Sabtu, 10 Oktober 2026

Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif!

 Assalamualaikum semua. Harap sempatlah join Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif! ini. Baru berkesempatan dan ada mood buka laptop untuk untuk menulis. Pada yang nak join juga boleh klik pada banner di bawah untuk menyertainya.

Syarat-Syarat Penyertaan :

1. Terbuka Kepada Semua Blogger

2. Buat Entri Penyertaan Ringkas

3. Tajuk Entri: Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif! 

4. Salin (copy) banner segmen di atas dan muat naik ke dalam entri.

5. Backlink dan tinggalkan pautan (URL) ke entry ni di bahagian komen

6. Follow Blog SA pada yang belum follow

7. Saling Blogwalking  digalakkan singgah dan tinggalkan komen di entri peserta-peserta lain yang menyertai segmen ini untuk eratkan silaturahim!

8. Tarikh Penyertaan dibuka dari 1 Oktober 2026 sehingga 10 Oktober 2026 (11:59 malam).

9. Entri pengumuman pemenang/senarai bloglist akan di-publish selepas tarikh segmen tamat.

10. Pemenang akan ditentukan melalui Wheel Of Name.

Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad

Assalamualaikum semua. Hari ini nak join segmen Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad. Berakhir pada 14 Oktober 2026.  Pada yang belum join masih sempat lagi. Boleh klik pada banner di bawah untuk menyertai.

Segmen ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama kita, menambah kenalan baru, serta saling bertukar-tukar traffic dan kunjungan ke blog masing-masing.

Menjual Minyak Masak Terpakai di Belakang Masjid Pekan Kuala Kurau

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah dapat juga menjual minyak masak terpakai. Pertama kali menjualnya. Sebelum ini hanya dibuang dan juga dibakar. Abah kata dua botol besar pernah bakar sebab tak tahu minyak masak lama ada nilai. Sekarang ini bolehlah kumpul sedikit demi sedikit.

Ini merupakan kali kedua ia datang ke Masjid Pekan Kuala Kurau yang saya tahu. Jadi tidak mahu lepaskan peluang pada kali ini.

Di sebelahnya ada jualan rahmah. Sempatlah beli bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Aneka buah-buahan juga ada dijual.

Proses timbang minyak masak. 1 kg minyak masak terpakai RM3.20. Harga yang ditawarkan agak tinggi juga.

Minyak masak  terpakai yang dikumpul selama ini. Sebenarnya banyak lagi tapi risau kurang elok. Tapis dulu keladak yang ada baru kelihatan cantik minyaknya. Dapat RM 72.00 semuanya. Kemudian terus pergi ke kedai ECO dan juga membeli lauk tengahari. Tamatlah sudah pendapatan yang diperolehi tadi. Sekian.

Selasa, 29 September 2026

Ole-ole Pokok Bromeliad

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa khabar? Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu. Di bawah merupakan pokok terbaru di Sweet Garden. 

Pemberian kak ipar iaitu Kak Su. Terima kasih sangat. Teringat juga akan adik iparnya ini. Datangnya jauh dari negeri Pahang ke Perak Darul Ridzuan.

Ole-ole dari Pahanglah begitu. Kak Su bertandang ke rumah kakaknya di sana. Kakaknya memang buat jualan pokok Bromeliad ini.

Tanam gunakan sabut sahaja kerana pokok ini tidak boleh kena air yang banyak boleh cepat busuk akarnya. Kalau jual pokok ini RM 50 untuk tiga pokok. Alhamdulillah atas rezeki ini. Moga pokok Bromeliad ini hidup subur.

Isnin, 28 September 2026

Rezeki Dapat Pengat Pisang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita hari Jumaat lepas, beli maruku dapat juga pengat pisang. Buah pisang itu pemberian mak mentuanya.

Minta ChatGpt buang background, itulah hasilnya. Alhamdulillah atas rezeki ini. Rezeki yang tidak dijangka.

