Ahad, 12 September 2021

Ujian Covid 19 di Tempat Kerja

 Assalamualaikum dan selamat petang kepada yang sudi melawat blog peribadi yang tidak seberapa ini. Sejak akhir-akhir ini, mood memang ke laut dan menjadi terlalu malas. Nak buat sebarang kerja pun seperti buntu dan rasa letih. Kilang tempat saya bekerja, di uji dengan Covid 19. Ramai pekerja yang tinggal di asrama terutamanya telah dijangkiti.

Oleh itu, kilang terpaksa ditutup bermula 23 Ogos 2021 dan hingga hari ini 12 September 2021 belum mendapat arahan untuk ke office. Pekerja yang bekerja di office perlu bekerja dari rumah. Tetapi bila bekerja dari rumah, banyak sangat dugaannya. Bukan mudah untuk bekerja dari rumah sepenuhnya. Pasti ada dokumen yang tidak lengkap.

Saya menggunakan masa di rumah dengan mengikuti kelas masakan Zoom. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pengetahuan dalam bidang masakan. Resipi masakan yang dipelajari telah saya kumpul di blog Mencari Cinta Abadi. Anda boleh klik Mencari Cinta Abadi untuk menjengah ke blog tersebut.

Semoga tempat saya bekerja bebas dari Covid 19 sepenuhnya. Perasaan takut memang ada, apatah lagi dengan antibodi badan yang lemah. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari wabak Covid 19 ini. Amin....

8 ulasan:

  1. Bekerja dari rumah memang banyak cabarannya. Kadang-kadang dibawa hingga ke malam. Letih tak usahlah nak cerita....

    BalasPadam
  2. Mudah2an dijauhi daripada jangkitan C19 ini

    BalasPadam
  3. Semoga virus ini dilenyapkan terus di muka bumi ini

    BalasPadam
  4. Semoga dijauhkan dari jangkitan..kilang memang nampak tempat paling berisiko. Jaga diri

    BalasPadam
  5. Jaga diri selalu. Semoga diberi kesihatan berpanjangan dan dijauhkan dari jangkitan c19

    BalasPadam
  6. WFH memang lagi penat sebenarnya kan..kadang-kadang lagi tak kira masa, compared dengan keje masuk ofis..huhu..stay safe!

    BalasPadam