Isnin, 21 Februari 2022

Tepung High Protein Cepat Berulat dan Rosak

 Kisah bulan lepas, teringin nak makan roti punya pasal dan bahan pun nak menghampiri expired date. Jadi keluarkanlah segala senjata membuat roti. Kemudian adunlah tepung tersebut menggunakan breadmaker. Apabila sudah siap tengok hasil uliannya lain macam. 

Kenapa ada kuning-kuning keras, Belek punya belek ya Allah, doh roti penuh dengan ulat. Apalagi terus buat keputusan untuk buang doh roti tersebut. Tak sempat nak ambil gambar kecewa punya pasal. Doh roti dilempar ke dalam telaga belakang rumah.

Tepung roti saya beli 1kg, yang digunakan hanyalah 500gram. Jadi saya cuba ayak lebihan tepung tersebut. Baru ayak tepung sedikit, nampak sudah ulat yang banyak. Syukur alhamdulillah, nampak ulatnya dan tak termakan. Jadi buang sahaja tepung tersebut walaupun lambat lagi tarikh luputnya.

 Kemudian kena bebel dengan mak sebab tak ayak dulu tepung tersebut. Rugi bahan sahaja bila adunan sudah siap diuli. Nasib baik ada bahan lagi dan terpaksa menggunakan tepung gandum biasa sahaja. Maka terhasillah pizza tak jadi nak buat roti.

Jadi sebagai kesimpulan, sila simpan tepung high protein ke dalam peti ais kerana tepung tersebut mudah rosak jika berada di luar. Ayak dulu tepung sebelum membuat apa-apa jenis makanan. Sekian...

Sabtu, 5 Februari 2022

Tanah Oh Tanah...







Tidak berkesempatan lagi membeli tanah hitam untuk tanaman. Penjualnya jarang ada di rumah. Lokasi di Parit Haji Wahab, Tanjung Piandang, Perak. Satu guni tanah RM10...

Buat Ujian Covid 19 Menggunakan Test Kit

  Imbas kembali, kilang tempat saya bekerja ditutup kerana pekerjanya dijangkiti Covid 19. Kejadian berlaku pada hujung bulan Ogos 2021.

 
Buat ujian Covid 19 sendiri menggunakan air liur


 
Kit Ujian Kendiri Covid 19 


 Alhamdulillah... negatif... boleh pulang ke rumah dengan lega...

 Proses sanitasi... 





Semoga kita semua dilindungi dari Covid 19 dan juga varian-varian yang berbahaya. Semoga negara kita dan seluruh dunia bebas dari wabak yang serius ini. Amin...

Kek Pandan Jadi Bantat

 Pertama kali cuba buat kek pandan menggunakan santan, hasilnya sangat menyedihkan. Selalu buat kek pandan menggunakan marjerin atau buttercup.


Dalam oven, keknya naik elok sahaja. Tinggi dan menggebukan.

Bila buka sahaja oven, keknya turun sedikit demi sedikit.

 
Akhirnya menjadi bantat seperti yang anda lihat. Entri pertama untuk Masak Apa Tak Jadi? Tapi, serius kek pandan ini sedap. Walaupun bantat tetap habis licin :)

Rabu, 2 Februari 2022

Sos Untuk BBQ



 

Campurkan ketiga-tiga bahan ini bersama daging atau ayam. Sukatan kena agak-agak sahaja. Kemudian perapkan ia selama beberapa jam sebelum dibakar. Resipi dari rakan sekerja. Simpan agar tidak lupa. Tidak pernah cuba lagi :)