ipar beri. Kadang rasa tak jadi minta. Dengan pergerakan masa, akhirnya terbeli juga cincin. Saya bayar RM100 harga cincin tersebut. Adik perempuan seorang lagi hanya ambil RM300 sahaja pada bakal adik ipar.

Cincin Langkah Bendul

Akhirnya dapat juga merasa pakai cincin pemberian orang. Memang tidak pernah pakai cincin dan memiliki cincin. Bila rindu pada adik, bolehlah tengok cincin. Terima kasih bakal adik ipar. Semoga murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia selalu.