Selasa, 9 November 2021

Kali Terakhir Jual Ink Printer Kosong

Petang ini hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah... Hari ini kecundang, tidak dapat pergi bekerja kerana sakit kepala yang amat pada malam tadi. Bangun pagi ada juga rasa sedikit dan tidak bersemangat untuk bekerja. Cuti sakit? Cuti sakit memang tak dapatlah kerana tidak pergi klinik panel. Oleh itu, cuti tahunanlah yang menjadi mangsa. Masa PKP, cuti tahunan juga turut ditolak sebanyak 7 hari. Alangkah sedihnya...

Berbalik pada tajuk entri. Kali terakhir menjual ink printer kerana tidak menggunakan printer ini dan jenis ink sebegini. Guna refill sahaja yang lebih murah.


Hubungi Encik Khairol Nizam 017-5337774
Cartridge 810 RM13 dan 811 RM18

Hubungi Javier Hoe 018-2207892
Cartridge 810 RM14 manakala 811 RM17

Cas penghantaran turut dibayar oleh pembeli. Nak lihat entri terdahulu mengenai ink printer boleh klik di sini. Semoga dapat membantu anda yang tercari-cari di mana untuk menjual ink printer yang telah kosong daripada dibuang begitu sahaja.

Ahad, 17 Oktober 2021

Buah Tangan Ketika Bertandang

 Siapa kata lelaki tak pandai ambil hati? Laki lebih rajin dan pandai berbudi bahasa. Datang rumah orang pasti ada saja buah tangan yang dibawa. Saya sebagai seorang perempuan, kebiasaannya melenggang sahaja pergi ke rumah orang :)

Simpan sebagai kenangan. Buah tangan dari seseorang...

Terima kasih pada yang memberi....

Ahad, 10 Oktober 2021

Kipas Angin Meletup Perlahan dan Keluarkan Cahaya Api, Berbau Hangit...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ada yang masih belum tidur seperti saya? Sekarang jam menunjukkan 12.10 pagi. Mata mengantuk tetapi masih boleh ditahan kerana esok hari minggu. Bangun lambat dan bermalasan sedikit tidak menjadi masalah.

Kisah berlaku pada malam 8 Oktober 2021, kipas angin meletup perlahan dan keluarkan cahaya api. Kemudian, berbau terbakar yang amat sangat. Bau hangit... Saya agak motor kipas tersebut yang terbakar. Kipas itu saya pernah tulis entri sebelum ini. Boleh lihat di sini.

Sekarang masih rasa takut. Nak pasang kipas pun kena berfikir, risau kalau jadi apa-apa. Check suhu kipas panas atau tak. Sebelum kejadian, pada malam sebelumnya kipas itu tak bergerak dan kami anggap ianya telah rosak. Kemudian pada malam kejadian, cuba buka hidup pula dan berfungsi dengan baik. Jadi nak gunakanlah seperti biasa. Buka tak sampai 10 minit, ianya keluarkan cahaya api dan ada letupan yang perlahan.

Ketika itu memang tak tahu nak buat apa. Nak tutup suis kipas pun rasa takut. Mujur ada abah di bilik sebelah yang membantu. Abah tutup suis dan keluarkan kipas dari dalam bilik. Bau hangit terbakar masih ada walaupun sudah keluarkan dari bilik. Mujur tidak berlaku apa yang lebih buruk. Syukur sangat...

Ahad, 12 September 2021

Ujian Covid 19 di Tempat Kerja

 Assalamualaikum dan selamat petang kepada yang sudi melawat blog peribadi yang tidak seberapa ini. Sejak akhir-akhir ini, mood memang ke laut dan menjadi terlalu malas. Nak buat sebarang kerja pun seperti buntu dan rasa letih. Kilang tempat saya bekerja, di uji dengan Covid 19. Ramai pekerja yang tinggal di asrama terutamanya telah dijangkiti.

Oleh itu, kilang terpaksa ditutup bermula 23 Ogos 2021 dan hingga hari ini 12 September 2021 belum mendapat arahan untuk ke office. Pekerja yang bekerja di office perlu bekerja dari rumah. Tetapi bila bekerja dari rumah, banyak sangat dugaannya. Bukan mudah untuk bekerja dari rumah sepenuhnya. Pasti ada dokumen yang tidak lengkap.

