Isnin, 29 Jun 2015

Ular Bersalin Kulit dalam Rumah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini sudah 12 hari umat Islam berpuasa. Syukur pada Ilahi kerana masih diberi kesempatan berpuasa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia :)

Seram tak dengan tajuk entri kali ini? Bagi aku, seram jugalah. Apatah lagi di dalam rumah. Kalau di luar rumah tidaklah terlalu takut kerana ia agak jauh dari kita.

kulit ular senduk

Gambar menunjukkan kulit ular senduk yang menyalin kulitnya di dalam rumahku. Syukur sangat ibu perasan akan kemunculan ular tersebut yang bersembunyi di bawah tikar. Ular tersebut berjaya dibunuh oleh my hero iaitu abah. Tq abah :)

Ahad, 14 Jun 2015

Jaga-jaga dengan Duit Anda

Assalamualaikum...

Alkisah aku shopping baju di sebuah pasaraya. Nak bayar, aku kasi RM50. Harga barang RM25 jer. Tiba-tiba cashier kata ada duit lain tak?

Haa?? Aku terkejut. Baru aku perasan duit RM50 yang aku beri padanya macam sudah buruk, lembik dan ada kesan cucuk-cucuk sikit dengan jarum. Gabra habis masa tu sebab aku bawa duit sikit jer. Memang aku dah prepare duit RM50 itu untuk belanja. 

Nasib baik aku simpan RM50 lagi dalam sampul raya. Duit itu aku nak simpan sebagai langkah berjaga-jaga sahaja bukan untuk belanja. Cashier itu asyik kata 'sorry'. Yelah depan dia aku ambil duit dalam sampul duit raya.

Aku seorang yang tak suka bawa duit banyak-banyak. Kadang-kadang ada RM50 je dalam dompet. Bayangkan duit itu reject, bagaimana? Terutama sekali bila barang yang tidak boleh dipulangkan kembali contohnya makan di restoren dan sebagainya.

Pengajaran yang aku dapat, kalau nak bawa duit sedikit pastikan ianya telah dipecahkan terlebih dahulu kepada duit sepuluh-sepuluh misalnya. Ianya lebih selamat.

Apa yang aku buat dengan RM50 tadi? Aku belanja dekat kedai runcit je. Sebenarnya laku jer duit tersebut, cuma cashier tu jer yang cerewet. Selalu yang reject duit yang aku pernah kena adalah orang Cina. Duit nampak buruk ada koyak sikit, tak nak terima. Siapa yang terseksa? Orang yang bayar la...

bunga segar

Gambar sekadar hiasan. 
Untuk tenangkan jiwa :)

Rabu, 3 Jun 2015

Hobi Mengumpul Setem Tenangkan Jiwa

Assalamualaikum...

Arghhh... aku takde mood hari ini. Nak buat kerja rasa malas sangat.. Online jer la. Itupun jika kuota internet tak habis lagi...huhu...

Okey, hari ini aku ingin bercerita mengenai my hobby. Hobi aku mengumpul setem. Aku suka kumpul setem sejak di zaman aku sekolah rendah lagi.

Kenapa suka kumpul setem? Kerana ia cantik, menarik, pelbagai, menjadi kenangan dan juga mempunyai sifat yang boleh menenang dan membahagiakan diriku. Apa yang penting aku suka tengok setem yang bermacam warna dan corak.

Dari mana aku dapatkan setem itu? Aku dapat daripada kawan-kawan, sahabat pena, kakak angkat dan juga dari surat yang terdapat di rumahku. Bukan perlu keluarkan modal pun, ambil je setem yang telah dicop oleh posmen. Apa susah?

setem
Setem pemberian sahabat yang belum dilekatkan dalam album :)

setem
Koleksi setem yang ada

setem
Setem lama yang mempunyai gambar Sultan

Selasa, 2 Jun 2015

Baru Belajar Beli Barang Online

Assalamualaikum...

Selamat cuti sekolah kepada adik-adikku semua. Adik-adik yang akan menduduki peperiksaan jangan lupa belajar dan ulangkaji pelajaran. Kalau ada kelas tambahan, pergi jangan tak pi orang Kedah kata. Belajar nie bukannya lama, sekejap jer.. Dalam tak sedar, dah tamat tingkatan 5...masuk universiti... kerja dan kahwin... Gunakan masa study ini dengan sebaiknya.

barang online

acne cleanser

Aku baru nak belajar beli barang online. Baru 2 kali aku beli, itupun beli barang yang sama dan pada orang yang sama. Banyak juga soalan yang ditanya pada penjual tersebut iaitu Nadia. Beli acne cleanser RM25 dan kos penghantaran RM7. Total kena bayar RM32. TQ buat Nadia kerana sudi melayan karenah pelanggan anda ini :)