Khamis, 26 Mac 2026

Sampul Duit Raya RHB dan Affin Bank 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tahun ini dapat sampul duit raya dari RHB Bank dan Affin Bank.


Pihak Affin Bank datang ke kilang kerana bos nak buat loan. Mereka beri sampul raya.


HR tolong tukar duit raya kerana kebetulan dia membawa pekerja membuka akaun bank. Terima kasih daun keladi, tahun depan minta tolong lagi :)


Duit raya untuk tahun ini. Setiap corak mempunyai jumlah yang berlainan. Untuk family dan anak kawan sahaja.


RM10 = RM200
RM5 = RM50
RM1 = RM50

Selasa, 24 Mac 2026

Buah Tembikai Kuning Kedua

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Buah tembikai kuning kedua, terpaksa petik kerana pecah.  Mula-mula angkat sedikit buah tembikai nak tengok sudah boleh petik atau belum. Nak letak balik di tanah terhempas sikit dan pecah. Nak tak nak terpaksalah petik juga. Kalau dibiarkan pasti busuk.

Buah paling besar yang ditanam


Mujur ada juga warna kuningnya. Manis dan lembut isinya. Makan masa berbuka puasa hari terakhir Ramadhan.

Menu Berbuka 28 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua. Nak habiskan cerita atau entri di bulan Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu, sudah masuk 4 Syawal. Adik-beradik juga sudah pulang ke 'sarang' meneruskan kehidupan seperti biasa.


Menu berbuka pada 28 Ramadhan yang lalu. Ada kenduri di surau, abah bawa balik nasi daging untuk kami berbuka puasa. Surau di kampung memang suka membuat kenduri di hujung Ramadhan pada setiap tahun. Nasi daging, air asam dan lauk-pauk memang sangat sedap. Kakak pula masak mee tomyam kerana adik yang belajar di USIM teringin nak makan tomyam. Putu mayong pun ada, abah beli. Alhamdulillah...

Rabu, 18 Mac 2026

Tidur Berjemaah Dalam Surau Office

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah hari ini sudah 28 Ramadhan. Ramadhan penuh nikmat hampir berada di penghujungnya. Umat Islam akan menyambut hari raya tidak lama lagi.


Hanya berlaku di bulan Ramadhan al-Mubarak. First time bentang comforter untuk tidur di surau. Sebelum ini tidur atas karpet sahaja. Karpet sudah lama dan kotor selalu dipijak. Oleh itu, bawa comforter dari rumah. Lagipun comforter ini jarang digunakan.


Habis selerak surau kami. Tolak tempat gantung telekung agar muat bentang comforter. Habis Ramadhan semua akan kembali ke asal. Teka berapa orang tidur di situ untuk satu masa? 

Rabu, 11 Mac 2026

Buah Tembikai Kecil Kemetot

Assalamualaikum dan selamat pagi. First time tanam tembikai. Hasilnya buah tembikai kecil kemetot. Alhamdulillah, bolehlah daripada tiada hasil. Susah juga nak tahu buah tembikai sudah boleh dipetik atau tidak. Sikit lagi buah ini pasti akan busuk kerana terlalu ranum.

Alhamdulillah, comel jer buah tembikai ini.

Setelah dipotong, inilah kejadiannya. Ada lagi dua biji di pokok. Semuanya kecil-kecil belaka. Satu biji lebih kecil dari ini dan sebiji lagi lebih besar.

Jumaat, 6 Mac 2026

Menu Berbuka 15 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat pagi. Menu berbuka 15 Ramadhan. Kakak sulung masak mee sanggul goreng. Beri pada abang dan kak ipar sikit yang tinggal di sebelah rumah.

Mewah dengan kuih-muih lagi kerana kakak pun beli juga kuih. Abah memang tiap-tiap hari beli. Kakak masak ikan masak asam untuk sahur. Alhamdulillah, tak kalutlah kami di dapur sebab ada kakak. Hari ini kakak sudah pulang ke rumahnya kerana kerja.

Khamis, 5 Mac 2026

Menu Berbuka 14 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini masuk hari ke-15 umat Islam berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Memperbanyakkan lagi amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Menu berbuka 14 Ramadhan. Kakak sulung masak bihun goreng. Mewah dengan kuih-muih, abah dan kakak yang beli. 

Ini pula menu 13 Ramadhan, rebus tulang 🐮 untuk membuat sup. Bukan main lama kena rebus. Sahur baru boleh makan kerana mula rebus pukul 6.30 petang.