Memaparkan catatan dengan label Sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sakit. Papar semua catatan

Selasa, 25 Ogos 2026

Tidur yang Tidak Nyenyak

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ini tak rasa mengantuk pula kerana terlebih tidur pada siang hari. Penangan makan ubat, tidur sampai Maghrib. Bangun hanya untuk makan dan solat. Selebihnya tidur yang tidak nyenyak. Kenapa tidak nynyak? Tidur dalam terpaksa, mata tak boleh buka dan kepala yang rasa sakit. Tapi fikiran masih di awangan memikirkan sesuatu.


Pergi juga klinik sebab sakit kepala dari petang Isnin lagi. Dapat lima jenis ubat iaitu ubat anti radang, gastrik, ubat tahan sakit, ubat regang otot dan ubat pening. Sejak akhir ini bawah mata suka bergerak-gerak. Memang sangat nampak bila lihat di cermin.

Aduhai sekarang ini tidak boleh tidur pula. Esok perlu melaksanakan kerja hakiki seperti biasa. Moga tak sakit kepala lagi dan badan rasa ringan dan cergas. Cukupllah MC dua hari  untuk bulan ini. 29 Ogos perlu hadiri family day sebelah ayah. Bilik hotel telah ditempah. Nanti ada masa saya akan tunjukkan tentatifnya. 

Sabtu, 5 Oktober 2024

Kena Kencing Kotor

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari Jumat hari itu, rasa kerap sangat kencing. Kemudian rasa sakit pinggang belakang. Ajak adik pergi klinik Bersatu di Nibong Tebal. 

Dapat ubat antibiotik dan ubat bersihkan kencing.

Ubat untuk kencing yang tulis Utix itu kena masukkan dalam air. Berbuih-buih jadinya. Bila minum air itu rasa lega sedikit. Doktor bagi MC tapi tak guna pun sebab tiada orang nak hantar balik. Lagipun sudah hampir separuh hari bekerja. Semoga cepat baik. Kencing kotor memang sinonim dengan wanita. Apa yang penting doktor kata kena minum 3 liter sehari. Jika tidak sakit ini akan berulang kembali. 

Secara jujurnya tak pernah minum air 3 liter sehari terutama bila bekerja dalam aircond. Amat-amat mencabar. Nak pergi toilet kena turun tangga lagi. Anda pula bagaimana, cukup tak air sehari?