Jumaat, 17 Mei 2024

Rezeki Dikongsi Bersama Anak-anak Yatim Cahaya Ain

Assalamualaikum... Syukur alhamdulillah kerana dapat berkongsi sedikit rezeki dengan anak-anak yatim Cahaya Ain, Bagan Serai, Perak. Terima kasih kepada adik angkat iaitu adik Wan yang sudi membantu membeli barang keperluan seterusnya menyediakan menu nasi lemak ini.
 
RM3 untuk nasi lemak, sambal bilis dan juga telur mata. Kalau ada yang teringin menyumbang dan menempah makanan juga boleh hubungi Wan di 010-9831404.
 
Anak-anak telah pergi ke sekolah, harap nasi lemak masih elok lagi. Sampai sekitar  pukul 7.30 pagi kerana adik Wan sibuk untuk persiapan meniaga juga.
 
 
Barang keperluan untuk anak-anak yatim seperti beras, gula, tepung, bihun dan sebagainya. 

 
Air coklat untuk mereka. Semoga mereka gembira menikmatinya.

Antara barang yang dibeli. Terima kasih adik Wan sudi bantu membeli. Peruntukkan RM100 sahaja tidak termasuk air kotak dan nasi lemak.
 
 
Bagi sesiapa yang berminat berkongsi rezeki.
 
 
Infaq barang dapur untuk keperluan anak yatim. 17 Mei 2024 berkongsi rezeki bersama. 
 

Ahad, 12 Mei 2024

Dugaan 27 Ramadan 1445H

Imbas kembali untuk bercerita sahaja. Buka penutup balang bertujuan untuk sejukkan biskut sebelum ditutup rapat dengan gam plastik. Ada makhluk yang mengambil kesempatan menceroboh masuk ke dalamnya. Kemudian tak pandai pula nak keluar. 

 
 Oleh yang demikian, maka tamatlah nyawa makhluk tersebut pada malam itu juga. Tart nenas itu pula telah dimasukkan ke dalam tong sampah. Alhamduillah nasib baik sedikit sahaja. Ada satu balang lagi.
 

Pisang Berangan dijadikan Kerepek

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah selesai sudah menggoreng pisang muda untuk dijadikan kerepek. Hasilnya dapat satu balang panjang dan satu balang kecil. Banyak juga hasilnya. Berpeluh-peluh, nasib bukan bulan puasa.

Inilah pisangnya iaitu pisang berangan. Bahagian atas sudah ada yang masak. Bahagian yang masih muda dijadikan kerepek. Jika nak makan pisang yang telah masak memang tak habis. Kadang buruk begitu sahaja kerana pisang masak rasanya manis. Makan satu pun sudah cukup.   

Untuk mengelakkan pembaziran buat kerepek pisang kerana kerepek pisang memang sangat laris dalam rumah ini. Nak menggorengnya sahaja memerlukan kesabaran. Apa-apa pun buat apa yang termampu sahajalah.

Sabtu, 11 Mei 2024

Bekas Biskut Raya Comel

Assalamualaikum dan selamat malam. Comelnya bekas kuih raya ini. Agak-agak cepat rosak tak? Tercabut habis..haha.. Ah Chong (satu tempat kerja) yang hantar gambar ini. Bekas ini miliknya. Menarik sangat :)

Kesan Kehadiran Belalang Pelesit

Assalamualaikum... Gambar diambil ketika adik angkat sedang meniaga. Baru dua hari dia meniaga di situ tetapi sudah muncul belalang pelesit. Kesannya tiada pelanggan yang datang ke gerainya kecuali saudara dan kawan yang betul-betul berhajat untuk pergi ke situ.


Tuan yang memberi sewa tapak gerai menyuruh hentikan dulu aktiviti berniaga agar tidak berlaku kerugian. Tak sempat lagi nak pergi ke gerainya. Moga ada rezeki adik angkat ditempat lain pula. Amin...

Rujukan Untuk Pakej Umrah

Simpan untuk rujukan suatu masa nanti. 
Doakan saya sekeluarga dapat ke sana jua.
 

Jumaat, 10 Mei 2024

Makan-makan Bersama Adik-adik Tersayang

 Assalamualaikum.. Entri kedua untuk hari ini. Sempena mendapat hasil pendapatan daripada Google Adsense yang pertama, boleh klik di sini. Maka bolehlah belanja adik-adik makan dengan suka hati. 

 
23 Februari 2024
Gambar tak cantik sebab kelam kabut nak makan dan pada waktu senja. 
Semua pakat lapar kerana baru pulang bekerja.

Adik bongsu yang beli kerana dia yang berada di rumah 
ABC 4 bungkus, char kuew teow 3 bungkus.
Sup daging, nasi goreng USA dan laksa sebungkus.
.
Adik bongsu teringin laksa

Yang lain char kuew teow 
Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki dengan adik-adik.
Simpan buat kenangan.

Raya Pun Dapat Hadiah

 Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini merupakan MC terakhir bagiku. Doktor tidak mahu beri MC untuk sakit yang sama pada setiap bulan bagi wanita. Lepas ini jika sakit kena ponteng sahajalah kerana klinik panel terlalu jauh. Bukan kerana tidak berbaloi untuk pergi tetapi tiada orang untuk menghantarnya. 

Bila pergi kerja dalam keadaan sakit, ada saja mulut mengata. Bila sakit, mata mudah terpejam dan boleh mendatangkan buah mulut orang lain. Badan juga mudah letih dan sakit-sakit. Dikatanya overthinking. Itulah cabaran dan dugaan bekerja. Dalam cergas pun orang sudah mengata apatah lagi sakit. Ketika sakit itu datang memang tiada mood sangat-sangat.

Cerita hari raya kelima, BFF beri hadiah dengan biskut raya. Terima kasih Siti Hajar kerana sudi memberi hadiah ini. Pemberian ini amat dihargai.

Warna pink warna kegemaran. 
Terima kasih sahabat :)