Minta maruku diletakkan di pondok guard dan ambil gambar. Tertanya juga apakah yang ada dalam plastik merah itu. Tak tunggu balik, terus ambil untuk lihat isinya. 

Jika terlalu sibuk, masa balik baru saya ambil di pondok guard. Makan terus maruku manakala pengat makan di rumah sahaja. Terima kasih kerana berkongsi rezeki.

Sabtu, 19 September 2026

Matahari Warna Merah

Gambar ini diambil pada 15 September 2026 jam 6.17 petang. Merah betul matahari, sakit mata bila melihatnya. Ambil gambar bahagian atas tinted kereta iaitu yang lebih gelap. Ini pun sudah cukup membuatkan matahari nampak merah dan  terang. Kawan juga perasan akan keadaan itu. Tempatnya juga matahari nampak merah. Bergurau dengan adik, matahari sakit mata sebab jerebu :)

Buah Pokok Cactus

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Jalan-jalan ambil angin di depan rumah ternampak buah pokok cactus. Terus petik dan ambil gambar. Kemudian rasa sakit-sakit tangan. Duri yang ada di buah tersebut melekat pada tangan. Adoi boleh tahan sakitnya. Susah pula nak cabut sebab kurang nampak. 

Beginilah buah pokok cactus. First time petik sebelum ini dibiarkan begitu sahaja.

Hasil bedah siasat isinya sepertinya buah naga. Warna merah dan nampak sedap. Cuba rasa sedikit, tawar pula rasanya. Buang sahajalah takut juga nak makan.



Inilah pokok cactusnya. Orang panggil cactus Mickey. Betul ke? Mujur abah tak tebang. Jual di TikTok mesti laku :)

Selasa, 15 September 2026

Tempah Nasi Dengan Kak Su

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rasa tak bersemangat pula blog makin kurang disinggahi walaupun telah update entri terbaru. Nak blogwalking pun buntu sebab tak tahu blog mana yang ada entri terkini. Kena usaha lebih untuk blogwalking iaitu perlu cari blog yang hendak dikunjungi. Mesti banyak cerita yang telah ketinggalan. Harap blogspot kembali pulih seperti biasa.


Adik tempah dengan kak ipar 12 bungkus nasi pada hari Jumaat lepas. Adik belanja kawan sekerja makan. 2 bungkus tinggal di rumah untuk abah dan adik lelaki makan. Adik merupakan pelanggan pertama Kak Su untuk tempahan nasi. Sebelum ini hanya menjual kuih sahaja.


Ayam masak merah Banjar dan juga jelatah. Kak Su kata ayam kecil pula hari itu, jadi dia tambah ikan kering sebagai lauk tambahan. Alhamdulillah sedap sangat. Licin nasi cuma lauk ikan kering jer tak habis sebab risau makan banyak sangat. Tapi boleh habis jer kalau nak makan cuma risaukan kesihatan. 

Isnin, 14 September 2026

Entri Terbaru Tidak Keluar dalam Senarai Bacaan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Blogspot bermasalah lagi. Kali ini rasanya lebih lama. Entri terbaru tidak keluar dalam senarai bacaan. 
 

Jadinya kita tidak boleh tahu entri terbaru daripada blogger. Buntu juga kerana sukarkan proses untuk blogwalking. Kena pergi blog satu persatu baru dapat melihat entri mereka.

Blogspot sejak akhir-akhir ini memang bermasalah bermula dari hilang blog, tak boleh komen dan masalah ini pula. Mungkin ada yang lain yang saya tak perasan. Semoga masalah ini tidak berpanjangan. Kami sayang sangat blogspot. Kami sayangkan blog kami. Walaupun ada pelbagai aplikasi lain, blogspot tetap di hati ini.

Ahad, 13 September 2026

Binatang Apakah Itu?

