Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini agak penat kerana sibuk mengemas rumah. Kemas bilik adik yang sudah lama ditinggalkan. Penuh bersawang dan tahi cicak. Langsir juga sudah lama tidak dibasuh.
Inilah dia Putri dan Loli. Tiada keperluan lagi untuk disimpan di rumah. Putri dan Loli ini kenangan di zaman universiti dahulu. Putri iaitu yang warna pink beli sendiri manakala Loli iaitu yang berwana koko rakan sebilik yang hadiahkan. Mereka kongsi duit dan belikan Loli sempena hari lahir.
Jadi terdapat dua anak patung di atas katil semasa zaman belajar dahulu. Bila balik kampung bawa pulang dan berikan pada adik. Sekarang adik pun dah besar. Tua sudah patung ini..hihi.. Jadi terpaksa melepaskan kerana tidak elok ada patung di rumah kecuali ada anak kecil untuk bermain.
Masukkan dalam plastik hitam, jika ada yang berkenan boleh ambil. Suruh adik buang di rumahnya kerana lori angkut sampah selalu datang. Kalau rumah kampung buang belakang rumah dan terus bakar sahaja. Tapi tak sampai hati...