Saya menggunakan masa di rumah dengan mengikuti kelas masakan Zoom. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pengetahuan dalam bidang masakan. Resipi masakan yang dipelajari telah saya kumpul di blog Mencari Cinta Abadi. Anda boleh klik Mencari Cinta Abadi untuk menjengah ke blog tersebut.

Semoga tempat saya bekerja bebas dari Covid 19 sepenuhnya. Perasaan takut memang ada, apatah lagi dengan antibodi badan yang lemah. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari wabak Covid 19 ini. Amin....

Sabtu, 7 Ogos 2021

Jari Luka Terkena Pisau Bahagian 2

 Alhamdulillah, ada adik yang boleh menghantar saya ke klinik. Dialah saksi kejadian semasa kemalangan itu berlaku. Dia yang menjerit ketika pisau itu hendak jatuh. Mungkin saya terdengar orang menjerit juga sebab itu saya terus menyambut pisau tersebut. Tindakan luar kawalan. Sebelum ini banyak juga melibatkan kecuaian lain, tetapi saya hanya membiarkan pisau itu jatuh. Tetapi apabila ada orang menjerit, pasti akan lebih terkejut dan melakukan sesuatu tanpa sedar.

Apabila sampai ke klinik, klinik pula tidak dibuka kerana hari Sabtu. Jadi bergegas ke perumahan klinik di mana staff perubatan tinggal di situ. Apabila dimaklumkan, mereka pun datang untuk merawat luka. Seperti biasa jika mengalami kecederaan perlu disuntik dengan ubat kancing gigi.

Kena jahit dengan satu jarum. Luka agak dalam dan nampak urat. Jika tak jahit boleh menyebabkan nanah dan sebagainya.

Diberikan ubat tahan sakit, makan bila perlu sahaja. Pastikan jari tidak kena air dan saya tak buka langsung sehinggalah temujanji untuk buka benang jahitan.

Bila nak buka, pasti ada sedikit lekatan kerana darah kering dan ubat yang diletak. Untuk membuka kain yang melekat hanya letakkan air. Sangat senang benang jahitan dibuka dan tak rasa sakit pun. Semuanya dipermudahkan. Perasaan takut jer yang over sangat.

Sekarang ini, jari saya masih sakit dan susah untuk dibetulkan. Harapan cepat sembuh dan tidak mempunyai sebarang masalah. Rasa takut sangat. Hanya mampu bersabar dan berdoa sahaja. Buka benang jahitan pada 6 Ogos 2021. Doakan untuk saya semoga cepat sembuh. Sekian...

Jari Luka Terkena Pisau Bahagian 1

 Assalamualaikum dan selamat tengahari. Sebenarnya tiada mood nak melakukan apa-apa kerja, jadi layan blog pada hari ini. Pada hari Sabtu yang lepas iaitu 31 Julai 2021, saya telah diuji dengan suatu ujian. Ceritanya begini...

Pada hari itu, dengan semangat untuk menghabiskan bahan-bahan yang disimpan dalam peti sejuk. Maka terhasillah kek span pandan. Ketika sesi mendeco kek, gunakan pisau untuk potong kek. Pisau kek tersebut baru dibeli dan first time digunakan. Pisau tersebut panjang dan tajam. Memang mudah sangat untuk memotong kek.

Masa untuk letakkan cream cheese, saya gunakan juga pisau tersebut untuk mendeco. Salah saya di situ. Memanglah kek nampak cantik dan senang diratakan tetapi amat berbahaya. Sedang asyik mendeco, pisau tersebut nak jatuh, sepantas kilat saya menyambutnya. Bayangkan pisau yang panjang dan tajam bila disambut.

Darah keluar dengan banyak dan lukanya pasti dalam. Saya memang tak boleh tengok darah dan takut rasa sakit. Memang rasa luka itu terlalu dalam berbanding kena pisau yang sedang dipotong. Dengan kalut dan cemas, saya bersiap untuk ke klinik. Duduk di rumah memang pakai baju biasa-biasa sahaja, jadi terpaksa cari baju yang sesuai dalam keadaan cemas dan pantas. Rasa tak boleh fikir pada ketika itu. Tetapi bila dikenangkan darah yang terus mengalir, saya usahakan juga untuk bersiap.

