Memaparkan catatan dengan label Hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadiah. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2024

Raya Pun Dapat Hadiah

 Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini merupakan MC terakhir bagiku. Doktor tidak mahu beri MC untuk sakit yang sama pada setiap bulan bagi wanita. Lepas ini jika sakit kena ponteng sahajalah kerana klinik panel terlalu jauh. Bukan kerana tidak berbaloi untuk pergi tetapi tiada orang untuk menghantarnya. 

Bila pergi kerja dalam keadaan sakit, ada saja mulut mengata. Bila sakit, mata mudah terpejam dan boleh mendatangkan buah mulut orang lain. Badan juga mudah letih dan sakit-sakit. Dikatanya overthinking. Itulah cabaran dan dugaan bekerja. Dalam cergas pun orang sudah mengata apatah lagi sakit. Ketika sakit itu datang memang tiada mood sangat-sangat.

Cerita hari raya kelima, BFF beri hadiah dengan biskut raya. Terima kasih Siti Hajar kerana sudi memberi hadiah ini. Pemberian ini amat dihargai.

Warna pink warna kegemaran. 
Terima kasih sahabat :)

Sabtu, 11 Mac 2023

Hadiah Tahun 2022

 Assalamualaikum dan syukur sangat dikurniakan sahabat yang baik hati dan pemurah. Kalau jumpa mereka pasti tidak pulang dengan tangan kosong.


 
Pemberian dari sahabat, Siti Hajar



 
Pemberian dari Ain sempena birthday anaknya. Dia memang suka bersedekah dan memberi hadiah pada kawan dan saudara mara. Semoga sahabat-sahabatku murah rezeki selalu.