Assalamualaikum dan selamat malam. Esok hari Isnin dan meneruskan kerja hakiki seperti biasa. Moga sihat cergas dan tidak berasa malas. Pagi tadi ketika siram pokok nampak binatang ini. Minggu ini asyik nampak dia sahaja di 'Sweet Garden' iaitu di kawasan tanaman pokokku. Hari ini nampak lagi. Siram pokok cepat-cepat dan ambil handphone untuk tangkap gambar.

Kali ini dia menyorok pada pokok pemberian Angie iaitu senior tempat kerja. Jika tak tengok betul-betul memang tak perasan kewujudannya.

Dia tahu sedang diperhatikan cepat-cepat nak menyelamatkan diri.

Crop bagi besar sikit. Tanya ChatGPT binatang apakah itu? Itu sesumpah atau kebanyakan orang panggil cicak kebun. Warna coklat jingga dan bentuk kepalanya memang sepadan dengan cicak kebun. Ia biasanya tidak berbahaya kepada manusia dan banyak makan serangga.

Lari tajuk sikit, pokok kesukaan sebab paling subur. Ini sahaja yang menjadi, pokok dalam pasu lain sangat kecil dan daunnya banyak rosak.

Menjadi juga pokok kucai. Sedapnya kalau buat cucur udang. Tapi apakan daya tak boleh makan sangat risau angin. Bila adik balik kampung, akan beri padanya. Anak buah suka makan cucur udang.

Isnin, 7 September 2026

Tersilap Buka Kereta Orang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi tadi singgah beli makanan untuk tengahari. Adik tunggu dalam kereta manakala saya pergi beli makanan.

Rasa lama pula ketika membeli sebab sampai berpeluh. Rasa panas yang amat. Nak buat pilihan ayam pun susah sebab tiada bahagian yang digemari. Akhirnya pilih ayam pandan sebab banyak isi. Bila rasa sudah lewat jalan laju ke kereta. Bila buka terasa pelik, mana pergi adikku?

Baru tersedar yang salah buka kereta. Jenis dan warna kereta yang sama iaitu Axia warna biru. Boleh pula tak kunci keretanya sebab kedai dekat sahaja dan boleh nampak. Kemudian baru melilau cari kereta adik. Tengok nombor plate baru tahu adik sudah ubah kedudukan kereta. Kalut berlari pergi dengan merasa malu..haha..


Inilah dia nasi kerabu dan juga ayam pandan. Beli juga daging black paper RM3. Kesemuanya RM10. Hari ini dalam sejarah, sudah lama tak rasa malu begini..hihi.. Baru tersedar dari mimpi...

Ahad, 6 September 2026

Tamat Sudah Family Day Kami 2026

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulilah selesai sudah family day keluarga kami pada tahun ini. Tahun ini G-AHZA 6.0. Jumpa lagi dua tahun akan datang. Seterusnya keluarga arwah Pak Ngah Tanah Kebun yang akan menjadi pengelola family day. Tahun ini keluarga Parit Nibong.


Banyak lagi gambar yang diambil sebagai kenangan. Mungkin letak di YouTube atau di blog Mencari Cinta Abadi. Adik-beradik sebelah abah iaitu daripada 10 orang adik-beradik. Alhamdulillah kami dapat berkumpul bersama.

Keluarga saya menjadi juara bagi pertandingan video montaj. Memang over sangat video kami. Keluarga kami cakap seorang demi seorang perkenalkan diri. Keluarga lain letak gambar dijadikan video. Kemudian kami buat gaya contohnya saya paling suka tidur kena buat aksi tidur yang sopan dan bersahaja. Rasa segan juga dibuatnya sebab keluarga lain buat biasa-biasa sahaja. Apa yang penting menjadi juara, berbaloi juga rasa. Adik bongsu yang rakam dan edit video tersebut.

SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026

 Assalamualaikum semua dan selamat petang. Kali ini saya join segmen pula iaitu segmen refresh bloglist di blog My Story Board. Syarat penyertaan mudah sahaja boleh klik di banner. 

Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun

Assalamualaikum dan selamat petang. Bulan September ini banyak betul giveaway dan juga segmen. Bolehlah join jika berkesempatan. Giveaway pertama saya join Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun. Doa saya semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.

