Ahad, 21 April 2024

Pekena Char Kuey Teow di Tanjung Piandang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rindu pula nak menulis blog pagi ini walaupun perut sudah mulai lapar. Cerita malam tadi pekena char kuey teow di tapak pasar malam Tanjung Piandang, Perak. Sepanjang bulan Ramadan memang tak pernah keluar malam. Malam tadi baru keluar mencari makan setelah diajak oleh kakak.

Char kuey teow kerang special. Malas nak kupas udang sebenarnya sebab itu ambil kerang sahaja. Jika ada udang pasti lebih nampak menyelerakan. Minta tak nak letak sayur tauge dan kucai sebab kedua-dua sayuran itu penyebab angin.
 
Kami ambil menu yang sama cuma adik dan kakak ada sayur. Minum pun air suam jer, sihat dan menyegarkan.
 
Senarai harga bagi menu char kuey teow. Nampak tak?

Rabu, 17 April 2024

Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Assalamualaikum dan selamat malam. Sekadar secebis coretan kenangan. Sempena perayaan Songkran, pekerja Myanmar memberi sedikit pemberian sempena menyambut perayaan mereka kepada kami iaitu staff office. Alhamdulillah... 

Air minuman 100 Plus dan juga kek. Tahun lepas ada juga beri, tapi lupa untuk disimpan kenangan tersebut.

Sayangnya kek yang diberi telah expired. Mungkin terlepas pandang. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi memberi dengan seikhlas hati. Tiada rezeki untuk kek itu tetapi menjadi rezeki ayam yang berada di rumah. Alhamdulillah...

Khamis, 11 April 2024

Ucapan Hari Lahir 2024

Terima kasih my family, sahabat serta kawan yang sudi memberi ucapan pada hari lahir. Hari lahir jatuh pada bulan Ramadan pada tahun ini. Simpan untuk kenang-kenangan. Jom layan :)

 
 Ucapan pertama diterima daripada kakak nombor dua :)







Salam Aidifitri 2024

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini sudah masuk 2 Syawal.. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin pada yang mengenali diri ini. Salam Aidilfitri buat kawan-kawan di alam maya iaitu para blogger. Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain tetapi sentiasa support di antara kita. Alhamdulillah...

Kuih raya pada tahun ini. Ala kadar sahaja, janji ada untuk dijamu pada tetamu. Alhamdulillah...

Kuih raya simple sahaja. Biskut yang nampak mewah sedikit pemberian adik ipar kakak, Ayan. Terima kasih sangat. Dapat juga merasa kuih sedap bukan dari hasil tangan sendiri.

 
Pemberian Whiz pada kilang tempat bekerja. Kami tak ambil sedikit pun. Beri pada staff office untuk menikmatinya.
 
Terima kasih buat Whiz International Logistic yang sentiasa memberi setiap tahun. Pada bulan Ramadan diberikan buah kurma. Alhamdulillah...

Ahad, 24 Mac 2024

Membeli Barang Untuk Membuat Kuih Raya

Assalamualaikum dan selamat malam. Siang tadi sibuk membeli barang-barang untuk membuat kuih raya. Walaupun terasa panas tetap harus diteruskan juga. Minggu depan harus mula membuat kuih. Semoga dipermudahkan dan semuanya berjalan dengan lancar. 

 Banyak lagi yang diperlukan sebenarnya. Beli sikit-sikit agar tidak terasa sangat. 
 
Dapat sampul duit raya di Econsave walaupun berbelanja kurang dari RM100.

Resit terbaliklah pula.. Jadilah, asalkan ada diletak...

Barang lain juga dibeli selain dari barang untuk membuat kuih raya.

Burung Membuat Sarang dalam Bilik Air Homestay

Assalamualaikum dan selamat pagi. Baru beberapa minggu tidak menjenguk homestay, burung sudah membuat sarang dalam bilik air. Siap bertelur lagi. Makin berani burung-burung masuk melalui tingkap bilik air. Sebelum ini mereka hanya di luar rumah. Bersepah tahi burung.

