Memaparkan catatan dengan label Restoren. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Restoren. Papar semua catatan

Ahad, 5 November 2017

Eksklusifnya Menjamu Selera di Miezza Nasi Ayam Restaurant

Sudah dua kali aku menjamu selera di Miezza Nasi Ayam Restaurant. Lokasinya depan market di Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.

Tempatnya indah dan tenang serta mempunyai hawa dingin. Harga makanan juga agak murah. Beroperasi pada jam 11 pagi hingga 9 malam...

First time makan, aku order Nasi Ayam Black Pepper dan juga air tembikai. Mana pula gambar air tembikai, jap aku nak cari...

Nampak sikit jer air tembikai, jadilah daripada tiada.. Nasi Ayam Black Pepper harganya RM6.50 manakala air tembikai kalau tak silap RM3... Tak pasti sangat yer...

Kali kedua aku makan, aku ambil Nasi Ayam Cheezey. Ada cheese dalam masakannya. Harganya RM6.50 juga sama seperti Nasi Ayam Black Pepper.

Air pula aku dapat air free beb.. Teruja sangat.. Seronok bukan main dapat air free.. Tambahan pula ini resipi baru tiada dalam list menu makanan yang sedia ada.

Air Ocean Blue namanya. Diberi voucher free sempena hari keputeraan Sultan Perak iaitu pada 3 November 2017. Memang sedap air nie dan rasa nak lagi. Teringat-teringat lagi... Ikutkan hati nak tapaw air yang lebih...haha...

Selain nasi ayam, ada juga western food. Macam-macam ada antaranya Chicken Chop. Chicken Chop aku tapaw jer makan bersama orang tersayang iaitu adik-adik aku. Mak pula makan kentang jer...

 Ini adalah Chicken Chop Cheezey Black Pepper. Harganya RM12.90...

 Ini pula Grill Black Pepper dan harganya RM10.50..

Apa yang aku perhatikan, service yang diberi memang sangat baik. Bayangkan aku pergi 4 orang dan yang ada voucher free hanyalah 3 orang tetapi Miezza Nasi Ayam Restaurant tetap memberi empat minuman free... Aku saja nak test, jika tak beri kami akan kongsi sahaja....

Nasi ayamnya memang lain daripada yang lain. Tempat lain tiada cheese bagai hanya nasi ayam biasa. Selain itu, harga memang berpatutan terasa seperti makan di restoren mahal... 

Jadi jika anda ingin merasa kelainan rasa nasi ayam dan tempat yang sangat tenang, cubalah makan di sini. Tak rugi pun untuk rasa kerana harga makanan memang berbaloi. Sekurang-kurangnya kita sudah mencuba. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke laman facebook mereka di Miezza Nasi Ayam Restaurant....