Khamis, 17 Oktober 2024

Abang Nak Bertunang?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Abang nak bertunang? Betul ke? Tuan badan tak cakap apa tapi dengar dari mulut abah. Abah kata kena bersedia mungkin tahun depan rumah kita kenduri lagi. Jawapanku rileks la abah lambat lagi tahun depan. Tahun depan tak sampai 3 bulan dah pun. Tak lama dah abah cakap. Bertunang tahun ini bernikah tahun depan.

Betullah tu tak lama, saja sedapkan hati kata lambat lagi. Kenduri belah lelaki mungkin buat kecil sahaja mengikut bajet.



Kalau betul kena tolong siapkan hantaran. Paling kurang tolong tengok adik buat hantaran. Rasanya pasti tolong tengok sebab tangan keras tiada seni.

Bagiku hantaran memang cantik dan seronok ketika bergambar tetapi nak buat pula rasa terseksa. Bila orang buat nampak cantik sangat. Nak buat sendiri susah nak jadi.

Hantaran juga perlu modal, nak beli bunga dan perhiasan yang lain. Kadang menyusahkan juga. Akhir majlis semua barang tersebut terbiar dan dibuang begitu sahaja. Yang ambil barang utama sahaja iaitu makanan atau barang. Jika disimpan menjadi sampah. Memang agak membazir. Sayang sangat tapi jika seseorang yang kreatif boleh guna semula. Jadi serba salah.. cantik dan penuh dengan adat.. akhir sekali berlaku pembaziran. 

11 ulasan:

  1. sekarang ramai yang letak barang2 dalam kotak&dibungkus dengan kain saja..pun nampak cantik juga

    BalasPadam
  2. Kita boleh guna style dulu balik lah... Bungkus macam hamper je.. Senang

    BalasPadam
  3. Eh.. Tahniah... Bakal dapat menantu.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamin

    BalasPadam
  4. Orang tangan seni je yang boleh buat kerja gubahan ni....

    BalasPadam
  5. hantaran sekarang nampak simple je tapi cantik. buat sendiri pun boleh, tempah pun boleh. semua perlukan modal. hihihh

    BalasPadam
  6. Buat hantaran style isi dalam kotak je, mudah kerja dan ringkas

    BalasPadam