Keliling homestay penuh dengan tahinya. Paip aircond juga jatuh kerana dikacau oleh burung-burung. Mereka ingat homestay rumah mereka agaknya. Maklumlah jarang diduduki. Cuti sekolah sahaja yang rancak kerana ada kenduri berdekatan homestay. Alhamdulillah. Update untuk kenangan suatu hari nanti :)

Sabtu, 23 Mac 2024

Kerepek Pisang Berangan Santapan di Hari Raya?

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah, sudah 12 hari umat Islam berpuasa. Semoga umat Islam dapat berpuasa dengan baik terutama dengan cuaca panas begini. Semoga terus bersabar dalam mencari redhaNya. 

Ada setandan pisang hasil tanaman abah. Risau tidak habis dimakan apabila masak serentak nanti. Jadi jadikannya kerepek iaitu kerepek pisang berangan. Nak goreng rasa lambat sangat, bila makan tak terasa sudah habis. Begitulah selalunya.

Kalau boleh nak jadikan santapan di hari raya nanti. Agak-agak masih okey atau tidak? Risau juga jika masuk angin dan tidak ranggup lagi. Penat aje buat. Lagi satu bolehkah tahan nafsu, tengok sahaja tanpa menikmatinya. Tunggu dan lihat adakah ianya masih wujud di Aidilfitri ini?

Ahad, 17 Mac 2024

Menu Berbuka Ramadan ke 4 dan 5

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini merupakan hari ke enam umat Islam berpuasa. Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah.

Menu berbuka Ramadan ke empat iaitu nasi kerabu. Beli di Bazar Tanjung Piandang, RM10. Sedap juga kerana sudah lama tidak makan nasi kerabu.
 
Abah beli kuih-muih juga untuk berbuka. Alhamdulillah... Nak buat kuih sendiri pasti tidak habis makan. Jadi daripada membazir lebih baik beli sahaja.

Menu berbuka puasa Ramadan ke 5 iaitu laksa sebagai menu utamanya. Bila makan laksa, tak makan lagi nasi. Laksa sudah cukup mengenyangkan. Nasi makan ketika bersahur nanti. Laksa terlajak banyaklah pula, ada lagi satu bekas aiskrim dalam peti sejuk. Nanti buka puasa boleh makan lagi :)

Khamis, 14 Mac 2024

Menu Berbuka Ramadan Ke 2

Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Hari ini 3 Ramadan tetapi update menu untuk 2 Ramadan. Masa terlalu mencemburui, tak sempat nak update. 

Troli makanan untuk dihantar dari dapur ke meja makan. Tak perlu ulang-alik banyak kali untuk mengambil makanan. Jimat masa dan tenaga.
 
Inilah menunya, ringkas tapi mengenyangkan. Menu ikan dan sayur adik yang masak manakala kerang abang masak. Alhamdulillah... Ada masa ambil gambar menu yang lain pula :)

Ahad, 10 Mac 2024

Mengemas Rumah Untuk Persediaan Ramadan

 Assalamualaikum dan selamat malam semua. Nak menulis tetapi badan dan fikiran rasa terlalu penat. Menulis santai-santai agar blog sentiasa diupdate. Bermula hari Sabtu 9 Mac 2024, kemas dua buah peti sejuk. Buang makanan yang sudah lama dan tidak diperlukan lagi. Bersihkan segala kotoran di dalamnya. Cicak yang sudah mati pun ada dalam peti sejuk. Bilanya masuk pun tidak tahu. Betapa kotornya peti sejukku.

Minggu lepas menyapu rumah atas. Mengemas ruang tidur arwah mak dahulu. Abah jarang tidur di situ jadi kena kemaskan apa yang patut. Anak cucu pulang baru abah akan tidur di rumah atas. Banyak tahi cicak dan bersawang. Bila sudah bersih, sejuk mata memandangnya walaupun tahu kebersihannya itu tidak akan bertahan lama.

 
Gambar tiada kaitan dengan cerita. Sekadar iklan. Hari Ahad 10 Mac 2024 pula mengemas dapur. Sapu dan mop lantai. Penatnya sampai ke malam. Harap esok pagi baik-baik sahaja. Itulah persediaan Ramadan agar lebih bersemangat untuk ke dapur. 

