Isnin, 22 April 2019

Dapat Free Sample Anlene Cafe Latte

Baru-baru ini, saya ada mengisi borang untuk mendapatkan sample Anlene Cafe Latte. Alhamdulillah, sudah mendarat dengan selamat di rumah dan sampai di tangan saya...


Inilah dia sample Anlene Cafe Latte. Pastinya ianya sedap dan berkhasiat terutama bagi anda penggemar kopi dan susu. Tak sabarnya nak rasa...


Makanlah dengan bijak dan hadkan pengambilan gula. Anlene Cafe Latte adalah yang terbaik kerana mengandungi hanya 1 sudu teh gula tambahan dalam setiap hidangan.

Dua hidangan Anlene Cafe Latte mengandungi kafein yang berada dalam lingkungan tahap harian yang sihat.


Jika anda ingin mendapatkan sample ini boleh klik di sini...

Sabtu, 13 April 2019

24 Mac Hari Tibi Sedunia

Tahukah anda? Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac tiap-tiap tahun. Sama dengan tarikh hari lahir adik saya, Nur Arifah. Tema pada tahun ini ialah 'Inilah Masanya : Kesan, Rawat dan Pastikan Sembuh Tibi'.


Apakah itu Tibi? Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Nak tahu lebih lanjut? Klik di sini...


Artikel, hiasan, dan maklumat di atas disediakan oleh Klinik Tanjung Piandang, Perak Darul Ridzuan. Tahniah diucapkan. Sekurang-kurangnya kita lebih tahu mengenai apa itu penyakit Tibi. Sesungguhnya ia sangat berbahaya dan sangat senang untuk merebak hanya melalui udara...

Ahad, 7 April 2019

Beli Telefon Bimbit Baru :)

Rentetan daripada peristiwa handphone saya rosak, maka terpaksalah saya membeli handphone baru. Klik di sini jika ingin mengikuti cerita tersebut. Handphone ini saja yang saya mampu milik. Bukan tak nak beli yang mahal sedikit, tetapi saya seorang yang tidak cermat dalam menjaga handphone. Bayangkan baru sahaja beli, sudah jatuh beberapa kali.

OPPO A3S
RM 599

Free gift yang diperolehi

Lain kedai lain free gift yang diberi. Saya survey banyak kedai juga. Kedai yang saya beli paling berbaloi dan layanan yang sangat baik...

Resit bayaran.. Simpan untuk buat rujukan dan kenangan...

Tempat Cas Phone Meletup dan Handphone Rosak

Sebenarnya, kisah ini telah lama berlaku. Ianya berlaku selepas tahun baru Cina. Ketika kita semua sudah habis bercuti dan memulakan tugas hakiki untuk mencari rezeki. Pada malam itu, saya lupa untuk cas phone. Jadi, bila masuk sahaja office saya terus mendapatkan tempat cas phone dan membuka suis. 

Tetapi, saya telah alih tempat cas phone tersebut dari plug biasa yang saya gunakan selalu. Selalunya saya akan meletakkan di plug penyambung yang mempunyai suis yang banyak. Ada 4 suis. Maksudnya bukan di suis utama.Tetapi pada kali ini saya telah mengecas di suis utama tanpa ada penyambung yang lain.

Ketika saya cas, tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat disertai cahaya api. Kebabom... Bayangkan tempat cas tersebut berada di bawah meja dan saya berada di meja tersebut. Penutup tempat cas terlompat ke badan saya. Cahaya api juga terkena kaki dan badan.

Dengan automatik, bekalan elektrik terputus. Syukur sangat.. Jika elektrik tidak tertutup, tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi. Mungkin phone juga boleh meletup. Phone saya juga menjadi panas dan tidak dapat dibuka lagi. Saya menggunakan handphone Oppo ketika itu.

Inilah first time terjadi pada saya. Sebelum ini saya memang terfikir untuk membeli handphone baru. Tetapi ditangguhkan dahulu kerana phone tersebut masih boleh digunakan lagi. Saya selalu juga marah-marah bila phone tersebut 'heng' dan suka buat hal. Akhirnya, dia pergi jua...


Tempat cas yang meletup dan terbakar. Phone saya juga ada kesan hitam terbakar. Syukur alhamdulillah, saya tiada apa-apa. Puncanya, saya juga tidak tahu sampai sekarang. Tetapi saya rasa yang pertama mungkin suis utama terlalu kuat bekalan elektriknya. Kedua, tidak menggunakan tempat cas yang ori atau sebenar. Saya menggunakan tempat cas jenama Samsung iaitu kepalanya manakala wayarnya pula di beli di DIY sahaja. Ketiga, phone saya sudah terlalu lama dan bateri sudah rosak.

Kebanyakan mengatakan puncanya kerana menggunakan tempat cas yang tidak original. Itu yang dikatakan oleh rakan sekerja. Sekian...