Isnin, 13 Oktober 2014

Kuih Raya Aidiladha 2014

Aidiladha telah berlalu... Kuih raya pun sudah licin dimakan... Jadi, apa gunanya tayang kuih raya di sini?? Motif?? 

Sebagai kenangan dan juga kerana tiada idea menulis entri. Oleh itu, jemput jamu mata pada anda semua...

koleksi kuih raya aidiladha 2014

Antara biskut yang ada kuih tart nenas, cornflakes madu peanut butter, samperit susu, biskut mazola dan banyak lagi. Kalau nak resipi pergi ke blog Sajian Hati. Macam-macam ada... Tempatku bereksperimen :)

Khamis, 9 Oktober 2014

Buat Duit Secara Percuma Melalui Facebook, Twitter atau Blog

Adakah anda mempunyai facebook, twitter mahupun blog? Ingin menjana pendapatan dengan percuma dan mudah? Apa kata jika anda sertai 8Share.

Mesti kebanyakan semua sudah tahu apa itu 8Share. Ramai juga yang telah menyertai dan berjaya memperoleh pendapatan sampingan daripadanya. 

8Share apa yang saya tahu ialah menawarkan pelbagai iklan yang lebih dikenali sebagai Special. Setiap iklan yang kita kongsi di facebook, twitter atau blog di klik oleh pengguna lain, kita akan mendapat RM0.20 setiap klik.

Cara untuk mendaftarnya pula ialah pertama sekali pergi ke 8Share atau boleh klik di sini. Selepas pergi ke laman web tersebut, klik pada Create an account. Isi segala maklumat yang diperlukan.

8Share

Setelah selesai klik Create my account. Seterusnya, isi maklumat yang selanjutnya dan klik update account. Sehinggalah anda sampai ke sini.

8Share

Pilih iklan yang ingin dikongsi dan klik View this special. Ikut 3 langkah yang diberikan dan bolehlah kongsikan link di facebook, twitter, blog dan sebagainya. Semakin ramai yang klik iklan tersebut semakin tinggi pendapatan anda. Tetapi ianya mempunyai had atau tempoh masa tertentu.

Jadi, jika anda mempunyai ramai rakan di facebook dan twitter, kebarangkalian untuk mendapat jumlah klik yang banyak adalah tinggi. Cubalah bagi anda yang belum menyertainya lagi. Ianya adalah percuma.

Fenomena Gerhana Bulan

gerhana bulan

Assalamualaikum...

Subhanallah... Subhanallah... Subhanallah... Tidak ada apa yang perlu diungkapkan lagi selain mengagungkan kebesaran dan kekuasaan Allah. Cantik dan indahnya ciptaan Allah S.W.T. ini. Fenomena gerhana bulan yang berlaku pada malam 8 Oktober 2014. 

Untuk pengetahuan semua, imej ini diambil oleh rakan sekolah, iaitu Azzadul yang merupakan seorang photographer. Shoot ini diambil dari atas bumbung Queensbay Mall, Penang.  Menggunakan handphone S4 Zoom.

Ahad, 5 Oktober 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha :)


Assalamualaikum....

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam. Syukur alhamdulillah kerana dapat menyambut lagi hari yang berbahagia ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang mengerjakan ibadah Haji.

Selamat menjalankan ibadah korban bagi umat Islam yang berkorban pada tahun ini. Bagaimana ibadah korban di tempat anda? Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada-Nya.

Jika raya pasti tidak akan lari diminda dan difikiran kita tentang makanan. Betul tak? Awal-awal lagi kita sudah merancang untuk memasak apa di hari istimewa. Juadah hari ini ialah Laksa, Kari Ayam dan Ketupat. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang diberikan.

Kita di Malaysia patut bersyukur masih diberi nikmat cukup makan minum, kesihatan dan yang penting keamanan serta keharmonian dalam negara. Jadi, bersyukurlah apa yang dimiliki kini. Tanpa keamanan, Aidiladha yang disambut tiada maknanya :)

Jumaat, 3 Oktober 2014

Menang Cabutan Bertuah Kad Ria

Assalamualaikum...

Untuk pertama kalinya, menang cabutan bertuah yang melibat pembelian barangan. Pembelian barangan RM30 dan ke atas, memperoleh kupon dan seterusnya dipilih sebagai salah seorang pemenang. First time you all!! Alhamdulillah... Inilah hadiahnya...

media player

Walaupun tak seberapa tetapi tetap gembira. Sayangnya, ada masalah remote control. Mungkin kehabisan bateri atau remote tersebut yang rosak. Jadi ianya tak dapat digunakan. Memang takde warrantilah kan...

Tapi hadiah ini tetap menjadi kenangan dan disimpan dengan baik. Mungkin ianya dapat digunakan suatu hari nanti jika problemnya diatasi.