Memaparkan catatan dengan label Perintah Kawalan Pergerakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perintah Kawalan Pergerakan. Papar semua catatan

Khamis, 17 Jun 2021

Aktiviti PKP, Fokus Pada Blog Koleksi Resipi Balkish

 Assalamualaikum dan selamat duduk di rumah sempena PKP. Bosan tak duduk di rumah? Bagi saya tidaklah terlalu bosan. Rumahku, syurgaku... Rumah adalah tempat yang paling selamat untuk kita tinggal dan di situlah bermulanya kebahagiaan...

Apa aktiviti PKP anda? Aktiviti saya bermula pagi duduk di dapur, kemudian buka laptop sekejap dan masuk dapur kembali. Petang masa untuk merehatkan diri dan juga buka laptop. Libatkan diri dalam kelas masakan zoom dan juga menulis blog.

 Sekarang saya fokus pada blog Koleksi Resipi Balkish. Saya cuba ringankan handphone dengan memindahkan gambar resipi yang diambil di Facebook, Instagram, Blog dan sebagainya, dengan meletakkannya di blog. Semoga ia dapat membantu orang lain juga dalam mencari resipi. Semua resipi yang diambil saya labelkan sebagai Gila-gila Resipi. Jemputlah singgah yer :)

Isnin, 27 April 2020

Pengalaman ke Klinik Kesihatan dalam PKP

Pada 14 April yang lalu, terpaksa pergi ke klinik sebab badan gatal-gatal dan menjadi merah. Puncanya mungkin disebabkan semut dan nyamuk. Mungkin semut kecil merayap di katil dan bila tidur rasa gatal yang amat. Masalahnya semutnya tidak kelihatan. Cadar sudah ditukar tetapi tetap gatal. Apatah lagi cuaca panas menyebabkan mudah berpeluh. Lagi bertambah gatal dibuatnya.


Sebelum masuk ke ke kinik, suhu badan akan diperiksa. Kemudian tangan perlu dicuci dengan hand sanitizer. Nurse akan ajar cara mencuci tangan yang betul. Kita akan di soal serba sedikit. Contohnya pergi ke luar negara atau tak? Ada ahli keluarga yang tinggal jauh tetapi pulang ke kampung?


Dalam klinik pada hari itu memang tak ramai orang seperti selalu. Nama juga cepat dipanggil. Selepas mendapat rawatan, di dalam bilik doktor sekali lagi perlu mencuci tangan dengan hand sanitizer.


Pada hari itu, saya kena jawab soalan soal selidik yang berkenaan wanita. First time period ingat bila tapi nak kira tahun yang susah. Ingat tingkatan berapa tapi tak tahu tahunnya. Kena kira semula...


Dapat ubat sapu dan juga ubat makan...

Selasa, 21 April 2020

Pesan Makanan Secara Online dalam Musim PKP

Sepanjang PKP, baru 3 makanan ini yang sempat kami pesan di rumah. 
Ramai betul orang yang menjual... di sana, di sini...
Memang tak akan lapar sepanjang PKP walaupun malas masak :)

 Yang pertama nasi kerabu RM 6.50.
Order pada kawan adik
Hantar sampai di depan rumah :)

Yang kedua lupa nak ambil gambar...
Beli jagung... 8 tongkol RM10
Ambil di farmasi Tanjung Piandang
Kami beli RM20.. Puas makan :)

Yang ketiga mempelam atau mangga
3 kg RM 20 (harga biasa)
5 kg RM 30 (harga kawan-kawan)
5 kg RM 25 ( harga kawan rapat)

Cuba teka saya dapat harga yang mana?

Jumaat, 10 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan dari 15 April hingga 28 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah dilanjutkan dari 15 April hingga 28 April 2020. Bermakna telah masuk fasa ketiga PKP. Diharap semua dapat bersabar dengan menjaga diri sendiri dan keluarga. Bukan calang-calang penularan COVID 19 ini. Semua yang berlaku dengan izin Allah dan hanya kepada-Nya kita berserah.

Sepanjang PKP ini tiada aktiviti menarik yang boleh dibuat. Pada mulanya nak belajar menjahit, tetapi mesin jahit pula rosak. Dugaan... Hari-hari berasa lebih malas tetapi bersyukur sangat dikelilingi keluarga tercinta. Inilah masa untuk berehat seketika dari sebarang kerja hakiki. 


Dalam kebosanan, dapatlah memakai  inai di jari. Daun inai diambil dari rumah jiran yang dipanggil Mak Su. Mula-mula ceraikan daun dari batangnya, tumbuk daun sampai lumat dan pakai. Adik yang tumbukkan sebab dia yang nak pakai sangat. Ada lebih, jadi bolehlah saya pakai pula...


 Sudah lama tak pakai inai. Rimasnya amat terasa.. 
Sangatlah comot...


Inilah hasilnya... Jari-jemariku yang panjang bermakna tuannya pun tinggi...

Rabu, 18 Mac 2020

Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan

Pada 18 Mac 2020, bermulalah perintah kawalan pergerakan di seluruh Malaysia akibat penularan virus Covid 19. Bagi anda yang tidak terlibat dengan perkhidmatan penting harus mengikut perintah kawalan pergerakan ini dan saya adalah salah seorang darinya. 


Apa yang anda lakukan pada hari ini? Saya seperti biasa melakukan perkara rutin iaitu membasuh dan mengemas. Kali ini kita kemas lagi dengan lebih teliti agar tidak jemu berada di rumah. Pertama buang sawang di bahagian ruang menonton, buang benda yang tidak diperlukan lagi dan ketiga menghias. Buka langsir dan pasang yang baru. 


Kali ini kita letak pokok sebagai hiasan dan sekaligus membekalkan oksigen kepada kita. Pokok itu sudah lama ditanam, jadi hanya perlu letakkan di dalam rumah sahaja. Tanya pada adik, rumah kita macam nak raya tak? Adik kata, ada juga sikit-sikit. Alhamdulillah... Esok kita mengemas di bahagian lain pula. Satu bahagian perlu ambil masa juga kerana jika tidak teliti dengan baik, barang penting juga akan terbuang. Kemudian kena bebel dengan orang punya barang tersebut. Tak jumpa cari barang pun akan salahkan kita. Itulah risiko mengemas.