Memaparkan catatan dengan label Burung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Burung. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mac 2024

Burung Membuat Sarang dalam Bilik Air Homestay

Assalamualaikum dan selamat pagi. Baru beberapa minggu tidak menjenguk homestay, burung sudah membuat sarang dalam bilik air. Siap bertelur lagi. Makin berani burung-burung masuk melalui tingkap bilik air. Sebelum ini mereka hanya di luar rumah. Bersepah tahi burung.

Keliling homestay penuh dengan tahinya. Paip aircond juga jatuh kerana dikacau oleh burung-burung. Mereka ingat homestay rumah mereka agaknya. Maklumlah jarang diduduki. Cuti sekolah sahaja yang rancak kerana ada kenduri berdekatan homestay. Alhamdulillah. Update untuk kenangan suatu hari nanti :)

Ahad, 28 Januari 2018

Anak Burung Pengsan dalam Rumah

Eh! bunyi apa yang bising sangat di luar rumah? Bunyi belalang pelesitkah? Mungkin juga sebab malam tadi baru sahaja menghalaunya ke luar dari rumah... Mak memang takut dengan belalang itu, kalau mengeluarkan bunyi memang dahsyat...

Tidak berapa lama kemudian, bunyi itu kedengaran di dalam rumah pula. Kuat dan membingitkan. Cari punya cari, rupa-rupanya ada anak burung bertenggek di dinding kayu rumah. "Awat duk situ, pi balik rumah hang"... boleh pula aku bercakap macam tu kat burung..hihi...


Keesokan harinya, mak beritahu burung tersebut pengsan. Kaki berada di atas dan kepala di bawah. Mak angkat dan masukkan dalam baldi. Mungkin burung itu tersesat kerana terlalu takut ia mengeluarkan bunyi dengan kuat. Kemudian, terkena pula kipas angin dalam rumah...


 Cuba bagi nasi padanya tapi tak makan pun..  Eksperimen jer...


Apabila burung kembali sedar, kami pun bawa baldi tersebut ke luar rumah dan seterusnya mengeluarkannya. Burung tersebut kembali terbang. Selamat tinggal burung...  Jangan lupa kami di sini :)