Selasa, 16 Januari 2024

Agar-agarku Lembik

Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar? Semoga semua yang membaca entri ini sihat belaka. Bagaimana dengan pekerjaan hakiki anda? Semoga semua baik-baik sahaja. Kekadang bila rasa stress dan tiada mood, menulis boleh hilangkan rasa itu. Menulis memerlukan ketenangan jiwa. Jadi tak boleh berfikir perkara lain tetapi fokus apa yang ingin ditulis.

Kadangkala berlaku sebaliknya. Bila buntu idea atau rasa sukar untuk mencari ayat yang sesuai juga boleh menjadi stress. Itulah kehidupan. Apa-apapun kita kena cuba cari perkara yang boleh tenangkan hati dan jiwa.

 
 
Fokus pada gambar. Bila sudah lama tak buat agar- agar dan tak mahu tengok resipi. Terlebih letak air dalam agar-agar.
 
 
Walaupun lembut dan sedikit lagi boleh jadi dadih tetap boleh dipotong. Tapi banyak yang hancur apabila dipegang. Dalam gambar jer cantik, yang lain makan guna sudu aje :)
 

2 ulasan:

  1. Saya first time masak agar agar pandan untuk kanak kanak taska. Alhamdulillah jadi je cuma warna daun pandan sy ambik tu warna terang sgt jd lain warna agar agar tu. Rasa pula tawar sikit tapi budak makan je

    BalasPadam
  2. Bila dah selalu buat nanti elok lah tu.

    BalasPadam