Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini tak kerja, ambil cuti sakit tapi melayang RM50 kerana tak dapat duit rajin. Kalau tak ambil cuti sakit kena menjawab kenapa tidak hadir. Ambil ubat tahan sakit pun boleh baik asalkan perlu rehat yang cukup.
Berbalik pada entri, hadiah top komentator dari blog Jurnal Shikin Razali sudah selamat diterima. Sampai pada 6 Ogos 2026 lagi. Baru ada kesempatan dan mood untuk menulis. Tak sangka menjadi salah seorang yang bertuah sebagai top komentator pada bulan Februari walaupun hanya satu komen. Boleh klik di sini untuk melihat entri tersebut.
Terima kasih buat Shikin kerana memilih saya sebagai top komentator bulan Februari 2026. Memang tak dijangka sama sekali. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki selalu.