Jumaat, 28 Ogos 2026

Family Day Esok di Hotel Taiping Perdana

Assalamualaikum dan selamat pagi. Esok akan berlangsung family day untuk keluarga sebelah ayah. Tempah kuih lepat liat sebagai potluck untuk dimakan bersama-sama. Hadiah pun sudah siap dibalut dengan cantik. Semoga majlis dan perjumpaan ini berjalan dengan lancar 🤗




Selasa, 25 Ogos 2026

Tidur yang Tidak Nyenyak

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ini tak rasa mengantuk pula kerana terlebih tidur pada siang hari. Penangan makan ubat, tidur sampai Maghrib. Bangun hanya untuk makan dan solat. Selebihnya tidur yang tidak nyenyak. Kenapa tidak nynyak? Tidur dalam terpaksa, mata tak boleh buka dan kepala yang rasa sakit. Tapi fikiran masih di awangan memikirkan sesuatu.


Pergi juga klinik sebab sakit kepala dari petang Isnin lagi. Dapat lima jenis ubat iaitu ubat anti radang, gastrik, ubat tahan sakit, ubat regang otot dan ubat pening. Sejak akhir ini bawah mata suka bergerak-gerak. Memang sangat nampak bila lihat di cermin.

Aduhai sekarang ini tidak boleh tidur pula. Esok perlu melaksanakan kerja hakiki seperti biasa. Moga tak sakit kepala lagi dan badan rasa ringan dan cergas. Cukupllah MC dua hari  untuk bulan ini. 29 Ogos perlu hadiri family day sebelah ayah. Bilik hotel telah ditempah. Nanti ada masa saya akan tunjukkan tentatifnya. 

Khamis, 20 Ogos 2026

Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini nak join segmen mencari bloglist 2026 oleh Ejulz. Syarat penyertaan senang sahaja boleh klik pada banner di bawah. Setiap peserta akan dimasukkan dalam senarai bloglist sepanjang tahun 2026. Jemput join semua agar dapat meramaikan kenalan di alam maya dan seterusnya  menyokong antara satu sama lain :)

Pemenang Top Komentator Bulan Februari 2026 Blog Jurnal Shikin Razali

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini tak kerja, ambil cuti sakit tapi melayang RM50 kerana tak dapat duit rajin. Kalau tak ambil cuti sakit kena menjawab kenapa tidak hadir. Ambil ubat tahan sakit pun boleh baik asalkan perlu rehat yang cukup.

Berbalik pada entri, hadiah top komentator dari blog Jurnal Shikin Razali sudah selamat diterima. Sampai pada  6 Ogos 2026 lagi. Baru ada kesempatan dan mood untuk menulis. Tak sangka menjadi salah seorang yang bertuah sebagai top komentator pada bulan Februari walaupun hanya satu komen. Boleh klik di sini untuk melihat entri tersebut.


Terima kasih buat Shikin kerana memilih saya sebagai top komentator bulan Februari 2026. Memang tak dijangka sama sekali. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki selalu.
 

Hadiahnya rempah untuk memasak gulai. Dapatlah merasa keenakan gulai hasil rempah yang diberi. First time nak cuba rempah ini. Kalau sedap boleh order sendiri pula.



 Ada disertakan aneka resipi untuk dicuba. Ambil gambar untuk rujukan nanti. 

Khamis, 13 Ogos 2026

Pokok Pemberian Senior Tempat Kerja

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cuba nasib minta pokok pada senior tempat kerja iaitu Angie. Keesokannya 19 Jun 2026 pokok selamat sampai.  Bosan lihat pokok yang ada di rumah rasa teringin ada tanaman baru.

Panjang pokoknya dan berduri.

Selamat ditanam dan sekarang masih hidup.

