Assalamualaikum dan selamat petang. Hujan pula petang ini tetapi tak lebat. Bahang panas masih terasa. Alhamdulillah siap dan sampai juga photobook yang dinanti. Entri sebelum ini klik di sini masih lagi memilih dan menyusun gambar. Sekarang sudah sampai.
Memaparkan catatan dengan label Photobook Free. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Photobook Free. Papar semua catatan
Sabtu, 16 November 2024
Isnin, 7 Oktober 2024
Pilih Gambar Untuk Buat Photobook
Assalamualaikum, selamat malam semua. Penatnya badan ini setelah seharian di pejabat. Alhamdulillah hari ini tidak perlu ke dapur, kak sulung balik. Beliau yang masak untuk kami. Syukur sangat. Siang tadi dapat email voucher Photobook. Jadi kena kumpul gambar sebelum voucher expired.
Harap betullah voucher ini. Besar juga photobooknya, tak pernah buat lagi. Semoga dipermudahkan. Banyak gambar tapi tak cantik dan kurang menarik. Berpinar sudah mata. Nak pilih gambar yang menarik dan memberi kesan memori bukannya senang. Apa-apa pun menulis dulu, sambung pilih gambar esok pula.. Berusaha !!!
Ahad, 10 September 2017
Dua Buah Photobook Sempena Sukan SEA
Alhamdulillah... photobook yang dinanti sudah sampai dengan selamat. Perasaan tentulah berasa teruja dan gembira. Photobook freelah katakan. Besar pula tu saiz 8 x 6. Kalau nak beli sendiri voucher RM12.90 di Lazada paling murah yang pernah aku jumpa.
Sebelum ini aku hanya mampu beli saiz 6 x 6 sahaja. Bukannya apa sekadar gambar syok sendiri tak perlu photobook yang besar.. Membazir... Bila dapat voucher free, besar pula tu memang perkara yang dinantikan. Hanya perlu membayar kos pos RM 8.48 setiap satu photobook.
Voucher yang diberi oleh Photobook adalah sempena meraikan kejayaan dan kemenangan negara kita dalam sukan SEA baru-baru ini. Tahniah diucapkan buat para atlet kita. Terima kasih juga pada photobook yang memberikan voucher ini...
Terima kasih daun keladi,
Bila-bila boleh bagi free lagi....
Langgan:
Catatan (Atom)