Kalau kecil-kecil dahulu mesti kita akan menangis jika terkena sesuatu. Betul tak? Bila sudah dewasa, memang tiada masa untuk menangis lagi sebab memang tahu, menangis tak boleh merawat luka tetapi hanya menambah bengkak di mata.

Saya sudah lama tidak mengalami kecederaan, Perasaan takut itu hanya Tuhan saja yang tahu. Jantung memang berdegup kencang. Tengok orang lain mengalami kecederaan pun kita takut dan ngeri, apatah lagi diri sendiri. Jom jumpa di bahagian kedua pula....

Bahan yang nak dihabiskan iaitu whipping cream kerana apabila sudah buka, bertahan selama seminggu hingga dua minggu sahaja. Beli saiz besar dan agak mahal, rugi jika tidak dihabiskan. Tetapi sayang, memang tak berjaya dihabiskan kerana kek kedua tidak dapat dibuat...

Khamis, 8 Julai 2021

Laptop Baruku

Inilah dia laptop yang baru dibeli. Nak kata baru sangat tak juga, tapi dalam tahun ini juga. Beli pada 19 Mac 2021. Terpaksa ganti baru kerana laptop lama tidak support dengan aplikasi terkini dan juga perlahan. Banyak juga masalahnya kerana laptop lama, 10 tahun lebih usianya. Kena banyak bersabar ketika menggunakannya.

Laptop Asus m415d 
RM1799

 
Semoga dapat membantu saya membuat kerja dan menghasilkan karya yang terbaik. Selalu juga terlajak cas bateri. Semoga tahan lama ya wahai laptop...

Isnin, 5 Julai 2021

Jom Subscribe Eyma Balkish YouTube Channel

 Assalamualaikum dan selamat malam semua. Apa khabar? Semoga semua sihat sejahtera dan dijauhkan dari wabak Covid 19. Hari ini masih tidak bekerja kerana kilang terletak di Pulau Pinang, belum masuk Fasa 2 berbanding lima negeri lain.

Sebenarnya sudah lama ada akaun YouTube, tetapi tidak ada subsciber. Di kesempatan ini, saya ingin mengajak anda subcribe YouTube Channel Eyma Balkish. Klik di bawah atau di side bar. Terima kasih kerana sudi subscribe :) 

Jumaat, 2 Julai 2021

Kenangan Aidilfitri 2021

 Assalamualaikum dan selamat petang semua. Sudah sebulan duduk di rumah dan tidak bekerja kerana PKP. Bosan ada, seronok pun ada... tetapi yang digusarkan ialah mengenai gaji. Adakah berlaku pengurangan gaji? Atau ditolak cuti tahunan? Jika PKP 1.0 berlaku pengurangan gaji, jika tak nak dikurangkan boleh... tolak cuti tahunan. Nasiblah...

 
Malas fikir sebenarnya, jadi biarkan sahaja. Ini biskut raya yang dibawa oleh rakan sekerja, Anis. Sedap-sedap kuih dia. Makan satu nak lagi...

 Sengaja simpan buat kenangan. Mana tahu boleh buat suatu hari nanti :)

 
Duit raya dari seseorang buatku :)

Jeng... jeng... jeng...
Tahun lepas bagi rm5 je, mungkin belum kenal lagi.
Tahun ini lebih banyak :)
Adik dapat juga duit raya...
Gurau dengan dia, nanti boleh bagi duit raya haji pula..
Dia diam beb.. :)

Khamis, 17 Jun 2021

Aktiviti PKP, Fokus Pada Blog Koleksi Resipi Balkish

 Assalamualaikum dan selamat duduk di rumah sempena PKP. Bosan tak duduk di rumah? Bagi saya tidaklah terlalu bosan. Rumahku, syurgaku... Rumah adalah tempat yang paling selamat untuk kita tinggal dan di situlah bermulanya kebahagiaan...

