Memaparkan catatan dengan label Family Day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family Day. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2026

Tamat Sudah Family Day Kami 2026

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulilah selesai sudah family day keluarga kami pada tahun ini. Tahun ini G-AHZA 6.0. Jumpa lagi dua tahun akan datang. Seterusnya keluarga arwah Pak Ngah Tanah Kebun yang akan menjadi pengelola family day. Tahun ini keluarga Parit Nibong.


Banyak lagi gambar yang diambil sebagai kenangan. Mungkin letak di YouTube atau di blog Mencari Cinta Abadi. Adik-beradik sebelah abah iaitu daripada 10 orang adik-beradik. Alhamdulillah kami dapat berkumpul bersama.

Keluarga saya menjadi juara bagi pertandingan video montaj. Memang over sangat video kami. Keluarga kami cakap seorang demi seorang perkenalkan diri. Keluarga lain letak gambar dijadikan video. Kemudian kami buat gaya contohnya saya paling suka tidur kena buat aksi tidur yang sopan dan bersahaja. Rasa segan juga dibuatnya sebab keluarga lain buat biasa-biasa sahaja. Apa yang penting menjadi juara, berbaloi juga rasa. Adik bongsu yang rakam dan edit video tersebut.

Jumaat, 28 Ogos 2026

Family Day Esok di Hotel Taiping Perdana

Assalamualaikum dan selamat pagi. Esok akan berlangsung family day untuk keluarga sebelah ayah. Tempah kuih lepat liat sebagai potluck untuk dimakan bersama-sama. Hadiah pun sudah siap dibalut dengan cantik. Semoga majlis dan perjumpaan ini berjalan dengan lancar 🤗




Ahad, 23 Februari 2020

Pecal Segera yang Enak

Cerita tahun lepas, bulan March 2019. Berkuno sudah... Kuah @ sambal @ sos pecal segera yang diberikan sempena perjumpaan GAHZA 3.0. Memang sedap kuah pecal  ini. Hanya perlu masukkan air panas sahaja dan boleh dinikmati. Dihidangkan bersama timun, sengkuang, kangkung dan sayur kegemaran.


Terima kasih kepada mereka yang sudi memberi. Sedap sangat, rasanya memang padu. Makan sekali pasti nak lagi terutama bagi anda yang gemarkan pecal.