Sebenarnya, kisah ini telah lama berlaku. Ianya berlaku selepas tahun baru Cina. Ketika kita semua sudah habis bercuti dan memulakan tugas hakiki untuk mencari rezeki. Pada malam itu, saya lupa untuk cas phone. Jadi, bila masuk sahaja office saya terus mendapatkan tempat cas phone dan membuka suis.
Tetapi, saya telah alih tempat cas phone tersebut dari plug biasa yang saya gunakan selalu. Selalunya saya akan meletakkan di plug penyambung yang mempunyai suis yang banyak. Ada 4 suis. Maksudnya bukan di suis utama.Tetapi pada kali ini saya telah mengecas di suis utama tanpa ada penyambung yang lain.
Ketika saya cas, tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat disertai cahaya api. Kebabom... Bayangkan tempat cas tersebut berada di bawah meja dan saya berada di meja tersebut. Penutup tempat cas terlompat ke badan saya. Cahaya api juga terkena kaki dan badan.
Dengan automatik, bekalan elektrik terputus. Syukur sangat.. Jika elektrik tidak tertutup, tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi. Mungkin phone juga boleh meletup. Phone saya juga menjadi panas dan tidak dapat dibuka lagi. Saya menggunakan handphone Oppo ketika itu.
Inilah first time terjadi pada saya. Sebelum ini saya memang terfikir untuk membeli handphone baru. Tetapi ditangguhkan dahulu kerana phone tersebut masih boleh digunakan lagi. Saya selalu juga marah-marah bila phone tersebut 'heng' dan suka buat hal. Akhirnya, dia pergi jua...
Tempat cas yang meletup dan terbakar. Phone saya juga ada kesan hitam terbakar. Syukur alhamdulillah, saya tiada apa-apa. Puncanya, saya juga tidak tahu sampai sekarang. Tetapi saya rasa yang pertama mungkin suis utama terlalu kuat bekalan elektriknya. Kedua, tidak menggunakan tempat cas yang ori atau sebenar. Saya menggunakan tempat cas jenama Samsung iaitu kepalanya manakala wayarnya pula di beli di DIY sahaja. Ketiga, phone saya sudah terlalu lama dan bateri sudah rosak.
Kebanyakan mengatakan puncanya kerana menggunakan tempat cas yang tidak original. Itu yang dikatakan oleh rakan sekerja. Sekian...
Allahuakbar.Tapi syukur tiada yang cedera.Alhamdulillah.
BalasPadamAlhamdulillah.. tapi trauma dan takut-takut masih ada...
PadamMujur tiada kecederaan
BalasPadamYa..alhamdulillah...
Padammungkin jugak sebab bateri, sbb fon sy dlu slalu panas dan trangkat sbb bteri prob and smpt tukar, kalau tak meletup jgk rasanya
BalasPadamSebelum ini phone itu tidak menunjukkan sebarang masalah bateri..cuma phone selalu heng sahaja..
PadamAlhamdulillah.. mujur sis tak apa2..
BalasPadam