Selasa, 16 Januari 2024

Agar-agarku Lembik

Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar? Semoga semua yang membaca entri ini sihat belaka. Bagaimana dengan pekerjaan hakiki anda? Semoga semua baik-baik sahaja. Kekadang bila rasa stress dan tiada mood, menulis boleh hilangkan rasa itu. Menulis memerlukan ketenangan jiwa. Jadi tak boleh berfikir perkara lain tetapi fokus apa yang ingin ditulis.

Kadangkala berlaku sebaliknya. Bila buntu idea atau rasa sukar untuk mencari ayat yang sesuai juga boleh menjadi stress. Itulah kehidupan. Apa-apapun kita kena cuba cari perkara yang boleh tenangkan hati dan jiwa.

 
 
Fokus pada gambar. Bila sudah lama tak buat agar- agar dan tak mahu tengok resipi. Terlebih letak air dalam agar-agar.
 
 
Walaupun lembut dan sedikit lagi boleh jadi dadih tetap boleh dipotong. Tapi banyak yang hancur apabila dipegang. Dalam gambar jer cantik, yang lain makan guna sudu aje :)
 

Ahad, 14 Januari 2024

Cara Kreatif Simpan Air Tanpa Bekas Air

Assalamualaikum dan selamat pagi. Esok cuti, bolehlah tidur lewat sedikit biarpun tidak baik untuk kesihatan. Masa ini sahaja yang ada mood untuk menulis. Oleh kerana seluruh negeri Pulau Pinang tiada air bermula 10 hingga 14 Januari 2024, maka proses penyimpanan air harus dilakukan.

 
Saya tinggal di Perak tetapi bekerja di Pulau Pinang. Jadi kenalah simpan sedikit air di surau office dan juga tandas. Urusan simpan air di tandas telah dilakukan oleh isteri bos atau pengarah kilang sendiri. Tiada bekas air, jadi perlukan kebijaksanaan untuk menyimpannya. Pekerja takut untuk memandai. 

Gambar di atas, cara kami simpan air di surau menggunakan bakul sampah dan juga plastik. Bakul merah dibawa dari rumah kerana risau air simpan tidak mencukupi.

 
Gambar kedua ini pula di pantri pejabat. Kreatif tak? Guna kerusi plastik dan juga plastik. First time tengok begini. Tak terlintas pula untuk membuatnya. Di tandas juga buat seperti ini.

Sebenarnya air yang disimpan tidak digunakan pun kerana kilang mempunyai tangki simpanan air. Alhamdulillah mencukupi kerana gangguan bekalan air di kilang tidak begitu lama. Air sentiasa ada, hanya flush tandas lelaki sahaja tidak dapat digunakan.

Sabtu, 13 Januari 2024

Pencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024

 
 
Assalamualaikum dan selamat pagi. Jom join segmen pencarian bloglist ini. Meramaikan lagi kenalan di alam maya. Klik pada banner untuk join :)
 

Jumaat, 12 Januari 2024

Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor

Assalamualaikum dan selamat malam. Giveaway yang ketiga untuk malam ini. Esok cuti, jadi bolehlah join giveaway. Sudah lama tak join.

Bagi yang belum join, boleh klik pada banner. Hadiah menarik menanti jika anda salah seorang yang bertuah :)


Giveaway Perfume SR

 Assalamualaikum... Giveaway yang kedua join pada malam ini. Mood nak join dan support sesama blogger. Jika ada rezeki, alhamdulillah..

Jemput join bagi yang belum menyertainya. Boleh klik pada banner. Bermula 9 Januari hingga 25 Januari 2024.

 

Giveaway Sampul Raya Rare 2024

 
 
Assalamualaikum dan selamat malam...
 
Jom join Giveaway Sampul Raya Rare 2024 yang dianjurkan oleh Permaisuri Cuya. Banyak sampul raya menarik menanti anda, bagi yang bertuah. Geramnya tengok sampul rayanya. Memang rare dan terbaik :)
 
Giveaway bermula 10 Januari hingga 23 Januari 2024. Jom join cepat sebelum tarikh tutup.
 

Sabtu, 6 Januari 2024

Biskut Tart Nenas dan Kek Coklat Pemberian Sahabat

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga semua sihat sejahtera. Kisah 17 November 2023, pergi shopping dan makan dengan sahabat iaitu Ean. Kami makan di restoran Teratak Laman Suri terletak di Bandar Baharu, Kedah. Nak tengok kami makan apa boleh klik di sini. Pelbagai juadah ada tak perlu pergi restoran lain lagi. 

Macam biasa bila keluar sahabat saya ini sentiasa beri buah tangan. Tak pernah balik dengan tangan kosong. Suka betul dia bersedekah dan kawan dia seorang ini pula suka pula menerima.. haha..

 
Ada saja idea dia nak memberi. Singgah kedai kek, pergi beli kek pula. Biskut tart nenas memang sudah dibawa dari rumah. Syukur sangat kerana dikurniakan sahabat yang sangat baik. 
 
Saya memang kurang kawan dan sejenis yang tidak mudah mesra dengan orang. Alhamdulillah Allah S.W.T memberi sahabat dan kawan yang tidak ramai tetapi baik. Alhamdulillah...

Jumaat, 5 Januari 2024

Hadiah Buat Pengantin Baru, Haiza dan Pasangan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga melalui hari dengan indah dan tenang serta mendapat rahmat daripadaNya.
 
Hadiah buat pengantin baru, Haiza. 
 
Mampu beli ini sahaja. Inilah yang terlintas bila melihat live di Tik Tok.
 
Letak dalam beg kertas agar mudah dipegang. Selamat Pengantin Baru Haiza dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.

Isnin, 1 Januari 2024

Selamat Tahun Baru 2024

Assalamualaikum dan selamat malam. Tiga hari ini terlalu sibuk mengemas pakaian terpakai untuk disedekahkan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Satu kotak sahaja lagi tinggal kerana kereta sudah penuh. Penat memanglah penat tapi kepuasan itu ada. 

 
 Mereka menerima pakaian terpakai yang elok dan juga tidak elok. Tapi jangan sampai bagi kain buruk pula yer. Pakaian yang masih elok akan diberikan pada asnaf di negeri Kelantan dan Terengganu. Pakaian yang rosak dan tidak boleh digunakan akan diproses menghasilkan benang. 

Memang sudah lama kumpul pakaian yang tidak digunakan untuk diberikan pada rumah anak-anak yatim yang terdekat. Tapi sahabat kata kawannya telah beri berkotak-kotak pada rumah anak yatim tersebut, maka tak jadilah untuk beri. 
 
Kebetulan ada lihat di WhatsApp tentang sumbangan pakaian terpakai, tanpa fikir panjang terus bersemangat kumpul lagi banyak.
 
Encik Ahmad kata ini first time dia ambil pakaian di rumah orang. Selalunya orang akan terus menghantar ke kedainya. Alhamdulillah rezeki saya. Saya pun harapkan orang untuk hantar kerana tak pandai drive. Allah permudahkan urusan saya. Maaf kerana susahkan Encik Ahmad, sesat juga untuk sampai ke rumah. Lama juga katanya.
 
Kotak pakaian terakhir. Semoga memberi kebaikan kepada orang lain. Jika menyusahkan harap maafkan. Ini sahaja yang mampu dilakukan untuk membantu orang lain. Semoga Allah membuka peluang lain lagi untuk menolong orang. 
 
Jadi, inilah aktiviti saya di hari pertama tahun baru 2024. Semoga hari seterusnya akan menjadi lebih baik, indah, bermanfaat dan dalam redhaNya. Begitu juga buat anda. Amin...