Apa aktiviti PKP anda? Aktiviti saya bermula pagi duduk di dapur, kemudian buka laptop sekejap dan masuk dapur kembali. Petang masa untuk merehatkan diri dan juga buka laptop. Libatkan diri dalam kelas masakan zoom dan juga menulis blog.

 Sekarang saya fokus pada blog Koleksi Resipi Balkish. Saya cuba ringankan handphone dengan memindahkan gambar resipi yang diambil di Facebook, Instagram, Blog dan sebagainya, dengan meletakkannya di blog. Semoga ia dapat membantu orang lain juga dalam mencari resipi. Semua resipi yang diambil saya labelkan sebagai Gila-gila Resipi. Jemputlah singgah yer :)

Ahad, 16 Mei 2021

Pokok Nenas Batu

 Catatan kedua untuk hari ini. Selamat hari guru kepada seluruh guru di Malaysia. Semoga anda terus gigih mendidik anak bangsa dengan suasana yang mencabar ini iaitu Covid 19. Terima kasih kepada cikgu yang pernah mengajar saya.

 
Berbalik kepada tajuk, inilah nenas batu yang ditanam.

 
Comel sangat buah dia. Benih diperoleh dari kawan abang...

 
Pokok nenas batu yang ditanam dalam pasu.
 

Bunga Pokok Lidah Mak Mertua

 Assalamualaikum dan salam Aidilfitri pada mereka yang meraikannya. Hari ini raya keempat umat Islam menyambut Hari Raya. Pejam celik pejam celik cuti raya pun dah nak habis. Kenalah bekerja seperti biasa walaupun ada perasaan malas yang tinggi. Tinggal hari ini sahaja cuti, nikmatilah ia sebaiknya.

Bunga Pokok Lidah Mak Mertua 
Inilah dia bunga pokok lidah mak mertua. Tak sangka berbunga juga. First time tengok bunga ini di blog Warisan Petani kalau tak silap.
 
 
Bertahun juga tunggu baru berbunga
 
 
Bunga yang sudah matang dan kembang
 

Isnin, 22 Mac 2021

Bila Boleh Merasa Pendapatan Google AdSense?

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Agak-agak bilalah dapat merasa pendapatan google AdSense? Adakah ada rezeki untukku? Nuffnang sudah terlepas...

Boleh dikatakan kerap juga saya melihat pencapaian pendapatan di Google AdSense. Bila log in blogger, pasti akan lihat pendapatan. Tengok sejauhmana pendapatan yang telah diperoleh dari hari ke hari...

Sudah 2 tahun google AdSense bertapak di blog. Hingga kini masih belum mencapai 100 USD. Semoga ada rezeki buatku nanti. Apa yang penting berusaha, berdoa serta sabar. Bagaimana pula dengan anda?

Ahad, 21 Mac 2021

Barang Baru yang dibeli Sekitar Tahun 2020 dan 2021

 
 
Semenjak berpindah ke rumah baru, banyak juga barang baru yang di beli. Mula-mula pindah, terpaksa beli tilam baru kerana tilam lama sudah terbenam apabila tidur. Jika badan terbenam, susah nak bangun dan bergerak ketika tidur. Boleh menyebabkan sakit badan. Nak tak nak, terpaksa juga membeli tilam baru untuk tidur yang selesa. Saya beli tilam sabut dan harganya RM600 lebih.

Untuk pengetahuan, kami berpindah ke rumah baru hanyalah sementara sahaja. Mungkin sebelum puasa perlu pindah ke rumah lama iaitu rumah kami yang sebenar. Pindah rumah baru sebab mak sakit, rumah lama perlu diubahsuai sedikit untuk keperluan orang sakit.

Barang kedua yang dibeli penyidai baju. Bilik saya kekurangan penyidai baju. Nak letak tuala, telekung dan sebagainya. Kadang baju basah juga perlu disidai dalam bilik jika cuaca tidak baik. Harganya nak dekat RM100. Memang mudah lupa tentang harga.