Amal ibadat juga tidak dilupakan. Insya Allah hari Isnin akan bentangkan karpet untuk solat terawih di rumah agar lebih selesa. Moga Allah permudahkan urusan untuk beribadat.

Selasa, 5 Mac 2024

Saringan Status Kesihatan Wanita Dewasa

Assalamualaikum semua. Rasa pening dan sakit kepala dari petang kelmarin. Bila malam okey pula. Bangun pagi terasa pening dan sakit kepala lagi. Duduk pun rasa tak seimbang. Leher terasa berat untuk melakukan pergerakan. Buat keputusan untuk ke klinik.

Kena isi maklumat status kesihatan sementara menunggu doktor panggil.
 
 
Rupanya diri ini sudah gemuk.. huhu.. mungkin tertunduk sikit tadi semasa mengukur ketinggian. Sepatut 160 lebih rasanya.
 
Dapat satu sahaja ubat iaitu untuk pening kepala. Lupa nak beritahu doktor sakit kepala juga. Terlalu fokus isi maklumat, lupa nak beritahu. Semoga cepat pulih sakit ini.  

Isnin, 4 Mac 2024

Mee Sizzling di Mydin, Parit Buntar

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga semua sihat dan ceria selalu. Gambar tahun lepas, mee sizzling. Adik bongsu suka sangat mee sizzling di Mydin, Parit Buntar ini.

 
Layan jerlah gambar...

 
Ada rezeki, boleh makan lagi :)
 

Ahad, 3 Mac 2024

Goodies Kenduri Kahwin

Assalamualaikum semua. Saya suka sangat goodies yang satu ini. Abah dapat ketika menghadiri majlis kenduri. Kenapa suka? Sebab first time dapat yang begini. Lagipun dalam fikiran teringin sangat nak buat ice blended strawberi. Alhamdulillah tercapai.

 
 
Inilah goodies tersebut, Nutrifres perisa strawberi. Maka tercapailah hasrat untuk membuat ice blended strawberi. Boleh klik di sini untuk lihat hasilnya. Sejuk, sedap dan menyelerakan. Minum sekali rasa nak lagi :)

Sabtu, 2 Mac 2024

Hasil Membeli-Belah di Pulau Langkawi, Kedah

 Assalamualaikum dan selamat malam. Kisah tahun lepas iaitu akhir November 2023. Saya sekeluarga bercuti di Langkawi, Kedah. Kami bercuti selama 4 hari 3 malam. Shopping sikit sahaja kerana telah banyak berbelanja di sana. 

 
Antara barang yang di beli ialah coklat. 
Harga boleh lihat pada resit.
 
 
Pengapit kuku RM 20.
Ole-ole untuk sahabat.
 
 
Kenangan untuk diri sendiri, topi RM 10.
 
Resit belian coklat di Perniagaan Haji Ismail Group.

Dating dengan My Blog

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi-pagi lagi sudah dating dengan blog. Siapa lagi mahu sayang dan mencintai, jika tidak diri sendiri. Walaupun blog-blogku tidak seberapa bagi pandangan yang lain tetapi memberi nilai yang mendalam pada diri ini. Mencatat pelbagai kisah suka duka. Kenangan yang tidak boleh dilupakan. 

Kucing di rumah ini tinggal seekor sahaja lagi iaitu Aboy. Kucing lain sudah kena buang atau mati. Tiba-tiba sahaja hilang. Kucing datang silih berganti. Alamak.. lupa pula, ada lagi kucing yang lain iaitu Si Oyen. Oyen baru melahirkan anak. Harap dia tak buat hal. Selalunya anak-anaknya akan buat hal dengan membuang di dalam rumah. Begitulah sering terjadi.

Jumaat, 1 Mac 2024

Cream Puff Pemberian Ah Chong

Assalamualaikum dan selamat pagi. Perjuangan satu hari untuk hari ini, bekerja untuk kehidupan. Alhamdulillah minggu ini tak perlu ke dapur kerana kakak di Kuala Kangsar balik. Jadi kakaklah yang masak. Dapat juga berehat selepas pulang bekerja. Cuma hari ini sahaja perlu ke dapur kerana kakak sudah pulang.