Rabu, 12 Ogos 2026

Makanan dalam Kuali Rentung

Assalamualaikum dan selamat petang. Cerita minggu lepas hari Khamis 6 Ogos 2026, kami balik dari kerja buka pintu terhidu bau hangit. Terus berlari ke dapur dengan cepat. Perasaan ketika itu memang cemas dan takut. Risau perkara tidak baik berlaku.

Apa yang paling dirisaukan jika ada api marak dan sukar dipadam. Tong gas meletup atau ada berlaku litar pintas dalam rumah. 

Apabila makin dekat menghampiri dapur kami memperlahan langkah. Ambil nafas dahulu kemudian pergi ke dapur gas. Ada api gas yang menyala, atasnya ada kuali berisi makanan. Suruh adik tutup api tersebut cepat-cepat. Adik laju sikit.


Alhamdulillah tiada api yang marak. Syukur sangat, memang tak tahu buat apa jika berlaku seperti itu. Tong gas pun minta abah atau adik lelaki tolong tukarkan. Bab gas dan elektrik memang takut sebab keluarkan api.

Mujur api yang menyala itu adalah kecil sahaja. Jika tidak memang tak sempat kami selamatkan. Abah kata dia buka api untuk panaskan lauk pukul 4.30 petang, kami sampai rumah hampir pukul 7 malam. 

Abah tak perasan api masih ada kerana tak nampak api. Dia tak ingat sama ada sudah tutup atau belum. Bila tak nampak dianggap tutup. Lewat sikit kuali boleh tembus. Abah hangatkan makanan supaya tidak basi untuk makan lagi nanti. 

Syukur tiada apa-apa berlaku. Moga dijauhkan. Abah pun tak tahu apa yang berlaku. Bila cerita dan tunjuk bukti baru abah tahu. Kena beritahu juga sebagai peringatan. Kena sama-sama beringat. Bila ada bau atau perkara yang pelik kena cepat-cepat ambil perhatian dan cari punca. Cerita juga pada adik lelaki agar lebih peka. Sekian.

Ahad, 9 Ogos 2026

Pembelian dan Infak Pakaian Terpakai

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah masih berkesempatan menyumbang pakaian terpakai. Kali ini bukan pakaian sahaja tetapi sumbang beg dan kasut juga. Kebanyakannya adalah barangan adik lelaki. Pakaiannya sudah lama tidak disentuh kerana orangnya bekerja di Kuala Lumpur. Adik juga sudah beri keizinan. 


Ralat juga jika tidak sumbang sesuatu kerana tempat pengumpulan sudah dekat dengan rumah iaitu di Masjid Jamek Tanjong Piandang. Alhamdulillah sempat juga mengemas walaupun tahu agak lambat.


Ada tiga plastik pakaian, dua plastik mengandungi beg dan satu plastik kasut. Barang-barang yang tidak digunakan lagi jika disimpan akan rosak atau menjadi buruk juga. Lebih baik memberi sumbangan pada orang lain.

Khamis, 6 Ogos 2026

Air Tangan Kak Ipar Bahagian 2 2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah blog rakan-rakan blogger ada yang sudah kembali seperti sedia kala. Bukan senang nak bina blog. Kandungan yang tersimpan amat bermakna dan berharga bagi seorang blogger. Pelbagai ilmu dan juga kenangan untuk bacaan awam dan rujukan sendiri. 

Berbalik pada entri yang sepatutnya dimuatnaik pada tahun lepas. Bila kumpul dan simpan sampai terlupa. Gambar di bawah adalah makanan dimasak oleh kak Su iaitu kak ipar saya. Semuanya sedap-sedap belaka. Jom layan.

Menu pertama ialah lempok durian.
Dihasilkan daripada isi durian.

Kuih Balung Ayam @ Balungan Hayam
Merupakan kuih orang Banjar

Ayam masak merah dan juga jelatah

Cucur udang dan kuah kacang 

Siput lala

Mee kuah

Mee sanggul goreng 

Kerang rebus

Ikan sepat goreng dan sayur tauge

Kuew teow goreng