Barang ketiga, beli sekali dengan penyidai iaitu meja tulis. Bilik tiada tempat nak letak barang dan juga tempat untuk menulis. Oleh itu, meja amat diperlukan. Meja inilah tempat saya menulis blog dan juga menyimpan barang peribadi.

Barang keempat saya beli rak pinggan mangkuk besi. Harga sekitar RM70. Bolehlah menampung pinggan mangkuk di rumah kami. Alhamdulillah, untuk kegunaan bersama...

Barang kelima drawer plastik yang berwarna biru, 5 tingkat. Harga RM80 lebih. Beli di Happy Home. Untuk simpan baju yang telah dilipat dan juga letak barang lain.

Barang keenam yang dibeli ialah almari pakaian Ikea. Almari plastik untuk simpan baju yang menggunakan penyangkut dan telah digosok. Beli di Shopee kerana tidak boleh rentas negeri. Harga RM70 jika tak silap.

Barang ketujuh yang dibeli ialah breadmaker. Ini boleh dikategorikan sebagai barang kehendak. Tak mati pun kalau tak buat roti. Beli jer la roti di kedai, berlambak jual. Harga breadmaker Pensonic lebih kurang RM200.

Barang kelapan ialah rak untuk letak ketuhar dan juga breadmaker. Rak 4 tingkat yang dibeli di Shopee. Beli saiz kecil sahaja dan muat untuk ketuhar. Harga tak sampai RM100.

Barang kesembilan ialah rantai leher yang tiada loket. Barang kemas memang tak rancang untuk beli, tapi bila harga emas turun perasaan itu melonjak. Harga hampir 2K.

Barang kesepuluh dan moga yang terakhir ialah Laptop Asus yang dibeli pada 19 Mac 2021. Harga Rm1799, menggunakan duit i-sinar. Laptop sudah menjadi barang keperluan bagi saya. Sekarang dia menjadi BFF saya. Penting untuk menulis dan menghasilkan idea kreatif. Kreatiflah sangatkan...

Sekian, celoteh saya untuk kali ini. Tak pasti sama ada orang sudi membaca atau tidak. Apa yang penting ini sebagai diari kehidupan. Bukan untuk menunjuk tetapi sebagai kenangan untuk saya. Syukur alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik dan juga rezeki yang mencukupi. Semoga hidup ini diberkati Allah S.W.T. Amin...

Akaun Nuffnang Hilang, Tiada Dalam Data

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Kelmarin ada sedikit masa terluang dan tergerak hati untuk log in akaun nuffnang. Dengan terkejut dan dukacitanya terjadilah seperti yang di bawah. Emel saya langsung tiada dalam data Nuffnang. Puas saya cuba, memang tak boleh.


 

Banyak juga pendapatan dalam akaun tersebut, hilang begitu sahaja. Sebab apa saya tidak tahu. Adakah Nuffnang sudah tidak beroperasi sekarang? Tetapi code iklan yang diletak masih aktif. Masih ada simbol Nuffnang. Muncul juga iklan Nuffnang di situ.

Oleh itu, saya buat keputusan untuk buang code iklan tersebut dari blog. Sakit hati ini amat terasa. Semoga ada rezeki di tempat lain. Amin...

Ahad, 21 Februari 2021

5GB Yes Databack Dengan Setiap Pembelian RM50 di Shopee

 Assalamualaikum dan selamat bercuti hujung minggu. Apa khabar? Walaupun mungkin blog ini tiada pembaca, saya akan berusaha untuk terus menulis sebagai diari peribadi. Ingat tak saya pernah beli sim card yes sebelum ini? Cuba klik di sini. Rasa berbaloi juga beli sim card yes walaupun line macam biskut, sekejap ada sekejap tiada. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan 10 gb data dengan mudah walaupun line sangkut.

Kemudian, baru dapat tahu jika membeli di Shopee dengan setiap pembelian RM50 akan dapat 5GB secara percuma. Anda juga pasti akan dapat jika membeli RM50 dengan mengikut terma dan syarat. Terma dan syarat saya tak pasti :)

Adik saya pernah dapat dan berjaya menebus data tersebut. Memang berbaloi terutama bagi tempat yang line yes bagus. Kalau nak check jika dapat data yes di shopee pergi ke notifikasi, kemas kini shopee dan cari notifikasi dari yes. Anda akan dapat seperti contoh di bawah.