 
Cream puff yang diberi oleh Ah Chong. Katanya dibeli dari orang Melayu. Terima kasih sudi memberi.
 
 
 Bungkus kecil-kecil untuk beri seorang satu. 
 

Khamis, 29 Februari 2024

Segmen Mencari Bloglist Baru

 Assalamualaikum semua. Jom meriahkan segmen mencari bloglist baru. Pakat-pakat join untuk support antara satu sama lain. Boleh klik pada banner untuk menyertainya :)

Selasa, 27 Februari 2024

Pokok untuk Masalah Kencing

 Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah kenyang betul rasa malam ini. Sampai mengah dibuatnya. Saya kerap mengah sejak akhir-akhir ini. Makan tak seberapa pun tapi mengah yang lebih. Tahu atau tidak nama pokok atau tumbuhan di bawah? Saya sebenarnya tak tahu nama apa pokok ini.

Ms Chong @ bos yang beri kepada kawan kerana mengalami masalah kencing kotor. Kawan beri pula sedikit pada saya kerana turut mengalami sakit yang sama.

Cara penyediaannya adalah dengan merebus batang, bunga dan daunnya. Tapis untuk dapatkan airnya. Kemudian minum pada siang hari. Elakkan minum pada waktu malam kerana risau air ini sejuk dan mengakibatkan urat menjadi sejuk. Lebih baik minum pada waktu siang.

Simpan untuk rujukan nanti. Kawan yang minum air ini katanya mujarab. Saya yang minum baru sekali, kurang nampak lagi hasilnya. Pokok ini sukar untuk didapati dan ianya tumbuh sendiri.


Ahad, 25 Februari 2024

Bayaran Pertama dari Google Adsense

 Alhamdulillah setelah 5 tahun, berjaya juga mendapat pendapatan dari Google Adsense. Perasaan gembira, berdebar, risau semua ada. Mungkin pertama kali. Risau jika bayaran tidak masuk ke dalam akaun bank. Cara bayaran yang diambil ialah dengan transfer ke akaun bank.

Blog lulus Google Adsense pada 12 Mac 2019 dan bayaran pertama yang diperoleh pada 23 Februari 2024. Hampir 5 tahun juga bersabar untuk mendapatkan hasilnya. Boleh klik di sini untuk melihat entri tersebut. 

Sebelum bayaran dikeluarkan, perlu mengisi maklumat cukai pendapatan Amerika Syarikat terlebih dahulu. Mujur terdetik juga rasa di hati untuk mengisinya.


 Jumlah pendapatan yang dikumpul sebanyak USD 100.09. Pendapatan bersih yang diperoleh dalam ringgit RM 453.60. Data ini disimpan untuk rujukan pada masa akan datang. 


Ahad, 18 Februari 2024

Terima Kasih Pada yang Memberi

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Baru ada kesempatan untuk menulis. Busy sangat sejak akhir-akhir ini. Mengemas homestay dan juga pekerjaan hakiki. Dalam fikiran macam-macam teringin nak masak dan makan. Tetapi apakan daya masa terlalu mencemburui. Nikmatilah rezeki yang ada dengan rasa kesyukuran. Alhamdulillah...

 
Kek pemberian Miss Teoh, terima pada hari pertama bekerja setelah cuti tahun baru Cina. Terima kasih sangat. Sedap kek ini. Kek perisa coklat. Rasa tak puas makan lagi sebenarnya. Nanti kena pergi cari :)
 
 
Kacang daripada Ah Chong

Biskut daripada Ah Chong. Share bertiga kacang dan biskut ini. Biskut Mazola dan biskut Cornflakes. Sama sahaja dengan biskut orang Melayu rupanya. Kami agak ragu-ragu, jadi tidak memakannya tetapi diberikan pada bangsa lain.
 
Angpow dari kilang, semua pekerja dapat. Walaupun jumlah yang sikit tetap bersyukur. Alhamdulillah syukur sangat :)