Adik saya pernah dapat 100 gb. Dia memang sakan shoping di Shopee. Hari-hari ada barang dia. Kepada anda cuba check sama ada dapat atau tidak. Semoga info ini berguna :)

Sabtu, 13 Februari 2021

Selamat Tahun Baru Cina 2021

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Selamat Tahun Baru Cina bagi mereka yang menyambutnya. Hari ini masuklah 1 Rejab, tak lama lagi bulan Ramadhan pula. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesihatan yang baik dan semoga dijauhkan dari sebarang wabak penyakit terutama Covid 19. Amin....

Hamper yang diberi oleh pembekal pada kilang tempat saya bekerja.

Tahun ini memang agak kurang. Limau pun dapat sedikit sahaja.

Walaupun tak meriah tapi tetap rasa...

 Limau untuk bawa balik rumah

 First time dapat limau sekotak sekali dengan beg kertas

 Kotak limau
 
 
Limau sekotak ada 18 biji

 
Pemberian rakan sekerja, Wang
 
 
Terima kasih Wang. Tiap-tiap tahun tak pernah lupa untuk beri pada kami semua.
 

Free Sample daripada Laurier

Assalamualaikum semua... Apa khabar? Semoga semua sihat hendaknya dan dijauhkan dari Covid 19. Sekarang ini boleh makan di kedai makan dengan syarat 2 orang sahaja pada satu meja. Syarat telah dilonggarkan dan semoga kita semua patuh pada arahan tersebut.

 
Free sample daripada Laurier yang diperoleh

 Melalui pos biasa...

 
Ingatkan dapat satu sahaja, rupanya-rupanya ada 3. 
Isi maklumat sekali sahaja.
 
 
Konfem tak bocor 10 jam tidur nyenyak.
 
Terima kasih Kao (Malaysia) Sdn Bhd memberi sample Laurier Night Safe ini :)

Jumaat, 12 Februari 2021

Sim Card Yes KASI UP RM1

Assalamualaikum dan selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina 2021. Hari ini nak share mengenai sim card yes yang dibeli baru-baru ini. Saya dapat tahu mengenai sim card ini di Facebook. Sim card yes dibeli di Shopee dengan harga RM1 dan kos penghantaran adalah percuma.

Alhamdulillah, inilah dia sim cardnya. Dapat 10 GB data percuma dan boleh digunakan selama sebulan. Kawasan saya liputan untuk yes agak terhad, jadi kena bersabar ketika menggunakan yes. Tapi bila line baik, video pun boleh buka dan tidak bermasalah. Apa-apapun kena bersabar dan tak boleh bergantung pada yes sahaja. Sekian...

Sample Percuma daripada Poise

Alhamdulillah, dapat free sample daripada Poise. 
Tak pernah cuba lagi jenama Poise. 
Tak kenal maka tak cintakan... Mungkin kali ini jatuh cinta pula...
 
  
 For The Amazing You
Terima kasih Poise...

 
 
Dear ladies,
We know you more than anybody else. 
It is nomal and part of life to have it in most of us amazing women but life's still beautiful.
Hence, we are here for you as your intimate companion.
See what we have for you to be AMAZING! 
 

Jumaat, 1 Januari 2021

Borong Barang 10 Sen di Shopee

Bila dapat tahu ada barang murah iaitu 10 sen di Shopee, cepat-cepat terus membeli. Walaupun murah dan macam tak sesuai jer untuk membeli, tapi sekurangnya dapat melepaskan keinginan untuk shoping...haha... Yang seronoknya free shipping, sebab itu tak kisah beli barang tidak berfaedah.

Sebenarnya banyak lagi, ini sebahagian sahaja. Boleh beli satu sahaja setiap barang.

Abah tegur kenapa banyak sangat kena terima barang. Asyik kena hon dengan penghantar barang sahaja... Sorry abah :)

Inilah barang yang telah dibeli di Shopee. Dalam banyak-banyak barang tersebut, penyangkut sahaja yang telah digunakan. Barang lain tak ingat letak di mana :)